Malaysia legislation

Section 99

of AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007

Seksyen 99

Perlindungan pemberi maklumat

(2)

Jika apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen atau data yang dikomputerkan yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang di dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan diperihalkan atau yang mungkin membawa kepada pemberi maklumat itu diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan supaya semua catatan sedemikian ditutupkan daripada penglihatan atau dipadamkan hanya setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat daripada diketahui.

(3)

Jika dalam perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah

Akta ini, mahkamah selepas siasatan penuh tentang kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat telah dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dibuat sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa mengetahui pemberi maklumat, mahkamah boleh menghendaki pengemukaan maklumat asal, jika bertulis, dan boleh membenarkan siasatan dan boleh menghendaki penzahiran sepenuhnya kepada Mahkamah, berkenaan dengan pemberi maklumat itu.

Pelucuthakan