Malaysia legislation

Section 6

of NOTIS PEMULAAN KAJIAN SEMULA PENTADBIRAN DUTI ANTI-LAMBAKAN BERKENAAN DENGAN IMPORT CELLULOSE FIBRE REINFORCED CEMENT FLAT DAN PATTERN SHEETS YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI THAILAND

Seksyen 6

Soal selidik

(1)

Bagi maksud mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi kajian semula pentadbiran ini, Kerajaan akan menghantar soal selidik kepada—

(a)

industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di Malaysia;

(b)

Shera Public Company Limited;

P.U. (B) 212 4

(c)

pengimport dan mana-mana persatuan pengimport; dan

(d)

Kerajaan Thailand.

(2)

Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dijemput untuk menghubungi MITI secara bertulis, melalui pos, faksimile, e-mel atau serahan tangan, untuk mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam kajian semula pentadbiran ini.

(3)

Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon bagi suatu salinan soal selidik itu dengan mengenal pasti jenis aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan kajian semula pentadbiran ini.

Pengumpulan maklumat