Malaysia legislation
Section 119
Seksyen 119
Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang disita atau ditahan pada menjalankan atau berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Bahagian ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain, selain suatu perintah untuk pemulangan benda yang disita atau ditahan itu, atau bayaran berdasarkan nilainya, melainkan penyitaan atau penahanan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.