Malaysia legislation

Section 41

of AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007

Seksyen 41

Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia

Jawatan seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 37(1)(i) hendaklah menjadi kosong, jika—

(a)

telah dibuktikan terhadapnya atau dia telah disabitkan dengan apa-apa kesalahan—

(i)

yang melibatkan fraud, rasuah, kecurangan atau keburukan akhlak; atau

(ii)

yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti suatu denda, selama lebih daripada dua tahun;

(b)

dia didapati tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menjalankan tugasnya;

(c)

dia telah diisytiharkan bankrap;

(d)

dia tidak menghadiri persidangan selama tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran daripada Pengerusi;

(e)

dia telah dikenakan perintah tahanan, kediaman terhad, buang negeri atau yang seumpama dengannya di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan dan keselamatan awam yang sedang berkuat kuasa;

(f)

peletakan jawatannya diterima oleh Menteri;

(g)

pelantikan dibatalkan oleh Menteri; atau

(h)

dia telah mati.

52

Undang-Undang Malaysia

Akta 668

Pengisian kekosongan