Malaysia legislation

Section 7212

of NOTIS PENAMATAN PENGENAAN DUTI ANTI-LAMBAKAN YANG AKAN BERLAKU TERHADAP IMPORT PRODUK GULUNGAN RATA KELULI BUKAN ALOI DISADUR ATAU DISALUT ALUMINIUM DAN ZINK YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA, REPUBLIK KOREA DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM

Seksyen 7212

50.23 00, 7212.50.24 90, 7212.50.29 10 dan 7212.50.29 90.

(2)

Kod H.S. dan AHTN yang dinyatakan dalam subperenggan (1) diberikan hanya bagi maksud makluman dan tidak mempunyai kesan mengikat terhadap pengelasan dagangan subjek itu.

Duti anti-lambakan 3.

(1)

Dagangan subjek adalah tertakluk kepada duti anti-lambakan yang dikenakan di bawah Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (No. 3) 2020 bagi tempoh mulai 12 Disember 2020 hingga 11 Disember 2025.

(2)

Kadar duti anti-lambakan yang dikenakan berhubung dengan import dagangan subjek ialah antara nil hingga 37.14% daripada harga eksport.

P.U. (B) 217 3

Pandangan daripada pihak berkepentingan 4.

(1)

Pihak berkepentingan yang berkemungkinan akan terjejas oleh penamatan pengenaan duti anti-lambakan boleh memberikan pandangan mereka secara bertulis.

(2)

Pandangan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah, khususnya, mengajukan isu yang berikut:

(a)

sama ada pengenaan duti anti-lambakan yang berterusan perlu untuk mengimbangi lambakan dagangan subjek; dan

(b)

sama ada kemudaratan akan berkemungkinan terus berulang jika duti itu dihapuskan atau diubah.

(3)

Pandangan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah disokong dengan keterangan dokumen yang sewajarnya.

Had masa 5.

Pihak berkepentingan hendaklah memberikan pandangan mereka secara bertulis tidak lewat dari 11 Julai 2025 dan pandangan itu hendaklah dikemukakan kepada alamat yang berikut:

Pengarah

Seksyen Amalan Perdagangan

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)

Aras 9, No. 7, Menara MITI

Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur

Malaysia

Nombor telefon

: (603) 6208 4633/4636

Nombor faksimile

: (603) 6211 4429

Alamat e-mel

: alltps@miti.gov.my

P.U. (B) 217 4

Bertarikh 30 Mei 2025

[MITI.600-2/2/6; PN(PU2)529/JLD.34]

TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri

P.U. (B) 217 5

COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993

NOTICE OF IMPENDING TERMINATION OF THE IMPOSITION OF ANTI-DUMPING

DUTIES ON IMPORTS OF FLAT ROLLED PRODUCT OF NON-ALLOY STEEL PLATED

OR COATED WITH ALUMINIUM AND ZINC ORIGINATING OR EXPORTED FROM

THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA, THE REPUBLIC OF KOREA AND

THE SOCIALIST REPUBLIC OF VIET NAM

(AD 01/20)