Malaysia legislation

Section 13

of AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010

Seksyen 13

(a)

pendedahan kelakuan tidak wajar itu tidak berasas, agensi penguatkuasaan itu hendaklah memaklumkan pemberi maklumat;

(b)

kelakuan tidak wajar itu menjadi suatu kesalahan tatatertib, agensi penguatkuasaan itu hendaklah membuat suatu syor kepada pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan atau pihak berkuasa lain yang berkenaan dalam hal badan awam atau kepada majikan atau orang lain yang berkenaan dalam hal badan swasta supaya memulakan prosiding tatatertib atau mengambil apa-apa langkah yang difikirkannya sesuai terhadap pegawai badan awam atau pegawai badan swasta yang telah melakukan kelakuan tidak wajar itu; atau

(c)

kelakuan tidak wajar itu menjadi suatu kesalahan jenayah dan dalam hal jika—

(i)

Pendakwa Raya memutuskan untuk mendakwa, agensi penguatkuasaan itu hendaklah memperoleh daripada Pendakwa Raya laporan berkala sehingga perkara itu dibereskan dengan sewajarnya; atau

(ii)

Pendakwa Raya memutuskan untuk tidak mendakwa, agensi penguatkuasaan itu hendaklah memaklumkan pemberi maklumat.

(2)

Jika agensi penguatkuasaan itu telah merujukkan perkara di bawah perenggan (1)(b), pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan atau pihak berkuasa lain yang berkenaan atau majikan atau orang lain yang berkenaan hendaklah memaklumkan agensi penguatkuasaan itu—

(a)

langkah yang telah diambil, atau yang dicadangkan untuk diambil, untuk melaksanakan dapatan dan syor dalam masa enam bulan dari tarikh dapatan dan syor itu diterima; atau

Perlindungan Pemberi Maklumat 17

(b)

sebab tidak memulakan apa-apa prosiding tatatertib atau tidak mengambil langkah yang disyorkan oleh agensi penguatkuasaan itu dalam masa empat belas hari dari keputusan itu dibuat, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Jika, selepas mempertimbangkan apa-apa maklumat yang diberikan oleh pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan atau pihak berkuasa lain yang berkenaan atau majikan atau orang lain yang berkenaan, agensi penguatkuasaan itu mendapati bahawa langkah yang diambil tidak memadai atau tiada tindakan telah diambil untuk melaksanakan dapatan atau syor itu dalam masa yang munasabah, agensi penguatkuasaan itu boleh melaporkan kepada Menteri tentang penyiasatan, dapatan, syor dan respons terhadap dapatan dan syor itu.

(4)

Agensi penguatkuasaan itu hendaklah memaklumkan pemberi maklumat mengenai hasil penyiasatan dan apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan atau pihak berkuasa lain yang berkenaan, majikan atau orang lain yang berkenaan atau Pendakwa Raya, mengikut mana-mana yang berkenaan.