Malaysia legislation
Section 115
Seksyen 115
Kewajipan kerahsiaan
(a)
tiada anggota Institut atau pegawai Institut atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat Institut, sama ada dalam tempoh jawatannya atau dalam tempoh pekerjaannya atau selepas itu, boleh mendedahkan apa-apa maklumat yang didapatinya semasa melaksanakan fungsinya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini;
dan
(b)
tiada seorang pun orang lain yang melalui apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Institut boleh mendedahkan maklumat atau dokumen itu.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak lebih lima ribu ringgit atau dipenjarakan tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.
Pewakilan dalam prosiding sivil