Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Apabila seorang Raja yang sedang menjalankan fungsi pemerintah berdaulat di bawah Akta ini tidak dapat menjalankan fungsi itu kerana sakit atau tidak ada di Malaysia bagi suatu tempoh yang dijangka tidak akan melebihi lima belas hari atau apa-apa sebab lain, fungsi pemerintah berdaulat itu hendaklah kena dijalankan oleh Raja yang sepatutnya berhak di bawah seksyen 3 untuk menjalankan fungsi itu jika pada tarikh Raja yang pertama sekali disebut terhenti menjalankan fungsi itu mana-mana kejadian yang diperihalkan dalam seksyen 3 telah berlaku terlebih dahulu; dan
Akta ini hendaklah terpakai seolah-olah sebutan dalamnya mengenai
Timbalan Yang di-Pertuan Agong termasuklah sebutan mengenai
Raja yang pertama sekali disebut dalam seksyen ini.
8
Undang-Undang Malaysia