Malaysia legislation

Section 92

of AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007

Seksyen 92

Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia

(a)

ada dalam milikan atau kawalannya apa-apa harta pertubuhan belia itu selain daripada berdasarkan kaedah-kaedah pertubuhan belia itu;

(b)

menahan wang pertubuhan belia secara yang menyalahi undang-undang;

(c)

dengan sengaja menggunakan apa-apa wang pertubuhan belia itu bagi maksud selain yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah pertubuhan belia itu dan peruntukan Akta ini.

(2)

Jika Mahkamah itu berpuas hati dengan hal keadaan yang dinyatakan dalam subseksyen (1), mahkamah hendaklah, jika difikirkan perlu untuk keadilan hal itu, memerintahkan pemegang jawatan atau anggota pertubuhan belia berdaftar itu supaya menyerahkan harta atau membayar wang itu kepada pemegang amanah pertubuhan belia berdaftar itu.

76

Undang-Undang Malaysia

Akta 668

(3)

Suatu aduan yang dibuat di bawah subseksyen (1) tidak boleh dilayani melainkan jika Mahkamah itu berpuas hati bahawa pengadu itu, pada tarikh aduan itu, merupakan seorang anggota kepada pertubuhan belia yang berhubung dengan hartanya aduan itu dibuat.

(4)

Mana-mana orang yang terikat dengan perintah di bawah subseksyen (2) yang gagal mematuhi terma dan arahan dalam perintah yang tersebut dalam masa yang ditentukan dalam perintah itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

(5)

Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2)

hendaklah tidak menjejaskan atau menghalang sesuatu prosiding pendakwaan atau sivil terhadap mana-mana pemegang jawatan atau anggota pertubuhan belia itu.

Penalti kerana mempamerkan atau menggunakan perakuan pendaftaran yang telah dibatalkan

Section 92 — YOUTH SOCIETIES AND YOUTH DEVELOPMENT ACT 2007