Malaysia legislation

Section 3

of Saya, Mokhzani bin Mohamed, Penolong Pentadbir Tanah Lipis, pada

Seksyen 3

Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(a)

penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus

(10%) daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas iaitu sebanyak RM9,000.00;

(b)

amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;

(c)

di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—

(i)

maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar;

dan

(ii)

sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;

(d)

baki harga belian mestilah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh (120) hari daripada tarikh jualan, iaitu tidak lewat dari tarikh 9 September 2008 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan

WARTA  KERAJAAN  NEGERI  PAHANG

28hb Feb. 2008]

335

(e)

di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267 Kanun Tanah Negara.

jadual tanah dan kepentingan

Mukim—Penjom. No. P.T.—1773. Jenis dan No. Hakmilik—H.S.(M) 1175.

Bahagian Tanah (jika ada)—Semua Bahagian. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—No. Perserahan 495/1998 bertarikh 25-6-1998.

Bertarikh 14 Januari 2008

MOKHZANI BIN MOHAMED

[PTL.PEN. 15/052/2007]

Pentadbir Tanah Daerah

Lipis