Malaysia legislation

Section 82

of AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007

Seksyen 82

Penalti kerana menghadiri mesyuarat, dsb., pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang

Mana-mana anggota atau orang yang bertindak sebagai anggota mana-mana pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang atau menghadiri mesyuarat suatu pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang atau yang membayar wang atau memberi apa-apa bantuan kepada atau bagi maksud pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang dan dengan pengetahuan bahawa pertubuhan belia itu adalah menyalahi undang-undang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

71

Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia

Penalti bagi orang yang membenarkan pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang dalam premis