Malaysia legislation

Section 2

of AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“aktiviti belia” ertinya apa-apa aktiviti melibatkan belia yang antara objektifnya termasuklah yang berikut:

(a)

untuk membina peribadi belia;

(b)

untuk meningkatkan kesetianegaraan di kalangan belia;

(c)

untuk menyebarkan prinsip-prinsip Rukun Negara;

(d)

untuk mewujudkan kesedaran di kalangan belia terhadap unsur dan nilai negatif;

(e)

untuk membolehkan belia mempunyai kesedaran terhadap kebudayaan, alam sekitar, sukan, kesihatan, kerohanian dan kebajikan sosial;

(f)

untuk memberikan peluang bagi penyertaan belia dalam program pembangunan komuniti bandar dan luar bandar;

(g)

untuk memberikan peluang bagi latihan kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan; dan

(h)

untuk membantu belia menyesuaikan diri dan membentuk sikap positif dalam menghadapi cabaran dan desakan hidup melalui penggunaan komponen pendidikan dan kemahiran hidup;

13

Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia

“badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan” ertinya suatu pertubuhan belia yang didaftarkan di bawah Akta ini dan diiktiraf sebagai badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan di bawah seksyen 49;

“belia” ertinya seseorang yang berumur tidak kurang daripada lima belas tahun dan tidak lebih daripada empat puluh tahun;

“Institut” ertinya Institut Penyelidikan Pembangunan Belia

Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 55;

“ketua” termasuklah Presiden, Yang Dipertua, Pengerusi atau apa-apa kedudukan tertinggi yang merujuk kepada jawatan teratas dalam pertubuhan belia;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah yang bertanggungjawab bagi belia yang dilantik di bawah subseksyen 3(1);

“Lembaga” ertinya Lembaga Pengarah Institut yang ditubuhkan di bawah seksyen 59;

“Majlis” ertinya Majlis Perundingan Belia Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 35;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal belia;

“Panel” ertinya Panel Penyelesaian Pertikaian di bawah seksyen 29;

“pemegang jawatan” ertinya mana-mana orang yang menjadi presiden atau naib presiden, atau setiausaha atau bendahari sesuatu pertubuhan atau mana-mana cawangan pertubuhan, atau yang menjadi anggota jawatankuasa atau badan pengelola pertubuhannya, atau mana-mana cawangannya atau yang memegang apa-apa jawatan atau kedudukan dalam pertubuhan itu atau cawangan sesuatu pertubuhan yang sama dengan mana-mana yang tersebut di atas;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Pertubuhan Belia yang dilantik di bawah subseksyen 4(1);

14

Undang-Undang Malaysia

Akta 668

“pertubuhan” termasuklah mana-mana kelab, syarikat, perkongsian, atau persatuan tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal, yang mengandungi tujuh orang atau lebih tetapi tidak termasuk—

(a)

mana-mana syarikat yang didaftarkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan syarikat yang sedang berkuat kuasa di Malaysia;

(b)

mana-mana syarikat atau persatuan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

(c)

mana-mana kesatuan sekerja yang didaftarkan atau dikehendaki didaftarkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kesatuan sekerja yang sedang berkuat kuasa di Malaysia;

(d)

mana-mana syarikat, persatuan atau perkongsian yang ditubuhkan bagi maksud semata-mata untuk menjalankan apa-apa urusan yang sah di sisi undang-undang yang mempunyai objek untuk memperoleh keuntungan oleh syarikat, persatuan atau perkongsian itu, atau oleh anggota-anggota perseorangannya;

(e)

mana-mana koperasi, yang didaftar sedemikian, di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

(f)

mana-mana organisasi atau persatuan yang telah diberi suatu perakuan oleh seseorang atau sesuatu pihak berkuasa yang dilantik di bawah peruntukan undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan pendaftaran sekolah dan bahawa organisasi atau persatuan itu menjadi sebahagian daripada kurikulum sesuatu sekolah; atau

(g)

mana-mana sekolah, jawatankuasa pengurusan sesuatu sekolah, persatuan ibu bapa atau persatuan ibu bapa dan guru yang didaftarkan atau dikecualikan daripada pendaftaran di bawah mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang mengawal sekolah;

15

Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia

“pertubuhan belia” ertinya mana-mana pertubuhan yang mempunyai ciri-ciri yang berikut:

(a)

mempunyai nama yang mengandungi perkataan “belia”

atau suatu perkataan yang mempunyai pengertian yang seumpama atau sama dengan belia;

(b)

kesemua anggotanya hendaklah berumur tidak kurang daripada lima belas tahun dan tidak lebih daripada empat puluh tahun atau mana-mana gabungan atau kumpulan pertubuhan yang keanggotaannya hendaklah berumur tidak kurang daripada lima belas tahun dan tidak lebih daripada empat puluh tahun; dan

(c)

mempunyai objektif untuk menjalankan aktiviti-aktiviti belia;

“pertubuhan belia berdaftar” ertinya suatu pertubuhan belia yang didaftarkan di bawah subseksyen 9(1).

Section 2 — YOUTH SOCIETIES AND YOUTH DEVELOPMENT ACT 2007