Malaysia legislation
Section 73
Seksyen 73
Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:
(a)
membayar saraan, elaun dan perbelanjaan lain anggota dan pegawai Institut, termasuklah pemberian pinjaman dan wang pendahuluan, elaun persaraan, faedah persaraan, pencen dan ganjaran;
(b)
membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan secara sah oleh Institut termasuklah fi dan kos guaman dan fi serta kos lain;
(c)
membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan, diterima atau dianggap wajar oleh Institut dalam melaksanakan fungsi-fungsinya;
(d)
memperoleh tanah dan apa-apa aset, dan membina bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja lain dalam menjalankan apa-apa fungsinya; dan
(e)
secara amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan fungsi-fungsinya.
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran