Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“agensi penguatkuasaan” ertinya—
(a)
mana-mana kementerian, jabatan, agensi atau badan lain yang dibentuk oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau kerajaan tempatan termasuk suatu unit, seksyen, bahagian, jabatan atau agensi kementerian, jabatan, agensi atau badan itu, yang diberi fungsi penyiasatan dan penguatkuasaan oleh mana-mana undang-undang bertulis atau yang mempunyai kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan;
(b)
suatu badan yang ditubuhkan oleh undang-undang
Persekutuan atau undang-undang Negeri yang diberi fungsi penyiasatan dan penguatkuasaan oleh undang-undang
Persekutuan atau undang-undang Negeri itu atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain; atau
(c)
suatu unit, seksyen, bahagian, jabatan atau agensi sesuatu badan yang ditubuhkan oleh undang-undang Persekutuan atau undang-undang Negeri yang mempunyai fungsi penyiasatan dan penguatkuasaan;
“badan awam” termasuklah—
(a)
Kerajaan Malaysia;
(b)
Kerajaan sesuatu Negeri;
(c)
mana-mana pihak berkuasa tempatan dan mana-mana pihak berkuasa berkanun yang lain;
(d)
mana-mana jabatan, perkhidmatan atau pengusahaan
Kerajaan Malaysia, Kerajaan sesuatu Negeri, atau sesuatu pihak berkuasa tempatan; dan
(e)
mana-mana syarikat atau syarikat subsidiari yang terhadapnya atau yang dalamnya mana-mana badan awam sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c)
atau (d) mempunyai kawalan atau kepentingan;
Perlindungan Pemberi Maklumat 7
“badan swasta” ertinya suatu jawatan atau entiti selain badan awam;
“kelakuan tidak wajar” ertinya apa-apa kelakuan yang jika terbukti, menjadi suatu kesalahan tatatertib atau kesalahan jenayah;
“kesalahan tatatertib” ertinya apa-apa tindakan atau peninggalan yang menjadi suatu pelanggaran tatatertib dalam badan awam atau badan swasta sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang atau dalam suatu tatalaku, kod etika atau pekeliling atau suatu kontrak kerja, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“maklumat sulit” termasuklah—
(a)
maklumat tentang identiti, pekerjaan, alamat kediaman, alamat kerja atau tempat beradanya—
(i)
seseorang pemberi maklumat; dan
(ii)
seseorang yang terhadapnya seseorang pemberi maklumat telah membuat pendedahan kelakuan tidak wajar;
(b)
maklumat yang didedahkan oleh seseorang pemberi maklumat; dan
(c)
maklumat yang, jika didedahkan, boleh menyebabkan mudarat kepada mana-mana orang;
“pegawai badan awam” ertinya mana-mana orang yang menjadi anggota, pegawai, pekerja atau pekhidmat sesuatu badan awam, dan termasuklah anggota pentadbiran, ahli Parlimen, ahli sesuatu
Dewan Undangan Negeri, hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah
Rayuan atau Mahkamah Persekutuan, dan mana-mana orang yang menerima apa-apa saraan daripada wang awam, dan, jika badan awam itu ialah suatu perbadanan seorang, termasuklah orang yang diperbadankan sebagai perbadanan itu;
“pegawai badan swasta” termasuklah mana-mana orang yang menjadi seorang anggota, pemegang jawatan, pegawai, pekerja, pekhidmat, majikan, tuan punya, rakan kongsi dan pengarah sesuatu badan swasta;
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 711
“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai bagi mana-mana agensi penguatkuasaan;
“pemberi maklumat” ertinya mana-mana orang yang membuat pendedahan kelakuan tidak wajar kepada agensi penguatkuasaan di bawah seksyen 6;
“perlindungan pemberi maklumat” ertinya perlindungan yang diberikan kepada seseorang pemberi maklumat di bawah Akta ini;
“tindakan yang memudaratkan” termasuklah—
(a)
tindakan yang menyebabkan kecederaan, kehilangan atau kerosakan;
(b)
ugutan atau gangguan;
(c)
gangguan terhadap pekerjaan sah atau mata pencarian mana-mana orang, termasuk diskriminasi, penamatan perkhidmatan, penurunan pangkat, gantung kerja, keadaan yang merugikan, penamatan atau layanan buruk berhubung dengan pekerjaan, kerjaya, profesion, tred atau perniagaan mana-mana orang atau pengambilan tindakan tatatertib;
dan
(d)
suatu ancaman untuk mengambil mana-mana tindakan yang disebut dalam perenggan (a) hingga (c).