Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(2)
Tiap-tiap pertubuhan belia hendaklah berdaftar dengan
Pendaftar kecuali—
(a)
mana-mana pertubuhan yang ditubuhkan di bawah mana-mana Akta yang ditetapkan di bawah Jadual
Pertama; dan
(b)
mana-mana sayap belia kepada apa-apa pertubuhan selain pertubuhan belia.
(3)
Tiap-tiap pertubuhan belia yang didaftarkan di bawah Akta
Pertubuhan 1966 [Akta 335] hendaklah, dalam masa dua belas bulan dari tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini atau apa-apa tempoh yang dipersetujui oleh Menteri, memohon kepada Pendaftar supaya didaftarkan di bawah Akta ini.
18
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
(4)
Sehingga Pendaftar meluluskan pendaftaran mana-mana pertubuhan belia di bawah subseksyen (3), Akta Pertubuhan 1966
hendaklah terus terpakai bagi mana-mana pertubuhan belia.
Kuasa Pendaftar menghendaki maklumat