Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(2)
Menteri boleh melantik seorang Timbalan Pendaftar Pertubuhan
Belia dan apa-apa bilangan Penolong Pendaftar Pertubuhan Belia, pegawai dan pekhidmat lain yang hendaklah terletak di bawah arahan dan kawalan am Pendaftar.
(3)
Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa dan menjalankan fungsi yang diberikan kepadanya oleh Akta ini, dan semasa ketiadaannya kuasa dan fungsi sedemikian boleh dipunyai atau dijalankan oleh Timbalan Pendaftar.
(4)
Penolong Pendaftar boleh menjalankan semua kuasa dan fungsi yang diberikan kepada Pendaftar oleh atau di bawah Akta ini, tertakluk kepada apa-apa sekatan yang boleh dikenakan oleh
Pendaftar.
(5)
Semua pegawai dan pekhidmat lain yang dilantik di bawah subseksyen (2) hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam bagi maksud Kanun Keseksaan [Akta 574].
Kuasa Pendaftar