Malaysia legislation

Section 8

of NOTIS PEMULAAN PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN BERKENAAN DENGAN IMPORT PRODUK GULUNGAN RATA BESI ATAU KELULI BUKAN ALOI DENGAN KELEBARAN 600MM ATAU LEBIH, DISALUT, DISADUR ATAU DISEPUH DENGAN TIMAH (ELECTROLYTIC TINPLATE ATAU TINPLATE) YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA, REPUBLIK INDIA, JEPUN DAN REPUBLIK KOREA

Seksyen 8

Had masa

(1)

Semua pihak berkepentingan yang berhasrat untuk memohon soal selidik hendaklah berbuat demikian tidak lewat daripada lima belas hari selepas penyiaran notis ini dalam Warta.

(2)

Semua pihak berkepentingan hendaklah menyatakan pandangan mereka secara bertulis dan mengemukakan maklum balas soal selidik dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penyiaran notis ini dalam Warta sekiranya pandangan dan maklum balas itu hendak diambil kira semasa penyiasatan duti anti-lambakan ini, melainkan dinyatakan selainnya.

Pengemukaan maklumat, maklum balas soal selidik dan surat-menyurat