Malaysia legislation

Section 121

of AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007

Seksyen 121

Peraturan-peraturan

(2)

Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan untuk atau berkenaan dengan segala atau mana-mana jua daripada hal yang berikut—

(a)

menetapkan cara pendaftaran bagi pertubuhan belia di bawah Akta ini;

(b)

menetapkan borang yang boleh digunakan untuk menjalankan peruntukan Akta ini;

(c)

menetapkan maklumat yang kena diberikan kepada

Pendaftar;

(d)

menetapkan fi yang boleh dikutip di bawah Akta ini;

(e)

menetapkan cara Panel Penyelesaian Pertikaian bersidang atau secara amnya bagi penjalanan yang lebih baik akan tugas dan fungsi Panel Penyelesaian Pertikaian di bawah

Akta ini;

(f)

bentuk suatu daftar atau rekod lain yang hendaklah disimpan atau disenggarakan di bawah Akta ini dan catatan yang hendaklah dibuat dalam daftar dan rekod itu; dan

(g)

menetapkan apa-apa perkara lain yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini.

(3)

Mana-mana peraturan yang tersebut itu boleh mengadakan peruntukan bahawa pelanggaran mana-mana peraturan adalah suatu kesalahan terhadap peraturan itu dan boleh menetapkan hukuman penalti suatu denda yang tidak melebihi dua ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya bagi kesalahan itu dan pemenjaraan.

Kesalahan am

Section 121 — YOUTH SOCIETIES AND YOUTH DEVELOPMENT ACT 2007