Malaysia legislation
Section 88
Seksyen 88
Jika pendaftaran mana-mana pertubuhan belia telah dibatalkan di bawah seksyen 31 atau perenggan 20(1)(c), mana-mana pemegang jawatan pertubuhan belia yang dibatalkan pendaftarannya itu—
(a)
pada bila-bila masa selepas pembatalan itu, menjadi pemegang jawatan pertubuhan belia yang lain; atau
(b)
selepas tamat tempoh tiga puluh hari daripada pembatalan itu, terus menjadi pemegang jawatan dalam mana-mana pertubuhan belia yang lain, tanpa kebenaran bertulis Pendaftar melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Penggunaan bendera, simbol, lambang, lencana dan tanda kebesaran lain bagi pertubuhan belia