Malaysia legislation

Section 3

of Saya, Khairul Hasniza binti Ahmad Amin Noordin, Pentadbir Tanah Petaling

Seksyen 3

Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(a)

penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus

(10%) daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas: RM22,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Dua Ribu sahaja);

(b)

amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;

(c)

di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—

(i)

maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar;

dan

(ii)

sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah kena dibayar kepada pemegang gadaian;

(d)

baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh (120) hari daripada tarikh jualan, iaitu tidak lewat dari tarikh 26 September 2008 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan;

dan

(e)

di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.

jadual tanah dan kepentingan

Bandar/Pekan/Mukim—Petaling. No. Lot/P.T.—15314. Jenis dan No. Hakmilik—

H.S.(M) 18162. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar Gadaian

(jika ada)—No. Perserahan 3016/98, Jilid 365, Folio 65.

Bertarikh 6 Mac 2008

Khairul Hasniza binti Ahmad Amin Noordin

[PTP. 12/14/08]

Penolong Pentadbir Tanah

Petaling

WARTA  KERAJAAN  NEGERI  SELANGOR

[27hb Mac 2008 710