Malaysia legislation

Section 18

of AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010

Seksyen 18

(a)

perintah bagi membayar ganti rugi, pampasan, kos, bunga atau apa-apa bentuk relief kewangan yang lain kepada pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu;

(b)

perintah injunksi yang menghalangnya daripada meneruskan, mengulangi, mengancam untuk meneruskan atau mengulangi, mengambil, menyebabkan atau mengakibatkan tindakan yang memudaratkan diambil terhadap pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu dengan apa-apa cara; dan

(c)

apa-apa relief lain yang difikirkan patut oleh mahkamah.

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 711

(2)

Lanjutan kepada kuasa mahkamah di bawah subseksyen (1), mahkamah boleh, menurut apa-apa permohonan di bawah perenggan 15(1)(C), melalui perintah, menghendaki ketua badan awam atau majikan atau orang lain yang berkenaan dalam badan swasta untuk mengambil segala langkah yang perlu untuk—

(a)

membenarkan pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu kembali bertugas;

(b)

mengembalikan jawatan pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu atau membayar pampasan sebagai ganti kepada pengembalian jawatan;

(c)

membayar kepada pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu pampasan suatu amaun yang tidak melebihi amaun yang setara dengan saraan yang, jika tidak kerana tindakan yang memudaratkan itu, akan dibayar kepada pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu;

(d)

membatalkan atau menghentikan apa-apa langkah atau tindakan, termasuk apa-apa tindakan tatatertib, dan membayar pampasan kepada pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu suatu amaun yang tidak melebihi amaun yang setara dengan apa-apa penalti kewangan atau penalti lain yang dikenakan ke atas pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu;

(e)

membayar kepada pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu suatu amaun yang setara dengan apa-apa perbelanjaan dan apa-apa kerugian kewangan yang lain yang ditanggung oleh pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu akibat daripada tindakan yang memudaratkan itu;

Perlindungan Pemberi Maklumat 23

(f)

memberikan pampasan kepada pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu bagi apa-apa kesakitan dan penderitaan yang timbul daripada tindakan yang memudaratkan itu;

(g)

memberikan relief yang diperuntukkan dalam keputusan itu yang berkuat kuasa sebaik keputusan itu dibuat, yang hendaklah terus berkuat kuasa sementara menunggu keputusan apa-apa rayuan terhadap keputusan itu melainkan jika—

(i)

mahkamah rayuan memutuskan bahawa pemberian relief itu adalah tidak wajar; atau

(ii)

relief yang diberikan dalam keputusan itu memperuntukkan bahawa pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu hendaklah kembali atau hadir di tempat kerja semasa tempoh menunggu keputusan apa-apa rayuan, dan ketua badan awam atau majikan atau orang lain yang berkenaan dalam badan swasta memutuskan bahawa kembalinya atau kehadiran pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu akan menyebabkan gangguan yang tidak wajar kepada persekitaran kerja dan dalam hal sedemikian, pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu hendaklah menerima gaji, pampasan, dan semua faedah lain daripada pelantikan atau pekerjaan semasa tempoh menunggu keputusan apa-apa rayuan; atau

(h)

mengambil atau melaksanakan tindakan personel atau apa-apa tindakan lain yang wajar untuk mengembalikan pemberi maklumat atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu kepada kedudukan yang akan diduduki olehnya jika tidak kerana tindakan yang memudaratkan itu.

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 711

(3)

Bagi maksud perenggan (2)(h), “tindakan personel” ertinya—

(a)

pelantikan;

(b)

kenaikan pangkat;

(c)

tindakan tatatertib atau pembetulan;

(d)

pertukaran atau penugasan semula;

(e)

pengembalian jawatan;

(f)

pengembalian kedudukan;

(g)

pengambilan bekerja semula;

(h)

penilaian prestasi;

(i)

keputusan berkenaan dengan gaji, faedah, ganjaran, berkenaan dengan pendidikan atau latihan jika pendidikan atau latihan itu semunasabahnya boleh dijangka akan membawa kepada pelantikan, kenaikan pangkat, atau prestasi atau penilaian; atau

(j)

apa-apa perubahan penting dalam tugas, tanggungjawab atau keadaan kerja.

Penempatan semula tempat kerja