Malaysia legislation

Section 90

of AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007

Seksyen 90

(a)

sama ada atau tidak mana-mana orang telah disabitkan berkenaan dengannya; dan

(b)

telah dilakukan atau berupaya sebagai telah dilakukan atas nama atau bagi pihak mana-mana pertubuhan belia yang ditubuhkan oleh, di bawah atau menurut Akta ini;

tiap-tiap pemegang jawatan dalam pertubuhan belia itu atau tiap-tiap orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan pertubuhan belia itu pada masa kesalahan itu dilakukan, hendaklah disifatkan sebagai melakukan kesalahan tersebut dan boleh dikenakan hukuman yang ditetapkan oleh undang-undang, mengenainya melainkan dia membuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya dan dia telah melaksanakan segala usaha yang sewajarnya untuk mencegah pelakuan kesalahan.

(2)

Dalam mana-mana pendakwaan di bawah seksyen ini terhadap seseorang pemegang jawatan atau mana-mana orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan mana-mana pertubuhan belia yang dinyatakan dalam subseksyen (1), apa-apa dokumen yang ditemui dalam pemilikan mana-mana pemegang jawatan atau orang yang membantu dalam pengurusan pertubuhan belia tersebut, atau dalam pemilikan seseorang anggota pertubuhan belia tersebut, adalah menjadi keterangan prima facie tentang kandungannya bagi maksud untuk membuktikan bahawa apa-apa jua telah dilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan oleh atau bagi pihak pertubuhan belia itu.

Pertubuhan belia yang menggunakan upacara kongsi gelap disifatkan sebagai pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang