Malaysia legislation

Section 6

of SURUHANJAYA SIASATAN BAGI MENGKAJI PENGENDALIAN PERKARA BERKAITAN DENGAN KES KEDAULATAN BATU PUTEH, BATUAN TENGAH DAN TUBIR SELATAN

Seksyen 6

YB. Dato’ Haji Mohammed Ridha bin Dato’ Haji Abd Kadir; dan 7.

YBrs. Tuan Haji Dickson bin Dollah, menjadi Pesuruhjaya-Pesuruhjaya untuk menjalankan siasatan ini dengan bidang tugas yang berikut:

(a)

untuk mengesahkan, mengakaskan atau mengubah, jika difikirkan patut olehnya mana-mana fakta atau penemuan yang telah direkodkan oleh

Pasukan Petugas Khas dalam laporannya, antara lainnya, melalui penemuan keterangan lanjut yang berkaitan dengan mengambil kira cabaran yang telah dihadapi oleh Pasukan Petugas Khas serta menyediakan hasil penemuan;

P.U. (B) 169 3

(b)

untuk menyemak, mengkaji dan menyediakan pandangan jika mana-mana pihak yang berkaitan telah melanggar apa-apa undang-undang, norma kerja atau pekeliling pentadbiran dalam pelaksanaan tanggungjawab;

(c)

untuk menilai, mengenal pasti dan mencadangkan syor berhubungan dengan tindakan perundangan dan bukan perundangan yang boleh diambil—

(i)

terhadap mana-mana pihak yang berkaitan dalam pengendalian tuntutan;

(ii)

untuk meningkatkan proses kerja berhubung dengan proses atau perkara yang berhubungan dengan tuntutan; dan

(iii)

untuk melindungi Batuan Tengah dan Tubir Selatan serta laut wilayah di sekitar Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan; dan

(d)

untuk menyediakan laporan akhir yang mengandungi hasil kajian, analisis dan syor yang berkaitan untuk pertimbangan Jemaah Menteri.

dan mengarahkan bahawa—

(i)

YABhg. Tun Md Raus bin Sharif hendaklah menjadi Pengerusi;

(ii)

lima (5) orang Pesuruhjaya hendaklah membentuk kuorum;

(iii)

siasatan itu hendaklah diadakan di mana-mana tempat, pada mana-mana tarikh dan pada bila-bila masa yang ditentukan oleh Pengerusi;

(iv)

siasatan hendaklah dijalankan secara tertutup;

(v)

Pesuruhjaya-Pesuruhjaya hendaklah menjalankan kuasa mereka mengikut

Akta Suruhanjaya Siasatan 1950; dan

P.U. (B) 169 4

(vi)

Pesuruhjaya-Pesuruhjaya hendaklah menyiapkan siasatan itu dan mengemukakan suatu laporan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa enam bulan dari tarikh Tauliah ini dikeluarkan.

Bertarikh 29 April 2024

[BHEUU/06/(R)210; PN(PU2)282/III]

Dengan Titah Perintah

ANWAR BIN IBRAHIM

Perdana Menteri

P.U. (B) 169 5

COMMISSIONS OF ENQUIRY ACT 1950

COMMISSION OF ENQUIRY TO REVIEW THE HANDLING OF MATTERS RELATED TO

THE SOVEREIGNTY CASE OF BATU PUTEH, MIDDLE ROCKS AND SOUTH LEDGE

COMMISSION