Malaysia legislation

Section 37

of AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007

Seksyen 37

Keanggotaan Majlis

(a)

Menteri sebagai Pengerusi;

(b)

Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi hal ehwal belia;

(c)

Ketua Pengarah;

(d)

seorang wakil setiap Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal belia;

(e)

seorang wakil daripada Kementerian yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan;

(f)

tidak lebih daripada sepuluh orang wakil daripada agensi kerajaan yang mengendalikan hal ehwal belia yang ditentukan oleh Menteri;

(g)

tidak lebih daripada dua puluh lima orang pegawai

Kementerian yang bertanggungjawab bagi hal ehwal belia yang dilantik oleh Menteri;

50

Undang-Undang Malaysia

Akta 668

(h)

semua Anggota Dewan Tertinggi dan Anggota Jawatankuasa

Kerja badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan; dan

(i)

tidak lebih daripada dua puluh orang yang pada pendapat

Menteri boleh menyumbang secara berkesan kepada pembangunan belia, yang dilantik oleh Menteri.

(2)

Menteri boleh melantik secara sementara mana-mana anggota

Majlis untuk melaksanakan fungsi Pengerusi bagi tempoh apabila

Pengerusi tidak berupaya, disebabkan sakit, cuti atau apa-apa sebab lain, untuk melaksanakan fungsinya.

(3)

Anggota yang dilantik sebagai Pengerusi di bawah subseksyen (2) hendaklah, semasa tempoh dia melaksanakan fungsi

Pengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.

Majlis boleh mengundang orang lain ke persidangan atau mesyuarat