Skip to content
P.U. (B)In force

Notis Permulaan Kajian Semula Tamat Tempoh Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Gegelung Keluli yang Dipracat, Dicat atau Disalut Warna yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China dan Republik Sosialis Viet Nam

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2026
Sections
11

Notis Permulaan Kajian Semula Tamat Tempoh Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Gegelung Keluli yang Dipracat, Dicat atau Disalut War... is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 243 2026, currently marked in force and first recorded in 2026.

Front matterCover and publication detailsOpen

P.U. (B) 243

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT

GAZETTE

NOTIS PERMULAAN KAJIAN SEMULA TAMAT TEMPOH

DUTI ANTI-LAMBAKAN BERKENAAN DENGAN IMPORT

GEGELUNG KELULI YANG DIPRACAT, DICAT ATAU

DISALUT WARNA YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT

DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA DAN REPUBLIK

SOSIALIS VIET NAM

NOTICE OF INITIATION OF EXPIRY REVIEW

OF ANTI-DUMPING DUTIES WITH REGARD TO IMPORTS

OF PREPAINTED, PAINTED OR COLOUR COATED STEEL

COILS ORIGINATING OR EXPORTED FROM THE PEOPLE’S

REPUBLIC OF CHINA AND THE SOCIALIST REPUBLIC OF

VIET NAM

DISIARKAN OLEH/

JABATAN PEGUAM NEGARA/

ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

P.U. (B) 243 2

AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993

NOTIS PERMULAAN KAJIAN SEMULA TAMAT TEMPOH DUTI ANTI-LAMBAKAN

BERKENAAN DENGAN IMPORT GEGELUNG KELULI YANG DIPRACAT, DICAT ATAU

DISALUT WARNA YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA

DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM

(AD 02/15 – SR 01/26)

BERIKUTAN penyiaran Notis Penamatan Pengenaan Duti Anti-Lambakan yang akan

Berlaku Terhadap Import Gegelung Keluli yang Dipracat, Dicat atau Disalut Warna yang

Berasal atau Dieksport dari Republik Rakyat China dan Republik Sosialis Viet Nam

[P.U. (B) 6/2026] dalam Warta pada 8 Januari 2026, Kerajaan telah menerima suatu permintaan bagi kajian semula tamat tempoh terhadap pengenaan duti anti-lambakan bagi import gegelung keluli yang dipracat, dicat atau disalut warna yang berasal atau dieksport dari Republik Rakyat China dan Republik Sosialis Viet Nam (“dagangan subjek”)

dan menurut 28C(6) Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 [Akta 504],

Kerajaan memulakan suatu kajian semula tamat tempoh terhadap pengenaan duti anti-lambakan ke atas dagangan subjek itu.

Permintaan bagi kajian semula tamat tempoh

Seksyen 1

Permintaan bagi kajian semula tamat tempoh itu telah dibuat oleh pengeluar dalam negeri di Malaysia bagi gegelung keluli yang dipracat, dicat atau disalut warna yang berikut:

CSC Steel Sdn. Bhd.

180, Kawasan Perindustrian Ayer Keroh

Ayer Keroh, 75450 Melaka

Malaysia.

Seksyen 2

Dagangan subjek

(1)

Dagangan subjek itu dikelaskan di bawah Kod Sistem yang Diharmonikan

(Kod H.S.) dan Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN (AHTN) 7210.70.12 00, 7210.70.13 00,

Seksyen 7210

70.19 00, 7210.70.21 00, 7210.70.29 00, 7210.70.91 00 dan 7210.70.99 00.

P.U. (B) 243 3

(2)

Kod H.S. dan AHTN yang dinyatakan dalam subperenggan (1) diberikan hanya untuk makluman dan tidak mempunyai kesan mengikat terhadap pengelasan dagangan subjek.

Duti anti-lambakan sedia ada

Seksyen 3

Duti anti-lambakan yang berkuat kuasa pada masa ini bagi dagangan subjek ialah duti anti-lambakan definitif di bawah Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan)

(Kajian Semula Pentadbiran) 2026 [P.U. (A) 23/2026].

Seksyen 4

Alasan bagi kajian semula tamat tempoh

(1)

Permintaan bagi kajian semula tamat tempoh itu adalah berdasarkan alasan bahawa penamatan duti anti-lambakan yang berkuat kuasa pada masa ini berkemungkinan menyebabkan lambakan dan kemudaratan berterusan atau berulang terhadap industri Malaysia.

(2)

Pemohon mengemukakan keterangan yang mencukupi mengenai lambakan dan kemudaratan terhadap industri Malaysia serta hubung kait antara import dagangan subjek itu dengan kemudaratan yang dikatakan dialami oleh industri domestik di Malaysia.

(3)

Kerajaan berpuas hati bahawa permintaan itu mengandungi alasan yang mencukupi untuk memulakan suatu kajian semula tamat tempoh.

(4)

Dalam membuat keputusan ini, Kerajaan juga telah meneliti harga dagangan subjek di pasaran dalam negeri di Malaysia berhubung dengan kemungkinan lambakan itu berterusan atau berulang.

Seksyen 5

Tatacara

Setelah menentukan bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk mewajarkan suatu kajian semula tamat tempoh duti anti-lambakan berkenaan dengan import dagangan subjek, Kerajaan akan memulakan kajian semula tamat tempoh menurut subseksyen 28C(6) Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993.

P.U. (B) 243 4

Seksyen 6

Soal selidik

(1)

Bagi maksud mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi kajian semula tamat tempoh itu, Kerajaan boleh menghantar soal selidik kepada semua pihak berkepentingan yang berkenaan.

(2)

Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dijemput untuk menghubungi MITI melalui e-mel untuk mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam permintaan kajian semula tamat tempoh ini.

(3)

Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon salinan soal selidik itu dengan mengenal pasti jenis aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan kajian semula tamat tempoh ini.

Seksyen 7

Pengumpulan maklumat

Semua pihak berkepentingan dijemput untuk memberikan pandangan mereka secara elektronik, khususnya dengan menjawab soal selidik yang dialamatkan kepada mereka dan dengan mengemukakan keterangan sokongan.

Seksyen 8

Had masa

(1)

Mana-mana pihak berkepentingan yang berhasrat untuk memohon soal selidik hendaklah berbuat demikian tidak lewat daripada lima belas hari selepas penyiaran notis ini dalam Warta.

(2)

Semua pihak berkepentingan hendaklah menyatakan pandangan mereka secara elektronik dan mengemukakan maklum balas soal selidik dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyiaran notis ini dalam Warta sekiranya pandangan dan maklum balas itu hendak diambil kira semasa kajian semula tamat tempoh, melainkan jika dinyatakan selainnya.

P.U. (B) 243 5

Seksyen 9

Pengemukaan maklumat elektronik, maklum balas soal selidik dan surat-menyurat

(1)

Semua pengemukaan maklumat dan maklum balas soal selidik hendaklah dibuat secara elektronik melalui Sistem Pengurusan Penyiasatan Remedi Perdagangan

(TRIMA), yang boleh diakses di https://traderemedies.miti.gov.my dan apa-apa pertanyaan lanjut atau surat-menyurat boleh dikemukakan kepada—

Pengarah

Seksyen Amalan Perdagangan

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)

Aras 9, Menara MITI

No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur

Malaysia

Nombor Telefon

: (603) 6208 4636/4643/4642/4646

Alamat e-mel

: alltps@miti.gov.my

(2)

Sekiranya pihak berkepentingan tidak memberikan maklumat yang perlu atau maklumat dan pandangan itu tidak diterima dalam bentuk yang memadai dalam had masa yang dinyatakan, Kerajaan boleh membuat penentuan berdasarkan fakta yang ada mengikut seksyen 41 Akta.

Bertarikh 16 Julai 2026

[MITI.600-2/2/56 (S); PN(PU2)529/JLD.34]

DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri

P.U. (B) 243 6

COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993

NOTICE OF INITIATION OF EXPIRY REVIEW OF ANTI-DUMPING DUTIES WITH REGARD

TO IMPORTS OF PREPAINTED, PAINTED OR COLOUR COATED STEEL COILS

ORIGINATING OR EXPORTED FROM THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA

AND THE SOCIALIST REPUBLIC OF VIET NAM

(AD 02/15 – SR 01/26)

FOLLOWING the publication of the Notice of Impending Termination of the Imposition of Anti-Dumping Duties on Imports of Prepainted, Painted or Colour Coated Steel Coils

Originating or Exported from the People’s Republic of China and the Socialist Republic of Viet Nam [P.U. (B) 6/2026] in the Gazette on 8 January 2026, the Government has received a request for an expiry review on the imposition of anti-dumping duties on the imports of prepainted, painted or colour coated steel coils originating or exported from the People's Republic of China and the Socialist Republic of Viet Nam

(“subject merchandise”) and pursuant to subsection 28C(6) of the Countervailing and

Anti-Dumping

Duties

Act 1993

[Act 504], the

Government initiates an expiry review on the imposition of anti-dumping duties on the subject merchandise.

Request for expiry review 1.

The request for expiry review was lodged by the following domestic producer in Malaysia for prepainted, painted or colour coated steel coils:

CSC Steel Sdn. Bhd.

180, Kawasan Perindustrian Ayer Keroh

Ayer Keroh, 75450 Melaka

Malaysia.

Subject merchandise 2.

(1)

The subject merchandise is classified under the Harmonised System Code

(H.S. Code) and ASEAN Harmonised Tariff Nomenclature (AHTN) 7210.70.12 00,

Seksyen 7210

70.13 00, 7210.70.19 00, 7210.70.21 00, 7210.70.29 00, 7210.70.91 00 and 7210.70.99 00.

P.U. (B) 243 7

(2)

The H.S. Code and AHTN specified in subparagraph (1) are given only for information and have no binding effect on the classification of the subject merchandise.

Existing anti-dumping duties 3.

The anti-dumping duties currently in force on the subject merchandise are definitive anti-dumping duties imposed under the Customs (Anti-Dumping Duties)

(Administrative Review) Order 2026 [P.U. (A) 23/2026].

Grounds for the expiry review 4.

(1)

The request for expiry review is based on the grounds that the termination of the anti-dumping duties currently in force would be likely to lead to a continuation or recurrence of dumping and injury to the Malaysian industry.

(2)

The applicant presented sufficient evidence of the dumping and injury to the Malaysian industry and the causal link between the imports of the subject merchandise with the alleged injury suffered by the domestic industry in Malaysia.

(3)

The Government is satisfied that the request carries sufficient grounds to initiate an expiry review.

(4)

In coming to the decision, the Government has also examined the prices of the subject merchandise in the domestic market in Malaysia in relation to the likelihood of a continuation or recurrence of dumping.

Procedure 5.

Having determined that there is sufficient evidence to warrant an expiry review of the anti-dumping duties with regard to the imports of subject merchandise, the Government will initiate an expiry review pursuant to subsection 28C(6) of the

Countervailing and Anti-Dumping Duties Act 1993.

Questionnaires 6.

(1)

In order to obtain information deemed necessary for the expiry review, the Government may send questionnaires to the relevant interested parties.

P.U. (B) 243 8

(2)

In any event, all interested parties not contacted by the Ministry of

Investment, Trade and Industry (MITI) are invited to contact MITI by e-mail in order to find out whether they are listed in this expiry review.

(3)

If necessary, such interested parties may request for a copy of the questionnaires by identifying the nature of their business activities related to the expiry review.

Collection of information 7.

All interested parties are invited to make their views known by electronic means, in particular by responding to the questionnaires addressed to them and by providing supporting evidence.

Time limit 8.

(1)

Any interested party who desires to request for a questionnaire shall do so not later than fifteen days after the publication of this notice in the Gazette.

(2)

All interested parties must present their views by electronic means and submit questionnaires responses within thirty days from the date of publication of this notice in the Gazette if such views and responses are to be taken into consideration during the anti-dumping duties expiry review, unless otherwise specified.

Submission of electronic information, questionnaires responses and correspondence 9.

(1)

All submissions of information and questionnaires responses must be made by electronic means via Trade Remedies Investigation Management System

(TRIMA), which can be accessed at https://traderemedies.miti.gov.my and any request for clarification and correspondence may be directed to—

Director

Trade Practices Section

Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI)

P.U. (B) 243 9

Level 9, Menara MITI

No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur

Malaysia

Telephone number : (603) 6208 4636/4643/4642/4646

E-mail address

: alltps@miti.gov.my

(2)

If the interested parties do not provide the necessary information or the information and views are not received in adequate form within the specified time limit, the Government may make its determination on the basis of the facts available in accordance with section 41 of the Act.

Dated 16 July 2026

[MITI.600-2/2/56 (S); PN(PU2)529/JLD.34]

DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI

Minister of Investment, Trade and Industry

Common questions

What is Notis Permulaan Kajian Semula Tamat Tempoh Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Gegelung Keluli yang Dipracat, Dicat atau Disalut Warna yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China dan Republik Sosialis Viet Nam?
Notis Permulaan Kajian Semula Tamat Tempoh Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Gegelung Keluli yang Dipracat, Dicat atau Disalut War... is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 243 2026, currently marked in force and first recorded in 2026.
Is Notis Permulaan Kajian Semula Tamat Tempoh Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Gegelung Keluli yang Dipracat, Dicat atau Disalut Warna yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China dan Republik Sosialis Viet Nam still in force?
Yes — Notis Permulaan Kajian Semula Tamat Tempoh Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Gegelung Keluli yang Dipracat, Dicat atau Disalut Warna yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China dan Republik Sosialis Viet Nam is currently in force.
When did Notis Permulaan Kajian Semula Tamat Tempoh Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Gegelung Keluli yang Dipracat, Dicat atau Disalut Warna yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China dan Republik Sosialis Viet Nam take effect?
Notis Permulaan Kajian Semula Tamat Tempoh Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Gegelung Keluli yang Dipracat, Dicat atau Disalut Warna yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China dan Republik Sosialis Viet Nam was first recorded in 2026.
How many sections does Notis Permulaan Kajian Semula Tamat Tempoh Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Gegelung Keluli yang Dipracat, Dicat atau Disalut Warna yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China dan Republik Sosialis Viet Nam have?
Notis Permulaan Kajian Semula Tamat Tempoh Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Gegelung Keluli yang Dipracat, Dicat atau Disalut Warna yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China dan Republik Sosialis Viet Nam contains 11 sections.
Where can I read the official version of Notis Permulaan Kajian Semula Tamat Tempoh Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Gegelung Keluli yang Dipracat, Dicat atau Disalut Warna yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China dan Republik Sosialis Viet Nam?
The official text of Notis Permulaan Kajian Semula Tamat Tempoh Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Gegelung Keluli yang Dipracat, Dicat atau Disalut Warna yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China dan Republik Sosialis Viet Nam is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.