Malaysia legislation
Section 60
Seksyen 60
Keanggotaan Lembaga
(a)
seorang Pengerusi;
(b)
Ketua Pengarah;
(c)
Ketua Pegawai Eksekutif; dan
(d)
tujuh orang anggota yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman dan menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan pembangunan belia daripada aspek pendidikan, penyelidikan atau sumber manusia, atau selainnya sesuai dilantik disebabkan oleh pengetahuan khas dan pengalamannya, seorang daripadanya hendaklah wakil daripada badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan.
61
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
(2)
Menteri boleh melantik mana-mana anggota Lembaga untuk menjalankan fungsi Pengerusi—
(a)
jika Pengerusi tidak berupaya untuk menjalankan fungsinya disebabkan sakit, cuti atau sebab-sebab lain; atau
(b)
semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan Pengerusi.
(3)
Seorang anggota yang dilantik sebagai Pengerusi di bawah subseksyen (2) hendaklah, semasa tempoh dia melaksanakan fungsi
Pengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.
(4)
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah menjadi Setiausaha
Lembaga.
(5)
Lima orang anggota Lembaga hendaklah membentuk kuorum dalam mana-mana mesyuarat Lembaga.
(6)
Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga boleh menentukan tatacaranya sendiri.
(7)
Peruntukan Jadual Ketiga hendaklah terpakai kepada
Lembaga.
Kuasa dan fungsi Lembaga