Malaysia legislation
Section 2
of AKTA LEMBAGA LOTERI PERKHIDMATAN MASYARAKAT DAN KEBAJIKAN 1950-1962
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
"Lembaga" ertinya Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
"loteri awam" ertinya apa jua cara permainan atau peranti dengan mana wang atau nilaian wang dibahagi atau diuntukkan mengikut apa-apa cara yang bergantung kepada atau ditentukan oleh nasib atau pengundian dan yang kepada mana orang awam atau mana-mana kumpulan orang awam mempunyai atau boleh mendapat akses;
"Menteri" ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi kebajikan masyarakat;
"Pengerusi" ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 4 (1) dan termasuklah manamana anggota Lembaga itu yang dilantik oleh Menteri untuk bertindak sebagai ganti Pengerusi pada bila-bila masa Pengerusi tidak dapat bertindak oleh sebab tidak berada di dalam negeri atau sakit atau kerana sesuatu sebab lain.