Malaysia legislation
Section 102
Seksyen 102
Beban membuktikan dalam sesuatu guaman atau prosiding terletak pada orang yang akan gagal jika tiada apa-apa keterangan langsung diberikan oleh mana-mana pihak.
(a)
A membawa guaman terhadap B untuk mendapatkan tanah yang ada dalam milikan B, dan yang, sebagaimana yang ditegaskan oleh A, telah diberikan kepada A menurut wasiat C, iaitu bapa B.
Jika tiada keterangan diberikan oleh mana-mana pihak, B akan berhak memilikinya.
Oleh yang demikian, beban membuktikan terletak pada A.
(b)
A membawa guaman terhadap B untuk mendapatkan wang yang kena dibayar atas suatu bon.
Penyempurnaan bon itu diakui, tetapi B berkata bahawa penyempurnaan bon itu didapati secara fraud yang dinafikan oleh A.
Jika tiada keterangan diberikan oleh mana-mana pihak, A akan berjaya oleh sebab bon itu tidak dipertikaikan dan fraud itu tidak terbukti.
Oleh yang demikian, beban membuktikan terletak pada B.
Keterangan 85
Beban membuktikan tentang fakta tertentu