Malaysia legislation

Section 14

of AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010

Seksyen 14

(2)

Jika agensi penguatkuasaan itu telah selesai membuat penyiasatannya terhadap apa-apa aduan tindakan yang memudaratkan di bawah Akta ini, agensi penguatkuasaan itu hendaklah merekodkan dapatannya dan menyusun laporan dan kertas siasatannya dan merujukkan perkara itu kepada Pendakwa Raya dan jika penyiasatan itu mendedahkan bahawa—

(a)

aduan itu tidak berasas, agensi penguatkuasaan itu hendaklah memaklumkan pemberi maklumat;

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 711

(b)

aduan itu menjadi suatu kesalahan tatatertib, agensi penguatkuasaan itu hendaklah membuat suatu syor kepada pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan atau pihak berkuasa lain yang berkenaan dalam hal badan awam atau kepada majikan atau orang lain yang berkenaan dalam hal badan swasta supaya memulakan prosiding tatatertib atau mengambil apa-apa langkah yang difikirkannya sesuai terhadap pegawai badan awam atau pegawai badan swasta yang telah mengambil tindakan yang memudaratkan terhadap pemberi maklumat itu; atau

(c)

aduan itu menjadi suatu kesalahan jenayah dan dalam hal jika—

(i)

Pendakwa Raya memutuskan untuk mendakwa, agensi penguatkuasaan itu hendaklah memperoleh daripada Pendakwa Raya laporan berkala sehingga perkara itu dibereskan dengan sewajarnya; atau

(ii)

Pendakwa Raya memutuskan untuk tidak mendakwa, agensi penguatkuasaan itu hendaklah memaklumkan pemberi maklumat.

(3)

Jika agensi penguatkuasaan itu telah merujukkan perkara di bawah perenggan (2)(b), pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan atau pihak berkuasa lain yang berkenaan atau majikan atau orang lain yang berkenaan hendaklah memaklumkan agensi penguatkuasaan itu—

(a)

langkah yang telah diambil, atau yang dicadangkan untuk diambil, untuk melaksanakan dapatan dan syor dalam masa enam bulan dari tarikh dapatan dan syor itu diterima;

atau

(b)

sebab tidak memulakan apa-apa prosiding tatatertib atau tidak mengambil langkah yang disyorkan oleh agensi penguatkuasaan itu dalam masa empat belas hari dari keputusan itu dibuat, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4)

Jika, selepas mempertimbangkan apa-apa maklumat yang diberikan oleh pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan atau pihak berkuasa lain yang berkenaan atau majikan atau orang lain

Perlindungan Pemberi Maklumat 19

yang berkenaan, agensi penguatkuasaan itu mendapati bahawa langkah yang diambil tidak memadai atau tiada tindakan telah diambil untuk melaksanakan dapatan atau syor itu dalam masa yang munasabah, agensi penguatkuasaan itu boleh melaporkan kepada Menteri tentang penyiasatan, dapatan, syor dan respons terhadap dapatan dan syor itu.

(5)

Jika sesuatu pertuduhan dibuat oleh Pendakwa Raya, apa-apa keterangan yang diperoleh oleh agensi penguatkuasaan itu di bawah Akta ini boleh, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan tetapi tertakluk pada seksyen 8, digunakan bagi maksud prosiding jenayah.

(6)

Agensi penguatkuasaan itu hendaklah memaklumkan pemberi maklumat mengenai hasil penyiasatan dan apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan atau pihak berkuasa lain yang berkenaan, majikan atau orang lain yang berkenaan atau Pendakwa Raya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Remedi