Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan 1950-1962.
Repealed by Akta Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan (Pembubaran) 1991.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan 1950-1962 is Malaysia Act, cited as Act 252 1950, currently marked repealed and first recorded in 1950.
SERI PADUKA BAGINDA
DITERBITKAN DENGAN KUASA
HIS MAJESTY'S GOVERNMENT GAZETTE
Jil.31
No.218hb Oktober 1987TAMBAHAN No.32
AKTA
Naskah bahasa kebangsaan bagi undang-undang semakan yang berikut adalah dengan ini diterbitkan untuk makluman umum:
The national language text of the following revised law is hereby published for general information:
No.
Tajuk ringkas
Akta 252 .. Akta Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan 1950-1962
Akta 252
AKTA LEMBAGA LOTERI PERKHIDMATAN MASYARAKAT DAN KEBAJIKAN 1950-1962 (Disemak—1981)
Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, Kuala Lumpur, bagi Social and Welfare Services Lotteries Act 1950-1962 sebagaimana disemak dalam tahun 1981. Melainkan dan sehingga ditetapkan sebagai saih di bawah seksyen 7 (1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32), ia bukannya perundangan.
Disemak hingga ... 29hb April 1981
Tarikh ditetapkan untuk mula berkuatkuasa ... 15hb Ogos 1981
Tarikh disiarkan dalam Warta 23hb Julai 1981
Menyatukan—
Akta 252
AKTA LEMBAGA LOTERI PERKHIDMATAN MASYARAKAT DAN KEBAJIKAN 1950-1962 (Disemak----1981)
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan 1950-1962.
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
"Lembaga" ertinya Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
"loteri awam" ertinya apa jua cara permainan atau peranti dengan mana wang atau nilaian wang dibahagi atau diuntukkan mengikut apa-apa cara yang bergantung kepada atau ditentukan oleh nasib atau pengundian dan yang kepada mana orang awam atau mana-mana kumpulan orang awam mempunyai atau boleh mendapat akses;
"Menteri" ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi kebajikan masyarakat;
"Pengerusi" ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 4 (1) dan termasuklah manamana anggota Lembaga itu yang dilantik oleh Menteri untuk bertindak sebagai ganti Pengerusi pada bila-bila masa Pengerusi tidak dapat bertindak oleh sebab tidak berada di dalam negeri atau sakit atau kerana sesuatu sebab lain.
Bagi maksud-maksud Akta ini, maka hendaklah ditubuhkan suatu Lembaga bernama "Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan" yang hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai biasa dan boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya.
Bagi maksud mengadakan premisnya sendiri, Lembaga boleh, daripada kumpulan wang bangunan yang ditubuhkan di bawah seksyen 14, dan dengan kelulusan Menteri Kewangan dan tertakluk kepada apa-apa sekatan yang dikenakan oleh Menteri Kewangan, membuat kontrak, memperolehi dan memegang harta alih atau harta tak alih dan melupuskannya atau selainnya membuat apa-apa urusan mengenainya:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang Lembaga daripada membina atau membeli atau selainnya memperolehi premis berlebihan daripada keperluannya dan menyewakan mana-mana bahagian premis yang berlebihan itu mengikut apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
MASYARAKAT DAN KEBAJIKAN
Lembaga hendaklah terdiri daripada sebelas orang anggota yang dilantik oleh Menteri, yang mana seorang daripadanya hendaklah dilantik oleh Menteri sebagai Pengerusi.
Seseorang yang dilantik menjadi anggota Lembaga di bawah subseksyen (1) hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun tetapi apabila tempoh perlantikan mana-mana anggota itu tamat, maka adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri melantiknya semula selama tempoh selanjutnya yang tidak melebihi tiga tahun dan sesudah itu memperbaharui perlantikannya dari semasa ke semasa bagi tempoh yang sama.
Menteri boleh membuang atau menggantung kerja mana-mana anggota Lembaga dan boleh melantik seorang lain sebagai gantinya atau sebagai ganti mana-mana anggota yang mati, bersara atau yang, pada masa itu, tidak dapat bertindak.
Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), apabila terdapat sesuatu kekosongan dalam Lembaga, adalah tidak perlu bagi Menteri mengisi kekosongan itu selagi bilangan anggota Lembaga tidak menjadi kurang daripada tujuh orang. [Akta 21/62, s. 3.]
Lima orang anggota Lembaga boleh menjadi kuorum dalam mana-mana mesyuarat dan segala perbuatan, perkara atau benda yang dibenarkan atau dikehendaki dilakukan oleh Lembaga boleh diputuskan dengan kelebihan suara dalam mana-mana mesyuarat yang dihadiri oleh kuorum sedemikian.
Pengerusi hendaklah, apabila hadir, mempengerusikan tiap-tiap mesyuarat Lembaga, dan dalam masa ketidakhadirannya mesyuarat hendaklah dipengerusikan oleh seorang anggota Lembaga yang dipilih oleh anggota-anggota yang hadir.
8
Pengerusi atau anggota yang mempengerusikan sesuatu mesyuarat hendaklah mempunyai hak mengundi mengenai sesuatu soalan dan, sekiranya pembahagian undi didapati sama banyak, dia hendaklah juga mempunyai hak memberi undi pemutus.
Segala perbuatan yang dilakukan oleh Lembaga adalah, walaupun ada apa-apa kekosongan dalam Lembaga itu atau kemudiannya didapati bahawa ada kecacatan dalam perlantikan seseorang yang dikatakan menjadi anggota Lembaga itu, sama sahnya seolah-olah kekosongan atau kecacatan demikian tidak wujud.
Tertakluk kepada seksyen ini, Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk mengawalselia prosedurnya sendiri dalam mesyuaratnya dan bagi melantik seorang Setiausaha Lembaga dan bagi mengadakan peruntukan mengenai pengambilan dan penjagaan minit mesyuarat Lembaga.
Meterai biasa Lembaga hendaklah mengandungi sesuatu rekabentuk yang diluluskan oleh Lembaga dan Lembaga boleh dari semasa ke semasa memecah, menukar, mengubah dan membuat baru meterai itu sebagaimana yang difikirkannya patut.
Meterai biasa Lembaga hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi dan tidak boleh dicapkan pada mana-mana suratcara kecuali di hadapan Pengerusi dan dua orang anggota Lembaga yang lain, yang hendaklah menurunkan tandatangan mereka pada suratcara itu sebagai tanda kehadiran mereka dan penandatangan itu hendaklah menjadi bukti yang memadai bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sempurna dan betul dan bahawa meterai itu adalah meterai Lembaga yang sah di sisi undang-undang.
Lembaga boleh melantik mana-mana pegawai dan pengkhidmat yang difikirkannya perlu bagi pelaksanaan wajar tugas dan fungsi Lembaga.
MASYARAKAT DAN KEBAJIKAN
Pegawai dan pengkhidmat Lembaga boleh menerima, daripada wang yang diperolehi oleh Lembaga, apa-apa saraan dan elaun yang diluluskan oleh Menteri.
Tiap-tiap anggota, pegawai atau pengkhidmat Lembaga hendaklah disifatkan sebagai seorang pengkhidmat awam dalam erti Kanun Keseksaan.
Lembaga boleh, daripada kumpulan wang pinjaman yang ditubuhkan di bawah seksyen 14, memberi pinjaman kepada pegawai dan pengkhidmatnya bagi maksud membantu mereka memiliki, membina, membeli atau selainnya memperolehi rumah bagi tempat kediaman mereka atau tempat kediaman keluarga mereka; dan Lembaga boleh dapat jaminan atas pinjaman itu dengan mengenakan apa-apa terma dan syarat, termasuk menggadaijanjikan harta yang diperolehi itu kepada Lembaga, sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri Kewangan; dan sekiranya pegawai dan pengkhidmat itu tidak dapat membayar balik pinjaman itu, Lembaga boleh tertakluk kepada budi bicara Menteri Kewangan, menghasilkan atau selainnya melupuskan gadaijanji itu.
Tertakluk kepada Akta ini adalah sah di sisi undang-undang bagi Lembaga, anggota, pegawai dan pengkhidmatnya, walau apa pun peruntukan manamana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, memegang, menganjur, mengelola dan mentadbirkan apa-apa loteri awam yang Lembaga dibenarkan menganjur di bawah subseksyen (2) dan menulis, mencetak, menyiar, mengiklan, menjual atau mengedarkan tiket-tiket atau judi nasib pada manamana loteri itu dan melakukan segala perkara lain yang bersampingan dengan atau yang perlu bagi penganjuran atau pentadbirannya.
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah membenarkan Lembaga menganjurkan sesuatu loteri awam.
Menteri boleh, tertakluk kepada Akta ini dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, melalui sesuatu perintah mengenakan apa-apa syarat dan batasan kepada Lembaga berkenaan. dengan penganjuran dan pentadbiran sesuatu loteri yang dibenarkan sebagaimana yang difikirkannya patut.
Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta, dengan seberapa segera yang praktik selepas ianya dibuat.
Menteri boleh pada bila-bila masa membatal atau meminda sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini.
Kuasa yang diberi kepada Menteri di bawah subseksyen (3) dan (5) untuk mengenakan syaratsyarat dan batasan-batasan kepada Lembaga berkenaan dengan penganjuran dan pentadbiran sesuatu loteri di bawah Akta ini hendaklah dijalankan oleh Menteri dengan persetujuan Perbendaharaan. [Akta 21/62, s. 4.]
Lembaga hendaklah, apabila menganjurkan sesuatu loteri di bawah Akta ini, menyebab supaya disiarkan dalam Warta, atau dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, suatu prospektus mengenai loteri itu yang hendaklah menyatakan—.
bilangan tiket atau judi nasib baginya yang ditawarkan untuk dijual dan harga serta peringkat nilai tiket atau judi nasib itu;
masa, tempat dan cara di mana atau bagaimana pemenang-pemenang hadiah baginya akan ditentukan;
syarat-syarat yang tertakluk kepadanya sesuatu tiket atau judi nasib baginya akan ditawarkan untuk dijual dan yang menurutnya loteri itu akan dijalankan;
Tiada apa-apa tiket atau judi nasib pada manamana loteri boleh dijual atau diedarkan pada bila-bila masa sebelum tamatnya tempoh satu bulan selepas tarikh penyiaran apa-apa prospektus yang berhubungan dengannya.
Tiada apa-apa tiket atau judi nasib pada manamana loteri yang dianjurkan oleh Lembaga di bawah Akta ini boleh dijual atau diedarkan melainkan bagi pihak Lembaga dan sama ada—
oleh seseorang yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah Pos dan di Pejabat Pos atau melalui Agensi Pos yang ditubuhkan di bawah Akta Pejabat Pos 1947; atau
oleh orang yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Pengerusi Lembaga dan di mana-mana tempat atau tempat-tempat sebagaimana yang dinyatakan oleh Pengerusi Lembaga melalui pemberitahuan dalam Warta.
Seseorang yang menjual atau menawarkan untuk dijual atau mengedar atau cuba mengedarkan atau membeli atau menawarkan untuk dibeli atau mendapat atau cuba mendapatkan apa-apa tiket atau judi nasib pada sesuatu loteri dengan melanggari subseksyen (1) atau yang didapati, tanpa alasan-alasan yang sah di sisi undang-undang, memiliki apa-apa tiket atau lain-lain dokumen yang memberi hak kepada mana-mana orang mendapat sesuatu judi nasib pada mana-mana loteri yang telah dibeli atau didapati dengan melanggari subseksyen itu adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
12
Segala wang yang didapati melalui sesuatu loteri, yang prospektusnya dikeluarkan di bawah Akta ini hendaklah, tertakluk kepada potongan-potongan yang berikut, iaitu—
segala kos, caj dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Lembaga dalam menganjur dan mentadbirkan loteri itu;
apa-apa jumlah wang yang dibayar masuk ke dalam Kumpulan Wang Rizab yang ditubuhkan di bawah seksyen 13;
apa-apa amaun untuk perbelanjaan pentadbiran am atau lain-lain perbelanjaan yang ditanggung oleh Lembaga dalam menjalankan fungsi-fungsinya di bawah Akta ini, sebagaimana, tertakluk kepada kelulusan Menteri Kewangan, yang difikirkannya munasabah; dan
apa-apa jumlah wang yang dibayar masuk ke dalam kumpulan wang bangunan atau kumpulan wang pinjaman yang ditubuhkan di bawah seksyen 14, dibayar masuk ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan.
Maka pada tiap-tiap tahun hendaklah dibuat, daripada wang yang diuntukkan oleh Parlimen, bayaran, bagi maksud yang dinyatakan kemudian dari ini, yang amaun agregatnya sama banyak, membandingkan satu tahun dengan satu tahun yang lain, dengan amaun yang dibayar masuk ke dalam Kumpulan Wang Disatukan di bawah subseksyen (1).
LEMBAGA LOTERI PERKHIDMATAN MASYARAKAT DAN KEBAJIKAN
Jika Lembaga dibubarkan, baki Kumpulan Wang Rizab itu, selepas semua liabiliti Lembaga dibayar, hendaklah dibayar masuk ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan dan subseksyen (2) hendaklah terpakai bagi amaun yang dibayar masuk ke dalam Kumpulan Wang Disatukan di bawah seksyen ini sebagaimana ianya terpakai bagi amaun yang dibayar masuk ke dalam Kumpulan Wang itu di bawah subseksyen (1).
Bayaran yang dibuat di bawah subseksyen (2) boleh dibuat bagi maksud memberi bantuan kepada mana-mana organisasi, institusi atau badan awam, dermawan, khairat, agama atau pendidikan atau menjalankan apa-apa skim atau projek dermawan, khairat, agama atau pendidikan atau apa-apa kerja yang berfaedah pada awam, atau bagi membaiki keadaan sosial, atau bagi memajukan kebajikan awam atau mana-mana kumpulannya. [Akta 21/62, s. 5.]
Lembaga hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan buku-buku yang hendaklah mengandungi akaun sebenar dan mengikut aturan mengenai semua terimaan, potongan dan bayaran yang dibuat oleh Lembaga, dan bukubuku tersebut hendaklah, pada bila-bila masa yang berpatutan, terbuka untuk pemeriksaan mana-mana anggota Lembaga dan juruaudit yang dilantik oleh Menteri Kewangan dan mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Menteri Kewangan untuk memeriksa buku-buku itu. [Akta 21/62; s. 6.]
Akaun Lembaga hendaklah diaudit oleh juruaudit yang dilantik bagi maksud itu oleh Menteri Kewangan sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap tahun dan satu salinan apa-apa akaun yang diaudit demikian hendaklah dikemukakan oleh Lembaga kepada Menteri Kewangan yang hendaklah menyebabkan supaya akaun itu disiarkan dalam Warta.
14
Lembaga hendaklah, dalam masa tiga bulan dari tarikh pemenang-pemenang hadiah sesuatu loteri ditentukan, menyediakan suatu akaun lengkap berkenaan dengan loteri itu yang menunjukkan jumlahnya amaun yang didapati melaluinya, amaunnya hadiah yang dibayar berkenaan dengannya, kos, caj serta perbelanjaan dan potongan yang dibuat oleh Lembaga berkenaan dengannya.
Tiap-tiap akaun sedemikian hendaklah diaudit oleh juruaudit yang dilantik di bawah seksyen 11 (2) dan satu salinan akaun itu, yang diaudit sedemikian, hendaklah dikemukakan dengan serta-merta oleh Lembaga kepada Menteri Kewangan yang hendaklah menyebabkan supaya akaun itu disiarkan dalam Warta.
Lembaga boleh menubuhkan suatu Kumpulan Wang Rizab, mengandungi apa-apa amaun yang diluluskan oleh Menteri Kewangan, bagi maksud memenuhi apa-apa liabiliti masa kini, masa depan atau kontingen yang ditanggung atau yang mungkin akan ditanggung oleh Lembaga dalam masa menjalankan tugas-tugasnya di bawah Akta ini atau dalam masa menganjur atau mentadbirkan sesuatu loteri yang ianya dibenarkan atau boleh dibenarkan menganjur di bawah Akta ini, dan boleh membayar masuk ke dalam Kumpulan Wang itu dari semasa ke semasa, tertakluk kepada kelulusan Menteri Kewangan, daripada apa-apa jumlah wang yang diterima olehnya berkenaan dengan sesuatu loteri, sejumlah wang yang diperlukan bagi penyenggaraan Kumpulan Wang itu mengikut amaun yang diluluskan.
Jika, disebabkan oleh wang dalam Kumpulan Wang Rizab itu didepositkan dalam sesuatu bank, jumlahnya amaun wang itu melebihi amaun yang diluluskan oleh Menteri Kewangan, maka, melainkan jika Menteri itu mengarahkan sebaliknya, lebihan itu hendaklah dibayar masuk ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
Tiada apa-apa jua peruntukan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang lain berhubungan dengan pertaruhan atau perjudian yang berkuatkuasa dalam mana-mana Negeri, dan tiada apa-apa sekatan atau larangan ke atas pengimportan barang-barang atau penghantaran benda melalui pos di Sabah atau Sarawak, mengikut mana yang berkenaan, boleh dipakai bagi mana-mana loteri yang dianjurkan oleh Lembaga di bawah Akta ini atau bagi mana-mana tiket atau lain-lain dokumen yang dijual atau diedarkan berkaitan dengan mana-mana loteri itu oleh atau bagi pihak Lembaga.
Mana-mana orang yang—
menjual atau mengedar atau membenarkan supaya dijual atau diedar apa-apa tiket atau judi nasib pada mana-mana loteri yang dianjurkan oleh Lembaga melainkan mengikut Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya berhubungan dengan loteri itu atau mengikut peruntukan-peruntukan manamana perintah atau prospektus yang berhubungan dengannya;
menjadi seorang ejen, pegawai atau pengkhidmat mana-mana orang tidak memperakaunkan kepada prinsipalnya tentang apa-apa jumlah wang yang diterima daripada jualan atau secara komisen atau selainnya berkenaan dengan jualan atau pengedaran apa-apa tiket atau judi nasib demikian; atau
dengan niat hendak memperdaya, membuat apa-apa catatan palsu atau meninggalkan daripada membuat apa-apa catatan yang dikehendaki supaya dibuat berkenaan dengan sesuatu loteri pada mana-mana buku yang dikehendaki supaya disimpan di bawah Akta ini berkenaan dengan loteri itu.
adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi
MASYARAKAT DAN KEBAJIKAN lima ribu ringgit, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya.
Seseorang yang melakukan sesuatu kesalahan terhadap Akta ini yang baginya tiada apa-apa penalti tertentu diperuntukkan, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun, atau keduaduanya.
Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret Kelas Satu hendaklah mempunyai kuasa membicarakan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini yang dilakukan di dalam bidang kuasa tempatan Mahkamah itu dan Mahkamah Sesyen boleh mengenakan penalti penuh yang diperuntukkan oleh Akta ini, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan.
Maka hendaklah dikenakan ke atas jumlah amaun yang didapati melalui tiap-tiap loteri-yang dianjurkan oleh Lembaga di bawah seksyen 8 duti sekian peratus daripada jumlah amaun tersebut sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Menteri Kewangan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta; duti tersebut hendaklah kena dibayar oleh Lembaga ke dalam Kumpulan Wang Persekutuan Disatukan.
Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa tiada apaapa jua yang terkandung dalam Akta ini, atau manamana kaedah, peraturan atau perintah yang dibuat di bawahnya boleh disifatkan sebagai menghendaki mana-mana orang Islam melakukan sesuatu perbuatan yang bertentangan dengan agamanya. [Ord. P.T.M. 64/50, s. 2.]
Yang di-Pertuan Agong boleh membuat kaedah kaedah bagi—
menetapkan apa-apa jua perkara yang dikehendaki ditetapkan atau yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini;
mengawal perjalanan dan pentadbiran manamana loteri yang dianjurkan di bawah Akta ini termasuk jualan dan pengedaran tiket-tiket atau judi nasib, bentuk, pencetakan dan pemberian nombor siri tiket-tiket atau judi nasib itu, pencabutan hadiah-hadiah, komisen (jika ada) yang hendak dibayar atas jualan atau pengedaran tiket atau judi nasib;
menetapkan cara bagaimana akaun-akaun yang dikehendaki disimpan dan diaudit di bawah Akta ini;
menetapkan apa-apa perkara lain yang perlu bagi maksud menguatkuasakan Akta ini dan bagi maksud menjamin pengurusan manamana loteri yang dianjurkan di bawah Akta ini dengan jujur dan memuaskan dan penggunaan wajar kesemua wang yang didapati melalui loteri itu.
[Senarai Pindaan]
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.