Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(a)
jika dia telah disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah
Akta ini;
(b)
jika dia telah disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang dan dihukum denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau kedua-duanya;
(c)
jika terdapat apa-apa perintah tahanan, sekatan, kawal seliaan, kediaman terhad, buang negeri atau deportasi di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan atau ketenteraman awam Malaysia atau mana-mana bahagiannya, atau dengan pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri atau imigresen yang sedang berkuat kuasa terhadapnya;
24
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
(d)
jika dia adalah seorang bankrap yang masih belum dilepaskan;
(e)
jika dia adalah dan telah didapati atau diisytiharkan sebagai tidak sempurna akal;
(f)
jika dia mati; atau
(g)
tertakluk kepada seksyen 14, jika dia didapati tidak layak memegang jawatan berkenaan oleh Pendaftar atas apa-apa sebab sebagaimana yang difikirkan sesuai dan perlu oleh Pendaftar.
(2)
Kehilangan kelayakan seseorang di bawah perenggan 1(b)
hendaklah terhenti pada akhir tempoh lima tahun bermula dari tarikh orang yang disabitkan itu dibebaskan daripada jagaan atau tarikh yang denda tersebut dikenakan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Kehilangan kelayakan mana-mana orang di bawah perenggan 1(c) hendaklah terhenti sebaik sahaja orang berkenaan dilepaskan daripada perintah yang berkaitan.
(4)
Kehilangan kelayakan mana-mana pemegang jawatan disebabkan oleh kebankrapan hendaklah terhenti apabila perintah penerimaan dan penghukuman telah dibatalkan.
(5)
Jika Pendaftar memaklumkan, melalui notis yang ditandatangani, sesuatu pertubuhan belia bahawa mana-mana pemegang jawatan, penasihat atau pekerja pertubuhan belia itu telah hilang kelayakan di bawah subseksyen (1), pertubuhan belia itu hendaklah dengan serta-merta menguatkuasakan kehilangan kelayakan itu.
(6)
Mana-mana orang yang kehilangan kelayakan di bawah perenggan 1(a), (b) atau (c) boleh memohon kepada Pendaftar untuk dikecualikan daripada kehilangan kelayakan tersebut, dan
Pendaftar boleh, jika beliau berpendapat adalah patut berbuat demikian, memberi pengecualian kepadanya untuk tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh Pendaftar dan tertakluk kepada batasan, sekatan, terma atau syarat sebagaimana yang diputuskan untuk dikenakan.
25
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
(7)
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1), selain perenggan (1)(e) dan (f), atau apa-apa batasan, sekatan, terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(8)
Bagi maksud subseksyen (1), “pemegang jawatan”
termasuklah—
(a)
seorang anggota mana-mana jawatankuasa kecil atau badan lain yang ditubuhkan atau dibentuk oleh badan pengelola pertubuhan belia berdaftar, atau oleh badan pengelola sesuatu cawangan pertubuhan belia itu;
(b)
mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal atau penjalanan mana-mana aktiviti, sesuatu pertubuhan belia berdaftar atau mana-mana cawangan pertubuhan belia itu; dan
(c)
mana-mana orang yang dilantik atau diberi kuasa untuk mewakili, atau bertindak bagi pihak, pertubuhan belia berdaftar atau mana-mana cawangan pertubuhan belia itu, dalam apa-apa perkara, selain seseorang yang bukan anggota pertubuhan belia itu, diambil oleh pertubuhan belia itu untuk mewakili, atau bertindak bagi pihak, pertubuhan belia atau mana-mana cawangan pertubuhan itu dalam kapasiti profesionalnya atau melalui perkiraan kontrak.
(9)
Mana-mana orang yang, sebaik sebelum mula berkuat kuasanya seksyen ini, merupakan pemegang jawatan, penasihat, atau pekerja suatu pertubuhan belia berdaftar boleh, meneruskan jawatan yang berkenaan sehingga tamat tempoh semasa jawatannya atau pelantikan atau penamatan kontrak perkhidmatannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, walaupun dia hilang kelayakan di bawah subseksyen (1).
26
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
Representasi