/akn/my/act/act/1950/56

AKTA KETERANGAN 1950

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1950
Sections
168
Languages
EN · MS

Quick answer

About this act

AKTA KETERANGAN 1950 is Malaysia Act, cited as Act 56 1950, currently marked in force and first recorded in 1950.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mentakrifkan undang-undang keterangan. [Semenanjung Malaysia—23 Mei 1950, Ord. No. 11 tahun 1950; Sabah dan Sarawak—1 November 1971, P.U. (A) 261/1971]

Bahagian I

Bahagian I

KEBERKAITAN

Bab I

Bab I

Seksyen 2

Takat

Open as pageSuggest a correction

Akta ini hendaklah terpakai bagi segala prosiding kehakiman di dalam atau di hadapan mana-mana mahkamah, tetapi tidaklah terpakai bagi afidavit yang dikemukakan kepada mana-mana mahkamah atau pegawai dan tidaklah juga terpakai bagi prosiding di hadapan seseorang penimbang tara.

Seksyen 3

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

“komputer” ertinya suatu peranti elektronik, magnet, optik, elektrokimia, atau peranti pemprosesan data yang lain, atau sekumpulan peranti tersaling hubung atau berkait, yang melaksanakan

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 56

fungsi logik, aritmetik, storan dan paparan, dan termasuklah apa-apa kemudahan storan data atau kemudahan komunikasi yang berkaitan secara langsung dengan atau dikendalikan bersama dengan peranti atau sekumpulan peranti tersaling hubung atau berkait itu, tetapi tidak termasuk suatu mesin taip atau mesin pengatur huruf berautomat, atau suatu kalkulator tangan mudah alih atau peranti seumpama lain yang tidak boleh diatur cara atau yang tidak mengandungi apa-apa kemudahan storan data;

“mahkamah” ertinya mahkamah yang ditubuhkan oleh atau di bawah Bahagian IX Perlembagaan Persekutuan dan termasuklah—

(d)

tiap-tiap orang yang diberi kuasa menurut undang-undang untuk mengambil keterangan, kecuali penimbang tara;

“dokumen” ertinya apa-apa hal yang dinyatakan, diperihalkan, atau bagaimana jua pun digambarkan, atas apa-apa benda, bahan, barang atau artikel, termasuklah apa-apa hal yang terkandung dalam cakera, pita, filem, runut bunyi atau apa jua pun peranti lain, dengan menggunakan—

Suggest a correction

(a)

huruf, angka, tanda, simbol, isyarat, lambang, atau apa jua pun bentuk pernyataan, perihalan, atau gambaran lain;

Suggest a correction

(b)

apa-apa rakaman visual (sama ada imej pegun atau bergerak);

Suggest a correction

(c)

apa-apa rakaman bunyi, atau apa-apa jua pun rakaman elektronik, magnetik, mekanikal atau rakaman lain dan walau bagaimana jua pun dibuat, atau apa-apa bunyi, dedenyut elektronik, atau apa jua pun data lain;

Suggest a correction

(d)

suatu rakaman, atau pemancaran, dari suatu jarak, apa-apa hal dengan mana-mana, atau apa-apa kombinasi, cara yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c),

Keterangan 15

atau dengan lebih daripada satu cara yang disebut dalam perenggan

Suggest a correction

(a)

, (b), (c) dan (d), yang dimaksudkan untuk digunakan atau yang mungkin digunakan bagi tujuan menyatakan, memperihalkan, atau dengan apa jua cara sekalipun menggambarkan, hal itu;

Tulisan ialah dokumen.

Perkataan yang dicetak, dilitograf atau difotograf ialah dokumen.

Peta, pelan, graf atau lakaran ialah dokumen.

Inskripsi pada kayu, logam, batu atau apa-apa benda, bahan atau barang lain ialah dokumen.

Lukisan, citra, gambar atau karikatur ialah dokumen.

Fotograf atau negatif ialah dokumen.

Rakaman pita komunikasi telefon, termasuklah rakaman komunikasi sedemikian yang dipancarkan dari suatu jarak, ialah dokumen.

Rakaman fotografi atau rakaman visual lain, termasuklah rakaman pemancaran fotografi atau pemancaran visual lain dari suatu jarak, ialah dokumen.

Hal yang dirakamkan, disimpan, diproses, didapatkan semula atau dikeluarkan oleh komputer ialah dokumen;

“keterangan” termasuklah—

Suggest a correction

(a)

segala pernyataan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh mahkamah dibuat di hadapannya oleh saksi berhubung dengan perkara fakta yang disiasat: pernyataan sedemikian disebut keterangan lisan;

Suggest a correction

(b)

segala dokumen yang dikemukakan bagi pemeriksaan mahkamah: dokumen sedemikian disebut keterangan dokumentar;

“fakta” ertinya dan termasuklah—

Suggest a correction

(a)

apa-apa benda, keadaan benda atau hubungan benda yang boleh ditanggap dengan pancaindera;

Suggest a correction

(b)

apa-apa keadaan mental yang disedari oleh mana-mana orang;

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 56

Suggest a correction

(a)

Bahawa adanya benda-benda tertentu yang diatur mengikut susunan tertentu di tempat tertentu ialah suatu fakta.

Suggest a correction

(b)

Bahawa seseorang telah mendengar atau melihat sesuatu ialah suatu fakta.

Suggest a correction

(c)

Bahawa seseorang telah menyebut perkataan tertentu ialah suatu fakta.

Suggest a correction

(d)

Bahawa seseorang berpegang pada pendapat tertentu, mempunyai niat tertentu, bertindak dengan suci hati atau secara fraud, atau menggunakan perkataan tertentu dengan pengertian tertentu, atau sedang atau telah pada suatu masa tertentu sedar akan perasaan tertentu, ialah suatu fakta.

Suggest a correction

(e)

Bahawa seseorang mempunyai reputasi tertentu ialah suatu fakta;

“fakta persoalan” ertinya apa-apa fakta yang daripadanya, sama ada dengan sendiri atau berkaitan dengan fakta lain, wujudnya, tidak wujudnya, jenis atau takat apa-apa hak, liabiliti atau ketidakupayaan yang ditegaskan atau dinafikan dalam mana-mana guaman atau prosiding, semestinya dapat disimpulkan;

A dituduh membunuh B.

Dalam perbicaraannya fakta yang berikut boleh menjadi persoalan:

bahawa A telah menyebabkan kematian B;

bahawa A telah berniat hendak menyebabkan kematian B;

bahawa A telah mendapat bangkitan marah besar dan mengejut daripada B;

bahawa A, pada masa melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian

B, tidak berupaya mengetahui sifat perbuatannya itu oleh sebab tidak sempurna akal;

“filem” termasuklah mikrofilem dan apa-apa negatif;

“mikrofilem” ertinya apa-apa bahan lutsinar yang mempunyai imej visual dalam saiz yang dikurangkan sama ada secara tunggal atau sebagai suatu siri dan termasuklah mikrofis;

“negatif” ertinya suatu fotograf negatif lutsinar pada apa-apa benda atau bahan, dan termasuklah apa-apa fotograf negatif lutsinar yang dibuat daripada fotograf negatif asal;

Keterangan 17

“terbukti”: sesuatu fakta dikatakan “terbukti” apabila, setelah menimbangkan perkara di hadapannya, mahkamah sama ada mempercayai bahawa fakta itu wujud atau berpendapat bahawa kewujudan fakta itu adalah sebegitu mungkin sehingga seseorang yang berhemat patut, dalam keadaan hal tertentu, bertindak atas anggapan bahawa fakta itu wujud;

“terbukti sebaliknya”: sesuatu fakta dikatakan “terbukti sebaliknya” apabila, setelah menimbangkan perkara di hadapannya, mahkamah sama ada mempercayai bahawa fakta itu tidak wujud atau berpendapat ketidakwujudan fakta itu adalah sebegitu mungkin sehingga seseorang yang berhemat patut, dalam keadaan hal tertentu, bertindak atas anggapan bahawa fakta itu tidak wujud;

“tidak terbukti”: sesuatu fakta dikatakan “tidak terbukti” apabila fakta itu tidak terbukti atau tidak terbukti sebaliknya;

“berkaitan”: satu fakta dikatakan berkaitan dengan satu fakta lain apabila fakta yang satu itu mempunyai kaitan dengan fakta yang satu lagi itu dengan apa-apa cara yang disebut dalam peruntukan

Akta ini yang berhubungan dengan keberkaitan fakta.

Anggapan

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bilamana diarahkan oleh Akta ini bahawa mahkamah hendaklah menganggap sesuatu fakta, mahkamah hendaklah menyifatkan fakta itu sebagai terbukti melainkan jika dan sehingga terbukti sebaliknya.

Suggest a correction

(3)

Apabila satu fakta ditetapkan oleh Akta ini sebagai bukti konklusif suatu fakta lain, mahkamah hendaklah, apabila terbukti fakta yang satu itu, menyifatkan fakta yang satu lagi itu sebagai terbukti, dan tidak boleh membenarkan keterangan diberikan bagi maksud membuktikan sebaliknya fakta itu.

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 56

Suggest a correction

Bab II

Bab II

KEBERKAITAN FAKTA

Suggest a correction

Am

Keterangan boleh diberikan mengenai fakta persoalan dan fakta berkaitan

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

Keterangan boleh diberikan dalam mana-mana guaman atau prosiding mengenai kewujudan atau ketidakwujudan tiap-tiap fakta persoalan dan mengenai apa-apa fakta lain yang ditetapkan kemudian daripada ini sebagai berkaitan, dan tidak mengenai apa-apa fakta lain.

Huraian—Seksyen ini tidak membolehkan mana-mana orang memberikan keterangan mengenai sesuatu fakta yang dia tidak berhak membuktikannya menurut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara sivil.

(a)

A dibicarakan kerana membunuh B dengan memukulnya dengan belantan dengan niat hendak menyebabkan kematiannya.

Dalam perbicaraan A, fakta yang berikut menjadi persoalan:

A memukul B dengan belantan itu;

A menyebabkan kematian B dengan pukulan itu; dan niat A hendak menyebabkan kematian B.

Suggest a correction

(b)

A, suatu pihak dalam suatu guaman, tidak mematuhi notis yang diberikan oleh B, pihak yang satu lagi, supaya mengemukakan suatu dokumen yang disebut dalam pliding A untuk diperiksa oleh B. Seksyen ini tidak membolehkan A menggunakan dokumen itu sebagai keterangan bagi pihaknya dalam guaman itu, selain mengikut syarat yang ditetapkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara sivil.

Keberkaitan fakta yang menjadi sebahagian daripada transaksi yang sama

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

Fakta yang, walaupun tidak menjadi persoalan, sebegitu berkaitan dengan suatu fakta persoalan sehingga menjadi sebahagian daripada transaksi yang sama adalah berkaitan, sama ada fakta itu berlaku pada masa dan di tempat yang sama atau pada masa dan di tempat yang berlainan.

(a)

A dituduh membunuh B dengan memukulnya. Apa-apa jua yang telah dikatakan atau dilakukan oleh A atau B atau oleh orang yang berada di situ pada masa B dipukul atau sejurus sebelum atau selepasnya sehingga menjadi sebahagian daripada transaksi itu ialah suatu fakta berkaitan.

Suggest a correction

(b)

A dituduh melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong dengan mengambil bahagian dalam suatu pemberontakan bersenjata yang dalamnya harta dibinasakan, askar diserang dan penjara dipecah buka.

Berlakunya fakta ini adalah berkaitan sebagai menjadi sebahagian daripada keseluruhan transaksi itu, walaupun A mungkin tidak berada dalam semua kejadian itu.

Suggest a correction

(c)

A membawa guaman terhadap B kerana suatu libel yang terkandung dalam sepucuk surat yang menjadi sebahagian daripada surat-menyurat. Surat antara pihak itu berhubung dengan perkara yang daripadanya libel itu timbul dan yang menjadi sebahagian daripada surat-menyurat yang mengandungi libel itu ialah fakta berkaitan walaupun surat itu sendiri tidak mengandungi libel itu.

Suggest a correction

(d)

Soalnya adalah sama ada barang-barang tertentu yang dipesan daripada B telah dihantar serah kepada A. Barang-barang itu telah dihantarserahkan kepada beberapa orang perantaraan secara berturut-turut. Setiap penghantarserahan itu ialah fakta berkaitan.

Fakta yang menjadi punca, sebab atau kesan bagi fakta persoalan

Suggest a correction

Seksyen 7

Keterangan 19

Open as pageSuggest a correction

Fakta yang menjadi punca, sebab atau kesan, sama ada langsung atau selainnya, bagi fakta berkaitan atau fakta persoalan, atau fakta yang menjadi keadaan benda yang dalamnya fakta itu berlaku atau yang memberi peluang untuk fakta itu berlaku atau dilakukan, adalah berkaitan.

(a)

Soalnya adalah sama ada A telah merompak B.

Fakta bahawa sejurus sebelum rompakan itu berlaku B telah pergi ke suatu pesta ria dengan membawa wang dan bahawa dia telah menunjukkan atau menyebut bahawa dia ada wang kepada orang lain adalah berkaitan.

Suggest a correction

(b)

Soalnya adalah sama ada A telah membunuh B.

Tanda di atas tanah yang disebabkan oleh suatu pergelutan di atau dekat dengan tempat pembunuhan itu telah dilakukan ialah fakta berkaitan.

Suggest a correction

(c)

Soalnya adalah sama ada A telah meracuni B.

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 56

Keadaan kesihatan B sebelum ada gejala kena racun dan tabiat B yang diketahui oleh A, yang memberinya peluang untuk meracuni B, ialah fakta berkaitan.

Motif, persediaan dan kelakuan yang dahulu atau yang kemudian

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kelakuan mana-mana pihak, atau kelakuan mana-mana ejen kepada mana-mana pihak, dalam apa-apa guaman atau prosiding berkenaan dengan guaman atau prosiding itu, atau berkenaan dengan mana-mana fakta persoalan dalamnya atau yang berkaitan dengannya, dan kelakuan mana-mana orang yang kesalahan terhadapnya menjadi perkara mana-mana prosiding, adalah berkaitan jika kelakuan itu mempengaruhi atau dipengaruhi oleh mana-mana fakta persoalan atau fakta berkaitan, dan sama ada kelakuan itu berlaku dahulu atau kemudian daripadanya.

Huraian 1—Perkataan “kelakuan” dalam seksyen ini tidak termasuk pernyataan melainkan jika pernyataan itu menyertai dan menghuraikan perbuatan selain pernyataan; tetapi huraian ini tidaklah menyentuh keberkaitan pernyataan di bawah mana-mana seksyen lain dalam Akta ini.

Huraian 2—Apabila kelakuan mana-mana orang adalah berkaitan apa-apa pernyataan yang dibuat kepadanya atau di hadapannya dan dengan didengarinya yang menyentuh kelakuannya adalah berkaitan.

(a)

A dibicarakan kerana membunuh B.

Fakta bahawa A telah membunuh C, bahawa B tahu A telah membunuh

C dan bahawa B telah cuba memeras wang daripada A dengan mengancam hendak menghebahkan apa yang diketahuinya adalah berkaitan.

Suggest a correction

(b)

A membawa guaman terhadap B untuk mendapatkan pembayaran wang berasaskan suatu bon. B menafikan bon itu dibuat.

Fakta bahawa pada masa bon itu dikatakan telah dibuat B memerlukan wang bagi suatu maksud tertentu adalah berkaitan.

Keterangan 21

Suggest a correction

(c)

A dibicarakan kerana membunuh B dengan racun.

Fakta bahawa sebelum kematian B, A telah memperoleh racun yang serupa dengan racun yang telah diberikan kepada B adalah berkaitan.

Suggest a correction

(d)

Soalnya adalah sama ada sesuatu dokumen tertentu ialah wasiat A.

Fakta bahawa tidak lama sebelum tarikh wasiat yang dikatakan itu, A telah bertanyakan perkara yang berkaitan dengan peruntukan dalam wasiat yang dikatakan itu, bahawa dia telah berunding dengan peguam berkenaan dengan pembuatan wasiat itu, dan bahawa dia telah menyebabkan draf wasiat lain disediakan yang tidak dipersetujuinya, adalah berkaitan.

Suggest a correction

(e)

A dituduh melakukan suatu jenayah.

Fakta bahawa sama ada sebelum atau pada masa atau selepas jenayah yang dikatakan itu, A memberikan keterangan yang cenderung menjadikan fakta kes itu tampak berfaedah bagi dirinya, atau bahawa dia telah memusnahkan atau menyembunyikan keterangan atau telah menahan orang yang mungkin menjadi saksi daripada hadir atau telah menyebabkan orang itu tidak hadir, atau telah mencucuk orang supaya memberikan keterangan palsu berkenaan dengan jenayah itu adalah berkaitan.

Suggest a correction

(f)

Soalnya adalah sama ada A telah merompak B.

Fakta bahawa selepas B dirompak, C telah berkata di hadapan A: “Polis akan datang mencari orang yang telah merompak B” dan bahawa A telah lari serta-merta selepas itu adalah berkaitan.

Suggest a correction

(g)

Soalnya adalah sama ada A berhutang RM10,000 dengan B.

Fakta bahawa A telah meminta C meminjamkannya wang, dan bahawa D berkata kepada C di hadapan dan dengan didengari oleh A: “Saya nasihatkan anda supaya jangan mempercayai A, kerana dia berhutang RM10,000 dengan

B” dan bahawa A telah pergi dari situ tanpa memberikan apa-apa jawapan ialah fakta berkaitan.

Suggest a correction

(h)

Soalnya adalah sama ada A telah melakukan suatu jenayah.

Fakta bahawa A telah melarikan diri selepas menerima sepucuk surat yang memberinya amaran bahawa siasatan sedang dijalankan bagi mencari penjenayah itu dan kandungan surat itu adalah berkaitan.

Suggest a correction

(i)

A dituduh melakukan suatu jenayah.

Fakta bahawa sejurus selepas berlakunya jenayah yang dikatakan itu dia telah melarikan diri, atau memiliki harta atau hasil harta yang telah diperoleh melalui jenayah itu, atau telah cuba menyembunyikan benda yang telah atau mungkin telah digunakan dalam melakukan jenayah itu adalah berkaitan.

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 56

Suggest a correction

(j)

Soalnya adalah sama ada A telah diperkosa.

Fakta bahawa sejurus selepas rogol yang dikatakan itu dia membuat aduan yang berhubung dengan jenayah itu, hal keadaan yang dalamnya aduan itu telah dibuat dan kandungan aduan itu adalah berkaitan.

Fakta bahawa tanpa membuat aduan dia berkata bahawa dia telah diperkosa tidaklah berkaitan sebagai kelakuan di bawah seksyen ini, walaupun fakta itu mungkin berkaitan—

Suggest a correction

(i)

sebagai akuan nazak di bawah perenggan 32(1)(a); atau

(ii)

sebagai keterangan menyokong di bawah seksyen 157.

Suggest a correction
Suggest a correction

(k)

Soalnya adalah sama ada A telah dirompak.

Fakta bahawa selepas sahaja rompakan yang dikatakan itu dia membuat aduan berhubung dengan kesalahan itu, hal keadaan yang dalamnya aduan itu telah dibuat dan kandungan aduan itu adalah berkaitan.

Fakta bahawa tanpa membuat apa-apa aduan, dia telah berkata bahawa dia telah dirompak tidaklah berkaitan sebagai kelakuan di bawah seksyen ini, walaupun fakta itu mungkin berkaitan—

Suggest a correction

(i)

sebagai akuan nazak di bawah perenggan 32(1)(a); atau

(ii)

sebagai keterangan menyokong di bawah seksyen 157.

Fakta yang perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan fakta berkaitan

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

Fakta yang perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan sesuatu fakta persoalan atau fakta berkaitan, atau yang menyokong atau mematahkan sesuatu inferens yang dibayangkan oleh sesuatu fakta persoalan atau fakta berkaitan, atau yang menentukan identiti mana-mana benda atau orang yang identitinya adalah berkaitan, atau yang menetapkan masa atau tempat yang mana-mana fakta persoalan atau fakta berkaitan telah berlaku atau yang menunjukkan hubungan pihak-pihak yang olehnya mana-mana fakta itu ditransaksikan, adalah berkaitan setakat yang fakta itu perlu bagi maksud itu.

(a)

Soalnya adalah sama ada sesuatu dokumen tertentu ialah wasiat A.

Keadaan harta A dan keadaan keluarganya pada tarikh wasiat yang dikatakan itu boleh menjadi fakta berkaitan.

Keterangan 23

Suggest a correction

(b)

A membawa guaman terhadap B kerana suatu libel yang mentohmah

A berkelakuan keji; B menegaskan bahawa perkara yang dikatakan sebagai libel itu benar.

Kedudukan dan hubungan pihak-pihak itu pada masa libel itu disiarkan boleh menjadi fakta berkaitan sebagai permulaan kepada fakta persoalan.

Butir-butir mengenai suatu pertikaian antara A dengan B mengenai suatu perkara yang tidak berkaitan dengan libel yang dikatakan itu tidaklah berkaitan, walaupun fakta bahawa terdapat suatu pertikaian boleh menjadi berkaitan jika ia menjejaskan hubungan antara A dengan B.

Suggest a correction

(c)

A dituduh melakukan suatu jenayah.

Fakta bahawa sejurus selepas berlakunya jenayah itu A telah melarikan diri dari rumahnya adalah berkaitan di bawah seksyen 8 sebagai kelakuan yang kemudian daripada dan tersentuh oleh fakta persoalan.

Fakta bahawa pada masa dia meninggalkan rumahnya dia ada urusan tiba-tiba dan mendesak di tempat dia pergi itu adalah berkaitan sebagai cenderung menghuraikan fakta bahawa dia telah meninggalkan rumahnya dengan tiba-tiba.

Perincian urusan yang kerananya dia telah meninggalkan rumah tidaklah berkaitan, kecuali setakat yang perlu bagi menunjukkan bahawa urusan itu adalah tiba-tiba dan mendesak.

Suggest a correction

(d)

A membawa guaman terhadap B kerana mendorong C memungkiri suatu kontrak perkhidmatan yang telah dibuat oleh C dengan A. Apabila berhenti berkhidmat dengan A, C berkata kepada A: “Saya meninggalkan tuan oleh sebab B telah membuat tawaran yang lebih baik kepada saya.”

Pernyataan ini ialah fakta berkaitan sebagai menghuraikan kelakuan C, yang berkaitan sebagai suatu fakta persoalan.

Suggest a correction

(e)

A yang dituduh mencuri telah dilihat memberikan harta curi itu kepada

B, yang telah dilihat memberikannya kepada isteri A. Tatkala menyerahkannya

B berkata: “A kata awak hendaklah menyembunyikan ini.” Pernyataan B adalah berkaitan sebagai menghuraikan suatu fakta yang menjadi sebahagian daripada transaksi itu.

Suggest a correction

(f)

A dibicarakan kerana melakukan rusuhan dan dibuktikan telah mengepalai perarakan sekumpulan perusuh. Tempik sorak perusuh itu adalah berkaitan sebagai menghuraikan jenis transaksi itu.

Apa-apa yang dikatakan atau dilakukan oleh pekomplot berkenaan dengan rancangan bersama

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Jika terdapat alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dua orang atau lebih telah berkomplot bersama-sama untuk melakukan suatu kesalahan atau suatu perbuatan salah boleh dakwa, apa-apa jua yang dikatakan, dilakukan atau ditulis oleh

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 56

salah seorang daripada mereka, berkenaan dengan niat bersama mereka selepas niat itu mula-mula difikirkan oleh salah seorang daripada mereka, ialah suatu fakta berkaitan terhadap setiap orang yang dipercayai berkomplot sedemikian, serta juga bagi maksud membuktikan kewujudan komplot itu dan juga bagi maksud menunjukkan bahawa mana-mana orang sedemikian telah menjadi pihak kepadanya.

Ada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa A telah menyertai suatu komplot untuk melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan

Agong.

Fakta bahawa B telah memperoleh senjata di Eropah bagi maksud komplot itu, C telah memungut wang di Melaka bagi tujuan yang sama,

D telah memujuk orang supaya menyertai komplot itu di Seberang Perai,

E telah menyiarkan tulisan yang memajukan maksud itu di Singapura, dan

F telah menghantar dari Singapura kepada G di Jakarta wang yang telah dipungut oleh C di Melaka itu, dan kandungan surat yang ditulis oleh

H yang memperihalkan komplot itu setiapnya adalah berkaitan, kedua-duanya bagi membuktikan kewujudan komplot itu dan bagi membuktikan penglibatan A dalamnya, walaupun A mungkin tidak tahu akan segala itu, dan walaupun orang yang telah melakukan hal itu tidak dikenalinya, dan walaupun hal itu mungkin telah berlaku sebelum dia menyertai komplot itu, atau selepas dia keluar daripadanya.

Seksyen 11

Bila fakta yang selainnya tidak berkaitan menjadi berkaitan

Open as pageSuggest a correction

(a)

jika ia tidak selaras dengan mana-mana fakta persoalan atau dengan mana-mana fakta berkaitan;

Suggest a correction

(b)

jika dengan sendirinya atau berkaitan dengan fakta lain, ia menjadikan kewujudan atau ketidakwujudan mana-mana fakta persoalan atau fakta berkaitan amat barang kali atau amat tidak barang kali.

Suggest a correction

(a)

Soalnya adalah sama ada A melakukan suatu jenayah di Kuala Lumpur pada suatu hari tertentu.

Fakta bahawa pada hari itu A berada di Taiping adalah berkaitan.

Fakta bahawa hampir dengan masa berlakunya jenayah itu A berada jauh dari tempat jenayah itu dilakukan, yang menjadikannya amat tidak barang kali, walaupun tidak mustahil, bahawa dia telah melakukan jenayah itu, adalah berkaitan.

Keterangan 25

Suggest a correction

(b)

Soalnya adalah sama ada A telah melakukan suatu jenayah.

Hal keadaannya sebegitu rupa sehingga menunjukkan bahawa jenayah itu pasti telah dilakukan sama ada oleh A, B, C atau D. Tiap-tiap fakta yang menunjukkan bahawa jenayah itu tidak mungkin telah dilakukan oleh orang lain dan bahawa jenayah itu tidak dilakukan sama ada oleh B, C atau D adalah berkaitan.

Dalam guaman bagi mendapatkan ganti rugi, fakta yang cenderung membolehkan mahkamah menentukan amaunnya adalah berkaitan

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

Dalam guaman untuk menuntut ganti rugi, apa-apa fakta yang membolehkan mahkamah menentukan amaun ganti rugi yang patut diawardkan adalah berkaitan.

Seksyen 13

Fakta yang berkaitan apabila hak atau adat dipersoalkan

Open as pageSuggest a correction

Jika soalnya adalah tentang kewujudan apa-apa hak atau adat, fakta yang berikut adalah berkaitan:

(a)

apa-apa transaksi yang dengannya hak atau adat yang dipersoalkan itu telah diwujudkan, dituntut, diubahsuaikan, diiktiraf, ditegaskan atau dinafikan, atau yang tidak selaras dengan kewujudan hak atau adat itu;

Suggest a correction

(b)

hal-hal tertentu yang dalamnya hak atau adat itu telah dituntut, diiktiraf atau digunakan atau yang dalamnya penggunaan hak atau adat itu telah dipertikaikan, ditegaskan atau tidak diikuti.

Soalnya adalah sama ada A mempunyai hak menangkap ikan. Suatu dokumen yang memberikan hak menangkap ikan itu kepada nenek moyang A, suatu ikrar ke atas hak menangkap ikan itu yang dibuat oleh bapa A, pemberian kemudiannya akan hak menangkap ikan itu oleh bapa A yang tidak selaras dengan ikrar itu, hal tertentu yang dalamnya bapa A telah menggunakan hak itu, atau yang dalamnya penggunaan hak itu telah dihentikan oleh jiran

A, ialah fakta berkaitan.

Fakta yang menunjukkan kewujudan keadaan akal fikiran atau keadaan tubuh atau perasaan tubuh

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

Fakta yang menunjukkan kewujudan apa-apa keadaan akal fikiran, seperti niat, pengetahuan, kesucian hati, kecuaian,

Undang-Undang Malaysia 26

Akta 56

kegopohan, niat jahat atau niat baik terhadap mana-mana orang tertentu, atau yang menunjukkan kewujudan apa-apa keadaan tubuh atau perasaan tubuh, adalah berkaitan apabila kewujudan apa-apa keadaan akal fikiran atau keadaan tubuh atau perasaan tubuh itu menjadi persoalan atau berkaitan.

Huraian 1—Sesuatu fakta yang berkaitan sebagai menunjukkan kewujudan suatu keadaan akal fikiran yang berkaitan mestilah menunjukkan bahawa keadaan akal fikiran itu wujud bukan pada amnya tetapi berhubung dengan perkara tertentu yang dipersoalkan.

Huraian 2—Tetapi jika dalam perbicaraan seseorang yang dituduh atas suatu kesalahan, suatu kesalahan yang dilakukan dahulu olehnya adalah berkaitan mengikut pengertian seksyen ini, sabitannya yang dahulu itu hendaklah juga menjadi suatu fakta berkaitan.

(a)

A dituduh menerima barang curi, dengan diketahuinya sebagai barang curi. Dibuktikan bahawa dia memiliki suatu barang curi tertentu.

Fakta bahawa pada masa yang sama dia memiliki banyak barang curi lain adalah berkaitan sebagai cenderung menunjukkan bahawa dia mengetahui yang setiap dan semua barang yang dimilikinya itu barang curi.

Suggest a correction

(b)

A dituduh menyerahkan secara fraud suatu syiling lancung kepada seorang lain yang pada masa dia menyerahkannya dia tahu ialah syiling lancung.

Fakta bahawa pada masa syiling itu diserahkan A memiliki beberapa keping syiling lancung lain adalah berkaitan.

Fakta bahawa A dahulunya telah disabitkan kerana menyerahkan kepada seorang lain syiling lancung sebagai syiling tulen dengan diketahuinya sebagai syiling lancung, adalah berkaitan.

Suggest a correction

(c)

A membawa guaman terhadap B kerana kerosakan yang dilakukan oleh anjing B yang diketahui B sebagai anjing garang.

Fakta bahawa anjing itu dahulunya telah menggigit X, Y dan Z, dan bahawa mereka telah membuat aduan kepada B, adalah berkaitan.

Suggest a correction

(d)

Soalnya adalah sama ada A, penerima suatu bil pertukaran, tahu bahawa nama penerima bayaran bil itu ialah nama ada-adaan.

Fakta bahawa A telah menerima bil lain yang dikeluarkan mengikut cara yang sama sebelum bil itu dapat dikirimkan kepadanya oleh penerima bayarannya, jika penerima bayaran itu ialah orang sebenar, adalah berkaitan, sebagai menunjukkan bahawa A tahu bahawa penerima bayaran itu ialah orang ada-adaan.

Keterangan 27

Suggest a correction

(e)

A dituduh memfitnahkan B dengan menyiarkan suatu tohmahan yang bertujuan untuk merosakkan reputasi B.

Fakta mengenai penyiaran dahulu yang dibuat oleh A berkenaan dengan

B, yang menunjukkan niat jahat A terhadap B, adalah berkaitan, sebagai membuktikan niat A hendak merosakkan reputasi B dengan penyiaran yang tertentu itu.

Fakta bahawa tiada apa-apa perkelahian telah berlaku dahulunya antara

A dengan B, dan bahawa A telah mengulangi perkara yang diadukan itu sebagaimana yang telah didengarinya, adalah berkaitan sebagai menunjukkan bahawa A tidak bertujuan hendak merosakkan reputasi B.

Suggest a correction

(f)

A dibawa guaman oleh B kerana membuat representasi secara fraud kepada B bahawa C adalah solven, dan oleh yang demikian B telah menanggung kerugian kerana telah terdorong untuk mempercayai C, yang tidak solven.

Fakta bahawa pada masa A membuat representasi bahawa C adalah solven, C disangka solven oleh jirannya, dan oleh orang yang membuat urusan dengannya, adalah berkaitan sebagai menunjukkan bahawa A telah membuat representasi itu dengan suci hati.

Suggest a correction

(g)

A dibawa guaman oleh B untuk mendapatkan upah bagi kerja yang telah dibuat olehnya terhadap rumah yang dipunyai oleh A dan kerja itu telah dibuat atas arahan C, seorang kontraktor.

Pembelaan A bahawa kontrak B itu adalah dengan C.

Fakta bahawa A telah membayar C kerana kerja itu adalah berkaitan sebagai membuktikan bahawa A dengan suci hati telah menyerahkan pengurusan kerja itu kepada C dan dengan demikian supaya C boleh membuat kontrak dengan B bagi pihak C sendiri dan bukan sebagai ejen A.

Suggest a correction

(h)

A dituduh dengan curang melesapkan harta yang telah dijumpainya, dan soalnya adalah sama ada apabila dia melesapkan harta itu, dia percaya dengan suci hati bahawa pemunya sebenarnya tidak dapat dijumpai.

Fakta bahawa notis awam tentang kehilangan harta itu telah diberikan di tempat A berada adalah berkaitan sebagai menunjukkan bahawa A tidak dengan suci hati mempercayai bahawa pemunya sebenar harta itu tidak dapat ditemui.

Fakta bahawa A mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa notis awam itu telah diberikan secara fraud oleh C, yang telah mendengar kehilangan harta itu dan hendak membuat tuntutan palsu mengenainya, adalah berkaitan sebagai menunjukkan bahawa fakta yang A mengetahui tentang notis itu tidaklah membuktikan sebaliknya tentang suci hati A.

Suggest a correction

(i)

A dipertuduh menembak ke arah B dengan niat hendak membunuhnya.

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 56

Untuk menunjukkan niat A, fakta bahawa dahulunya A telah menembak ke arah B boleh dibuktikan.

Suggest a correction

(j)

A dipertuduh menghantar surat ancaman kepada B.

Surat ancaman yang dihantar dahulunya oleh A kepada B boleh dibuktikan sebagai menunjukkan niat surat itu.

Suggest a correction

(k)

Soalnya adalah sama ada A didapati bersalah kerana melakukan penganiayaan terhadap isterinya, B.

Pencurahan perasaan mereka terhadap satu sama lain sejurus sebelum atau selepas penganiayaan yang dikatakan itu, ialah fakta berkaitan.

Suggest a correction

(l)

Soalnya adalah sama ada kematian A telah disebabkan oleh racun.

Pernyataan yang dibuat oleh A semasa dia sakit tentang gejala penyakitnya ialah fakta berkaitan.

Suggest a correction

(m)

Soalnya, apakah keadaan kesihatan A pada masa apabila jaminan tentang nyawanya diambil?

Pernyataan yang dibuat oleh A tentang keadaan kesihatannya pada atau hampir dengan masa itu ialah fakta berkaitan.

Suggest a correction

(n)

A membawa guaman terhadap B atas kecuaiannya mengadakan pengangkut untuk disewa yang tidak semunasabahnya patut digunakan untuk

A dan oleh hal yang demikian A telah cedera.

Fakta bahawa B telah diberitahu pada masa lain tentang kecacatan pengangkut itu adalah berkaitan.

Fakta bahawa B lazimnya cuai mengenai pengangkut yang disewakannya adalah tidak berkaitan.

Suggest a correction

(o)

A dibicarakan kerana membunuh B dengan menembaknya dengan sengaja sehingga mati.

Fakta bahawa A pada masa lain telah menembak ke arah B adalah berkaitan sebagai menunjukkan niatnya hendak menembak B.

Fakta bahawa telah menjadi kelaziman A menembak ke arah orang dengan niat hendak membunuhnya adalah tidak berkaitan.

Suggest a correction

(p)

A dibicarakan kerana melakukan suatu jenayah.

Fakta bahawa dia mengatakan sesuatu yang menunjukkan niat hendak melakukan jenayah tertentu itu adalah berkaitan.

Fakta bahawa dia mengatakan sesuatu yang menunjukkan kecenderungan am hendak melakukan jenayah jenis itu adalah tidak berkaitan.

Keterangan 29

Fakta berkenaan dengan soal sama ada perbuatan dilakukan dengan tidak sengaja atau dengan sengaja

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

Apabila terdapat soal sama ada sesuatu perbuatan telah dilakukan dengan tidak sengaja atau dengan sengaja atau dilakukan dengan pengetahuan atau niat tertentu, fakta bahawa perbuatan itu membentuk sebahagian daripada siri kejadian yang serupa, yang dalam setiap siri kejadian itu orang yang melakukan perbuatan terlibat, adalah berkaitan.

(a)

A dituduh membakar rumahnya dengan tujuan hendak mendapatkan wang yang baginya rumah itu diinsuranskan.

Fakta bahawa A telah tinggal di beberapa buah rumah secara berturut-turut, dan setiap rumah itu diinsuranskannya, dan dalam setiap rumah itu kebakaran telah berlaku, dan selepas setiap kebakaran A telah menerima bayaran daripada pejabat insurans yang berlainan, adalah berkaitan sebagai cenderung menunjukkan bahawa kebakaran itu bukan tidak sengaja.

Suggest a correction

(b)

A telah diambil kerja untuk menerima wang daripada penghutang

B. Menjadi kewajipan A untuk membuat catatan dalam suatu buku yang menunjukkan amaun wang yang diterimanya. Dia membuat suatu catatan yang menunjukkan bahawa pada suatu masa tertentu dia telah menerima kurang daripada yang sebenar diterimanya.

Soalnya adalah sama ada catatan palsu ini dibuat dengan tidak sengaja atau sengaja.

Fakta bahawa catatan lain yang dibuat oleh A dalam buku yang sama adalah palsu dan bahawa setiap catatan palsu itu adalah untuk faedah A, adalah berkaitan.

Suggest a correction

(c)

A dituduh menyerahkan secara fraud suatu ringgit lancung kepada B.

Soalnya adalah sama ada penyerahan ringgit itu telah dibuat dengan tidak sengaja.

Fakta bahawa sejurus sebelum atau selepas penyerahan kepada B,

A menyerahkan ringgit lancung kepada C, D dan E adalah berkaitan sebagai menunjukkan bahawa penyerahan kepada B itu bukan tidak sengaja.

Bila kewujudan perjalanan urusan berkaitan

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

Apabila terdapat soal sama ada sesuatu perbuatan tertentu telah dilakukan, kewujudan apa-apa perjalanan urusan, yang menurut kelazimannya perbuatan itu pasti telah dilakukan, ialah suatu fakta berkaitan.

Undang-Undang Malaysia 30

(a)

Soalnya adalah sama ada suatu surat tertentu telah dihantar.

Fakta bahawa adalah menjadi perjalanan biasa urusan bagi segala surat yang diletakkan di suatu tempat tertentu dibawa ke pejabat pos, dan bahawa surat tertentu itu telah diletakkan di tempat itu, adalah berkaitan.

Suggest a correction

(b)

Soalnya adalah sama ada suatu surat tertentu telah sampai kepada A.

Fakta bahawa surat itu telah diposkan mengikut amalan biasa dan telah tidak dikembalikan melalui Pejabat Surat Tidak Sampai adalah berkaitan.

Pengakuan dan Pengakuan Salah

Pengakuan dan pengakuan salah ditakrifkan

Suggest a correction

Seksyen 17

Akta 56

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pengakuan salah ialah suatu pengakuan yang dibuat pada bila-bila masa oleh seseorang yang dituduh melakukan suatu kesalahan, yang menyatakan atau menyarankan inferens bahawa dia telah melakukan kesalahan itu.

Suggest a correction

(3)

Subseksyen (2) tidak terpakai di Sarawak.

Pengakuan oleh pihak dalam prosiding, ejennya atau orang yang mempunyai kepentingan

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pernyataan yang dibuat oleh pihak-pihak dalam guaman, yang membawa guaman atau dibawa guaman terhadapnya atas sifat wakil, bukanlah pengakuan melainkan jika pernyataan itu telah dibuat semasa pihak yang membuatnya bersifat sedemikian.

Keterangan 31

Suggest a correction

(3)

Pernyataan yang dibuat oleh—

(a)

orang yang mempunyai apa-apa kepentingan ketuanpunyaan atau kepentingan wang dalam hal perkara prosiding itu, dan yang telah membuat pernyataan itu sebagai orang yang mempunyai kepentingan sedemikian; atau

Suggest a correction

(b)

orang yang daripadanya pihak-pihak dalam guaman itu telah mendapat kepentingan mereka dalam hal perkara guaman itu, ialah pengakuan jika pernyataan itu dibuat dalam masa orang itu masih terus mempunyai kepentingan tersebut.

Pengakuan oleh orang yang kedudukannya mesti dibuktikan bagi menentang pihak dalam guaman

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

Pernyataan yang dibuat oleh orang yang kedudukan atau liabiliti mereka perlu dibuktikan bagi menentang mana-mana pihak dalam guaman ialah pengakuan jika pernyataan itu berkaitan bagi menentang orang itu berhubung dengan kedudukan atau liabiliti dalam guaman yang dibawa oleh atau terhadap mereka, dan jika pernyataan itu dibuat semasa orang yang membuatnya itu memegang kedudukan itu atau tertakluk kepada liabiliti itu.

A mengaku janji untuk memungut sewa bagi pihak B.

B membawa guaman terhadap A kerana tidak memungut sewa yang C kena bayar kepada B.

A menafikan yang C kena bayar sewa kepada B.

Suatu pernyataan oleh C bahawa dia terhutang sewa kepada B ialah suatu pengakuan dan ialah suatu fakta berkaitan bagi menentang A jika A menafikan yang C terhutang sewa kepada B.

Seksyen 20

Pengakuan oleh orang yang disebut dengan nyata oleh pihak dalam guaman

Open as pageSuggest a correction

Pernyataan yang dibuat oleh orang yang telah dirujuk dengan nyata oleh pihak dalam guaman untuk mendapatkan maklumat berhubung dengan suatu perkara yang dipertikaikan ialah pengakuan.

Undang-Undang Malaysia 32

Akta 56

Soalnya adalah sama ada kuda yang dijual oleh A kepada B itu sihat.

A berkata kepada B: “Pergilah tanya C; C tahu segalanya berkenaan dengannya.” Pernyataan C ialah suatu pengakuan.

Seksyen 21

Pembuktian pengakuan bagi menentang orang yang membuatnya dan oleh atau bagi pihak mereka

Open as pageSuggest a correction

Pengakuan adalah berkaitan dan boleh dibuktikan bagi menentang orang yang membuatnya atau wakilnya dari segi kepentingan; tetapi pengakuan itu tidak boleh dibuktikan oleh atau bagi pihak orang yang membuatnya atau oleh wakilnya dari segi kepentingan kecuali dalam hal yang berikut:

(a)

pengakuan boleh dibuktikan oleh atau bagi pihak orang yang membuatnya apabila pengakuan itu adalah daripada jenis yang, jika orang yang membuatnya itu mati, akan menjadi berkaitan antara orang ketiga di bawah seksyen 32;

Suggest a correction

(b)

pengakuan boleh dibuktikan oleh atau bagi pihak orang yang membuatnya apabila pengakuan itu mengandungi pernyataan tentang kewujudan apa-apa keadaan akal fikiran atau keadaan tubuh yang berkaitan atau yang menjadi persoalan, dan pernyataan itu dibuat pada masa atau lebih kurang pada masa wujudnya keadaan akal fikiran atau keadaan tubuh itu dan disertai dengan kelakuan yang menjadikan kepalsuannya tidak barang kali;

Suggest a correction

(c)

pengakuan boleh dibuktikan oleh atau bagi pihak orang yang membuatnya jika pengakuan itu berkaitan selain sebagai pengakuan.

Suggest a correction

(a)

Soal antara A dengan B adalah sama ada sesuatu dokumen tertentu itu dipalsukan atau tidak. A menegaskan bahawa dokumen itu tulen; B menegaskan bahawa dokumen itu dipalsukan.

A boleh membuktikan pernyataan oleh B bahawa dokumen itu tulen, dan

B boleh membuktikan pernyataan oleh A bahawa dokumen itu dipalsukan;

tetapi A tidak boleh membuktikan pernyataan olehnya sendiri bahawa dokumen itu tulen dan juga B tidak boleh membuktikan pernyataan olehnya sendiri bahawa dokumen itu dipalsukan.

Keterangan 33

Suggest a correction

(b)

A, seorang kapten kapal, dibicarakan kerana membinasakan kapal itu.

Keterangan diberikan bagi menunjukkan bahawa kapal itu telah dibawa keluar dari haluan yang sepatutnya.

A mengemukakan buku yang disenggarakan olehnya dalam perjalanan biasa urusannya, yang menunjukkan cerapan-cerapan yang dikatakan telah dibuat olehnya dari sehari ke sehari, dan menunjukkan bahawa kapal itu tidak dibawa keluar dari haluan yang sepatutnya. A boleh membuktikan pernyataan ini oleh sebab jika dia mati pernyataan ini boleh diterima sebagai keterangan antara pihak ketiga di bawah perenggan 32(1)(b).

Suggest a correction

(c)

A dituduh melakukan suatu jenayah di Kuala Lumpur. Dia mengemukakan sepucuk surat yang ditulis olehnya sendiri yang bertarikh di Pulau Pinang pada hari itu, dan mengandungi cap pos Pulau Pinang untuk hari itu.

Pernyataan mengenai tarikh surat itu boleh diterima oleh sebab jika A mati pernyataan itu boleh diterima di bawah perenggan 32(1)(b).

Suggest a correction

(d)

A dituduh menerima barang-barang curi dengan diketahuinya sebagai barang-barang curi.

Dia menawarkan untuk membuktikan bahawa dia telah enggan menjualnya dengan harga yang kurang daripada nilainya.

A boleh membuktikan pernyataan ini walaupun pernyataan ini ialah pengakuan, oleh sebab pernyataan ini menghuraikan kelakuan yang dipengaruhi oleh fakta persoalan.

Suggest a correction

(e)

A dituduh memiliki secara fraud syiling lancung yang dia tahu sebagai lancung.

Dia menawarkan untuk membuktikan bahawa dia telah meminta seorang yang mahir untuk memeriksa syiling itu kerana dia ragu-ragu sama ada syiling itu ialah syiling lancung atau tidak, dan bahawa orang itu telah memeriksa syiling itu dan telah memberitahunya bahawa syiling itu adalah tulen.

A boleh membuktikan fakta ini kerana sebab yang dinyatakan dalam misalan (d).

Bila pengakuan lisan tentang kandungan dokumen menjadi berkaitan

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

Pengakuan lisan tentang kandungan sesuatu dokumen tidaklah berkaitan melainkan jika dan sehingga pihak yang bercadang hendak membuktikannya menunjukkan yang dia berhak memberi keterangan

Undang-Undang Malaysia 34

Akta 56

sekunder mengenai kandungan dokumen itu di bawah kaedah-kaedah yang terkandung kemudian daripada ini, atau melainkan jika ketulenan dokumen yang dikemukakan itu dipersoalkan.

Seksyen 23

Bila pengakuan dalam kes sivil berkaitan

Open as pageSuggest a correction

Dalam kes sivil sesuatu pengakuan tidaklah berkaitan jika pengakuan itu dibuat sama ada dengan sesuatu syarat nyata bahawa keterangan mengenainya tidak akan diberikan, atau dalam hal keadaan yang daripadanya mahkamah boleh membuat inferens bahawa pihak yang berkenaan telah sama-sama bersetuju supaya keterangan mengenainya tidak akan diberikan.

Huraian—Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh dikira mengecualikan mana-mana peguam bela daripada memberikan keterangan mengenai apa-apa perkara yang dia boleh dipaksa memberikan keterangan mengenainya di bawah seksyen 126.

Bila pengakuan salah yang disebabkan oleh dorongan, ugutan atau janji menjadi tidak berkaitan dalam prosiding jenayah

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

Dalam prosiding jenayah, sesuatu pengakuan salah yang dibuat oleh orang tertuduh tidaklah berkaitan jika pembuatan pengakuan salah itu ternyata pada mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang berkaitan dengan pertuduhan terhadap orang tertuduh itu yang datang daripada orang yang berkuasa dan mencukupi pada pendapat mahkamah itu, untuk memberi orang tertuduh itu alasan yang pada pendapatnya munasabah untuk menjangkakan bahawa dengan membuat pengakuan salah itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau mengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkaitan dengan prosiding terhadapnya.

Pengakuan salah kepada pegawai polis berpangkat rendah daripada Inspektor tidak boleh dibuktikan

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

(2)

(Dipotong oleh Akta A324).

Keterangan 35

Pengakuan salah oleh tertuduh semasa dalam jagaan polis tidak boleh dibuktikan bagi menentangnya

Suggest a correction

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

(2)

(Dipotong oleh Akta A324).

Pengakuan salah yang dibuat selepas terhapusnya sangkaan yang disebabkan oleh dorongan, ugutan atau janji adalah berkaitan

Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

(2)

(Dipotong oleh Akta A324).

Pengakuan salah yang selainnya berkaitan tidak boleh menjadi tidak berkaitan oleh sebab janji untuk merahsiakannya, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

(2)

(Dipotong oleh Akta A324).

Pertimbangan mengenai pengakuan salah terbukti yang menyentuh orang yang membuatnya dan orang lain yang dibicarakan bersesama atas kesalahan yang sama

Suggest a correction

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

(2)

(Dipotong oleh Akta A324).

Huraian—“kesalahan” sebagaimana yang digunakan dalam seksyen ini termasuklah pensubahatan kesalahan atau percubaan melakukan kesalahan.

(a)

A dan B dibicarakan bersesama kerana membunuh C. Dibuktikan bahawa A telah berkata: “Saya dan B telah membunuh C.” Mahkamah boleh menimbangkan kesan pengakuan salah ini bagi menentang B.

Suggest a correction

(b)

A dibicarakan kerana membunuh C. Keterangan menunjukkan bahawa

C telah dibunuh oleh A dan B dan bahawa B telah berkata: “Saya dan A telah membunuh C.”

Pernyataan ini tidak boleh diberi pertimbangan oleh mahkamah terhadap

A kerana B tidak dibicarakan bersesama.

Pengakuan tidak menjadi bukti konklusif tetapi boleh mengestop

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

Pengakuan bukanlah bukti konklusif mengenai perkara yang diakui, tetapi pengakuan boleh berkuat kuasa sebagai estopel di bawah peruntukan yang terkandung kemudian daripada ini.

Keterangan 37 31a.

(Dipotong oleh Akta A978).

Pernyataan oleh Orang Yang Tidak Dapat

Dipanggil sebagai Saksi

Hal yang dalamnya pernyataan mengenai fakta berkaitan oleh orang yang sudah mati atau yang tidak dapat ditemui, dsb., adalah berkaitan

Seksyen 32

Open as pageSuggest a correction

(a)

apabila pernyataan itu dibuat oleh seseorang tentang sebab kematiannya, atau tentang apa-apa hal keadaan transaksi yang telah mengakibatkan kematiannya, dalam hal yang dalamnya sebab kematian orang itu dipersoalkan.

Pernyataan sedemikian adalah berkaitan sama ada pada masa pernyataan itu dibuat orang yang membuatnya telah menjangkakan atau tidak menjangkakan dia akan mati, dan walau apa jua jenis prosiding yang dalamnya sebab kematiannya itu dipersoalkan;

Suggest a correction

(b)

apabila pernyataan itu telah dibuat oleh mana-mana orang itu dalam perjalanan biasa urusan, dan khususnya apabila pernyataan itu terdiri daripada apa-apa catatan atau memorandum yang telah dibuat olehnya dalam buku yang disimpan dalam perjalanan biasa urusan atau pada melaksanakan tugas profesional; atau terdiri daripada aku terimaan yang ditulis atau ditandatangani olehnya mengenai penerimaan wang, barang, sekuriti atau apa jua jenis harta; atau terdiri daripada sesuatu dokumen yang digunakan dalam perdagangan, yang ditulis atau ditandatangani olehnya, atau mengandungi tarikh bagi sesuatu surat atau dokumen lain yang biasanya ditarikh, ditulis atau ditandatangani olehnya;

Suggest a correction

(c)

apabila pernyataan itu menentang kepentingan kewangan atau kepentingan ketuanpunyaan orang yang membuatnya,

Undang-Undang Malaysia 38

Akta 56

atau apabila, jika benar, pernyataan itu akan mendedahkan atau mungkin mendedahkan orang itu kepada suatu pendakwaan jenayah atau kepada suatu guaman untuk ganti rugi;

Suggest a correction

(d)

apabila pernyataan itu memberikan pendapat mana-mana orang sedemikian tentang kewujudan apa-apa hak awam atau adat atau perkara yang mempunyai kepentingan awam atau am, yang kewujudannya, jika ia wujud, mungkin telah disedari oleh orang itu, dan apabila pernyataan itu dibuat sebelum timbul apa-apa kontroversi tentang hak, adat atau perkara itu;

Suggest a correction

(e)

apabila pernyataan itu berhubung dengan kewujudan apa-apa hubungan melalui darah, perkahwinan atau pengangkatan antara orang yang tentang hubungan itu, orang yang membuat pernyataan itu mempunyai cara yang istimewa bagi mengetahuinya, dan apabila pernyataan itu dibuat sebelum timbulnya soal yang dipertikaikan itu;

Suggest a correction

(f)

apabila pernyataan itu berhubung dengan kewujudan apa-apa hubungan melalui darah, perkahwinan atau pengangkatan antara orang yang telah mati, dan pernyataan itu dibuat dalam mana-mana wasiat atau surat ikatan yang berhubungan dengan hal ehwal keluarga yang mana-mana orang yang telah mati itu seorang anggotanya, atau dalam apa-apa salasilah keluarga atau di atas mana-mana batu nisan, potret keluarga atau benda lain yang di atasnya pernyataan itu biasanya dibuat, dan apabila pernyataan itu dibuat sebelum timbulnya soal yang dipertikaikan itu;

Suggest a correction

(g)

apabila pernyataan itu terkandung dalam mana-mana dokumen yang berhubungan dengan apa-apa transaksi sebagaimana yang disebut dalam perenggan 13(a);

Suggest a correction

(h)

apabila pernyataan itu telah dibuat oleh sebilangan orang dan menyatakan perasaan atau tanggapan mereka yang berkaitan dengan perkara yang berkenaan itu;

Suggest a correction

(i)

apabila pernyataan itu dibuat dalam penjalanan, atau bagi maksud, suatu penyiasatan atau siasatan mengenai suatu kesalahan di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis; dan

Suggest a correction

(j)

jika pernyataan itu dibuat oleh pegawai awam pada menjalankan tugasnya.

Keterangan 39

Suggest a correction

(a)

Soalnya adalah sama ada A telah dibunuh oleh B; atau

A mati akibat kecederaan yang dialami dalam suatu transaksi yang dalamnya dia diperkosa.

Soalnya adalah sama ada A telah diperkosa oleh B; atau

Soalnya adalah sama ada A telah dibunuh oleh B dalam hal keadaan yang membolehkan balu A membawa suatu guaman terhadap B.

Pernyataan yang dibuat oleh A tentang sebab kematiannya, yang masing-masingnya merujuk kepada pembunuhan, rogol dan perbuatan salah boleh dakwa yang sedang dipertimbangkan itu, ialah fakta berkaitan.

Suggest a correction

(b)

Soalnya tentang tarikh lahir A.

Suatu catatan dalam buku harian seorang doktor bedah yang telah mati yang biasanya disimpan dalam perjalanan urusan, yang menyatakan bahawa pada suatu hari tertentu dia telah merawat ibu A yang melahirkan seorang anak lelaki, ialah suatu fakta berkaitan.

Suggest a correction

(c)

Soalnya adalah sama ada A berada di Kuala Lumpur pada suatu hari tertentu.

Suatu pernyataan dalam buku harian seorang peguam bela yang telah mati yang biasanya disimpan dalam perjalanan urusan bahawa pada suatu hari tertentu peguam bela itu telah ada bersama A di suatu tempat yang disebut di Kuala Lumpur bagi maksud berbincang dengannya mengenai urusan tertentu ialah suatu fakta berkaitan.

Suggest a correction

(d)

Soalnya adalah sama ada sesuatu kapal telah belayar dari pelabuhan

Pulau Pinang pada suatu hari tertentu.

Suatu surat yang ditulis oleh seorang anggota yang telah mati daripada suatu firma saudagar yang telah mencarter kapal itu kepada rakan peniaganya di London, yang kepadanya kargo itu dikonsainkan, menyatakan bahawa kapal itu telah belayar pada suatu hari tertentu dari pelabuhan Pulau Pinang ialah suatu fakta berkaitan.

Suggest a correction

(e)

Soalnya adalah sama ada sewa bagi sesuatu tanah telah dibayar kepada A.

Surat daripada ejen A yang telah mati kepada B, menyatakan bahawa dia telah menerima sewa itu bagi pihak A dan telah memegangnya atas perintah

A, ialah suatu fakta berkaitan.

Suggest a correction

(f)

Soalnya adalah sama ada A dan B telah berkahwin secara sah di sisi undang-undang.

Pernyataan seorang paderi yang telah mati bahawa dia telah mengahwinkan mereka dalam hal keadaan yang boleh menjadikan upacara itu suatu jenayah adalah berkaitan.

Suggest a correction

(g)

Soalnya adalah sama ada A, seorang yang tidak dapat ditemui, telah menulis surat pada suatu hari tertentu.

Undang-Undang Malaysia 40

Akta 56

Fakta bahawa surat yang ditulis olehnya bertarikh pada hari itu adalah berkaitan.

Suggest a correction

(h)

Soalnya apakah yang telah menyebabkan suatu kapal karam?

Suatu bantahan yang dibuat oleh kaptennya yang kehadirannya tidak boleh didapatkan ialah suatu fakta berkaitan.

Suggest a correction

(i)

Soalnya adalah sama ada sesuatu jalan tertentu ialah jalan awam.

Suatu pernyataan oleh A, seorang Penghulu Mukim itu yang telah mati, bahawa jalan itu ialah jalan awam ialah suatu fakta berkaitan.

Suggest a correction

(j)

Soalnya berapakah harga syer pada suatu hari tertentu di suatu pasaran tertentu.

Suatu pernyataan tentang harga syer yang dibuat oleh seorang broker yang telah mati dalam perjalanan biasa urusannya ialah suatu fakta berkaitan.

Suggest a correction

(k)

Soalnya adalah sama ada A, yang telah mati, ialah bapa B.

Suatu pernyataan oleh A bahawa B ialah anak lelakinya ialah suatu fakta berkaitan.

Suggest a correction

(l)

Soalnya bilakah tarikh lahir A?

Suatu surat daripada bapa A yang telah mati kepada seorang sahabatnya, memberitahu tentang kelahiran A, pada suatu hari tertentu, ialah suatu fakta berkaitan.

Suggest a correction

(m)

Soalnya adalah sama ada dan bila A dan B berkahwin.

Suatu catatan dalam buku memorandum oleh C, iaitu bapa B yang telah mati, berkenaan dengan perkahwinan anak perempuannya dengan A pada suatu hari tertentu, ialah suatu fakta berkaitan.

Suggest a correction

(n)

A membawa guaman terhadap B kerana suatu libel yang digambarkan dalam karikatur bercetak yang dipamerkan pada jendela kedai.

Soalnya tentang keserupaan karikatur itu dan tentang sifat libelnya.

Kata-kata sekumpulan orang yang melihatnya mengenai perkara ini boleh dibuktikan.

Suggest a correction

(2)

Peruntukan perenggan (1)(i) dan (j) hendaklah terpakai hanya berhubung dengan prosiding jenayah.

Kebolehterimaan keterangan yang diberikan di bawah seksyen 265a Kanun Tatacara Jenayah 32a. Walau apa pun mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, keterangan yang diambil mengikut seksyen 265a Kanun Tatacara

Jenayah [Akta 593] boleh diterima dalam mana-mana prosiding jenayah.

Keterangan 41

Keberkaitan keterangan tertentu bagi membuktikan dalam prosiding kemudiannya kebenaran fakta yang dinyatakan dalamnya

Suggest a correction

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

Keterangan yang diberikan oleh seorang saksi dalam sesuatu prosiding kehakiman, atau di hadapan mana-mana orang yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk mengambil keterangan itu, adalah berkaitan bagi maksud membuktikan, dalam prosiding kehakiman kemudiannya, atau pada suatu peringkat yang kemudian dalam prosiding kehakiman yang sama, kebenaran fakta yang dinyatakan olehnya, apabila saksi itu telah mati atau tidak dapat ditemui atau tidak berupaya untuk memberikan keterangan, atau dihalang daripada memberikan keterangan oleh pihak menentang, atau jika kehadirannya tidak boleh didapatkan tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang pada pendapat mahkamah tidak munasabah dalam hal keadaan kes itu:

(a)

prosiding itu adalah antara pihak yang sama atau wakilnya dari segi kepentingan;

Suggest a correction

(b)

pihak menentang dalam prosiding yang pertama itu mempunyai hak dan berpeluang untuk memeriksa balas;

Suggest a correction

(c)

masalah yang menjadi persoalan itu pada matannya adalah sama dalam prosiding yang pertama dengan yang kedua.

Huraian—Sesuatu perbicaraan jenayah atau siasatan hendaklah disifatkan sebagai suatu prosiding antara pendakwa dengan tertuduh mengikut pengertian seksyen ini.

Pernyataan Yang Dibuat Dalam Hal Keadaan Khas

Bila catatan dalam buku akaun berkaitan

Suggest a correction

Seksyen 34

Dengan syarat bahawa—

Open as pageSuggest a correction

Catatan dalam buku akaun yang biasanya disimpan semasa menjalankan urusan adalah berkaitan bilamana catatan itu merujuk kepada perkara yang kena disiasat oleh mahkamah, tetapi catatan itu sahaja tidak menjadi keterangan yang mencukupi untuk mempertanggungkan liabiliti terhadap mana-mana orang.

Undang-Undang Malaysia 42

Akta 56

A membawa guaman terhadap B untuk mendapatkan RM1,000 dan menunjukkan catatan dalam buku akaunnya yang menunjukkan B terhutang kepadanya sebanyak amaun itu. Catatan itu adalah berkaitan, tetapi catatan itu tidak mencukupi, tanpa keterangan lain, bagi membuktikan hutang itu.

Seksyen 35

Keberkaitan catatan dalam rekod awam yang dibuat pada melaksanakan kewajipan

Open as pageSuggest a correction

Sesuatu catatan dalam mana-mana buku, daftar atau rekod awam atau dalam buku, daftar atau rekod rasmi lain yang menyatakan sesuatu fakta persoalan atau fakta berkaitan dan dibuat oleh seseorang pekhidmat awam pada menunaikan tugas rasminya atau oleh mana-mana orang lain pada melaksanakan suatu kewajipan yang diperintahkan dengan khususnya oleh undang-undang negara yang buku, daftar atau rekod itu disimpan, adalah dengan sendirinya suatu fakta berkaitan.

Seksyen 36

Keberkaitan pernyataan dalam peta, carta dan pelan

Open as pageSuggest a correction

Pernyataan mengenai fakta persoalan atau fakta berkaitan yang dibuat dalam peta atau carta yang diterbitkan dan secara amnya ditawarkan untuk dijual kepada orang awam, atau dalam peta atau pelan yang dibuat dengan kuasa Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri tentang perkara yang biasanya digambarkan atau dinyatakan dalam peta, carta atau pelan itu, adalah dengan sendirinya fakta berkaitan.

Keberkaitan pernyataan tentang fakta daripada jenis awam yang terkandung dalam perundangan atau pemberitahuan tertentu

Seksyen 37

Open as pageSuggest a correction

Apabila mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang kewujudan apa-apa fakta daripada jenis awam, apa-apa pernyataan mengenai fakta itu yang dibuat dalam sesuatu resital yang terkandung dalam—

(a)

mana-mana perundangan yang diperbuat oleh Parlimen atau badan perundangan mana-mana bahagian Komanwel;

Suggest a correction

(b)

mana-mana perundangan yang diperbuat oleh badan perundangan mana-mana Negeri; atau

Keterangan 43

Suggest a correction

(c)

mana-mana kertas bercetak yang berupa sebagai—

Suggest a correction

(i)

Warta yang dicetak di bawah kuasa Kerajaan Malaysia atau mana-mana Negeri;

(iii)

Warta mana-mana bahagian lain Komanwel termasuklah, jika mana-mana bahagian itu adalah di bawah Kerajaan pusat dan juga di bawah Kerajaan tempatan, mana-mana Kerajaan tempatan itu, ialah fakta berkaitan.

Keberkaitan pernyataan tentang mana-mana undang-undang yang terkandung dalam buku undang-undang

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 38

Open as pageSuggest a correction

Apabila mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang undang-undang mana-mana negara, apa-apa pernyataan mengenai undang-undang itu yang terkandung dalam sesuatu buku yang berupa sebagai dicetak atau diterbitkan dengan kuasa Kerajaan negara itu, dan mengandungi mana-mana undang-undang sedemikian, dan apa-apa laporan mengenai sesuatu keputusan mahkamah negara itu yang terkandung dalam buku yang berupa sebagai laporan mengenai keputusan itu, adalah berkaitan.

Sebanyak Mana Pernyataan dikehendaki Dibuktikan

Keterangan apa dikehendaki diberikan apabila pernyataan membentuk sebahagian daripada percakapan, dokumen, buku atau siri surat atau kertas

Seksyen 39

Open as pageSuggest a correction

Apabila apa-apa pernyataan, yang mengenainya keterangan diberikan, menjadi sebahagian daripada suatu pernyataan yang lebih panjang atau sebahagian daripada suatu percakapan, atau sebahagian daripada suatu dokumen yang terpencil atau terkandung dalam dokumen yang menjadi sebahagian daripada suatu buku atau sebahagian daripada suatu siri surat atau kertas yang berkaitan, keterangan hendaklah diberikan mengenai hanya sekian banyak daripada pernyataan, percakapan, dokumen, buku atau siri surat atau kertas itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh mahkamah dalam hal tertentu itu untuk memahami dengan sepenuhnya jenis dan kesan pernyataan itu dan juga hal keadaan yang dalamnya pernyataan itu telah dibuat.

Undang-Undang Malaysia 44

Akta 56

Bila Penghakiman Mahkamah Berkaitan

Seksyen 40

Penghakiman dahulu adalah berkaitan bagi menghalang guaman atau perbicaraan yang kedua

Open as pageSuggest a correction

Kewujudan apa-apa penghakiman, perintah atau dekri yang menurut undang-undang mencegah mana-mana mahkamah daripada mengambil tahu tentang sesuatu guaman atau daripada mengadakan sesuatu perbicaraan ialah fakta berkaitan apabila soalnya adalah sama ada mahkamah patut mengambil tahu tentang guaman itu atau mengadakan perbicaraan itu.

Keberkaitan penghakiman tertentu dalam bidang kuasa probet, dsb.

Seksyen 41

Open as pageSuggest a correction

(2)

Penghakiman, perintah atau dekri sedemikian ialah bukti konklusif—

(a)

bahawa apa-apa sifat di sisi undang-undang yang diberikan olehnya terakru pada masa penghakiman, perintah atau dekri itu mula berjalan kuat kuasa;

Suggest a correction

(b)

bahawa apa-apa sifat di sisi undang-undang yang kepadanya mana-mana orang sedemikian ditetapkan olehnya menjadi berhak terakru kepada orang itu pada masa ia ditetapkan oleh penghakiman, perintah atau dekri itu sebagai terakru kepada orang itu;

Suggest a correction

(c)

bahawa apa-apa sifat di sisi undang-undang yang dilucutkan olehnya daripada mana-mana orang sedemikian terhenti dari masa ia ditetapkan oleh penghakiman, perintah atau dekri itu sebagai telah atau patut terhenti; dan

Keterangan 45

Suggest a correction

(d)

bahawa apa-apa jua yang kepadanya mana-mana orang ditetapkan olehnya sebagai berhak sedemikian ialah harta orang itu dari masa ia ditetapkan oleh penghakiman, perintah atau dekri itu sebagai telah atau patut menjadi harta orang itu.

Keberkaitan dan kesan penghakiman, perintah atau dekri selain yang disebut dalam seksyen 41

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 42

Open as pageSuggest a correction

Penghakiman, perintah atau dekri yang selain yang disebut dalam seksyen 41 adalah berkaitan jika ia berhubungan dengan perkara daripada jenis awam yang berkaitan dengan siasatan itu; tetapi penghakiman, perintah atau dekri itu bukanlah bukti konklusif mengenai apa yang dinyatakan olehnya.

A membawa guaman terhadap B kerana pencerobohan terhadap tanahnya.

B mengatakan bahawa wujud hak lalu-lalang awam di atas tanah itu tetapi

A menafikannya.

Kewujudan dekri yang memihak kepada defendan dalam suatu guaman oleh A terhadap C kerana pencerobohan terhadap tanah yang sama dan yang dalamnya C telah mengatakan bahawa wujud hak lalu-lalang yang sama adalah berkaitan, tetapi ini bukanlah bukti konklusif bahawa hak lalu-lalang itu wujud.

Seksyen 43

Bila penghakiman, dsb., selain yang disebut dalam seksyen 40 hingga 42, berkaitan

Open as pageSuggest a correction

Penghakiman, perintah atau dekri, yang selain yang disebut dalam seksyen 40, 41 dan 42 adalah tidak berkaitan melainkan jika kewujudan penghakiman, perintah atau dekri itu ialah suatu fakta persoalan atau yang berkaitan di bawah mana-mana peruntukan lain Akta ini.

(a)

A dan B secara berasingan membawa guaman terhadap C kerana suatu libel yang menyentuh setiap seorang daripada mereka. Dalam setiap kes itu C mengatakan bahawa perkara yang dikatakan sebagai libel itu adalah benar, dan hal keadaannya sebegitu rupa sehinggakan boleh dianggap bahawa perkara itu barang kali benar dalam setiap kes itu ataupun tidak benar dalam mana-mana kes itu.

Undang-Undang Malaysia 46

Akta 56

A mendapat suatu dekri terhadap C bagi ganti rugi atas alasan bahawa

C telah tidak berjaya membuktikan perbuatannya berjustifikasi. Fakta itu tidaklah berkaitan dalam kes antara B dengan C.

Suggest a correction

(b)

A mendakwa B di bawah seksyen 498 Kanun Keseksaan kerana memujuk lari C, iaitu isteri A.

B menafikan bahawa C ialah isteri A, tetapi mahkamah mensabitkan B.

Kemudiannya C didakwa kerana bigami oleh sebab berkahwin dengan B semasa A masih hidup. C mengatakan bahawa dia tidak pernah menjadi isteri A.

Penghakiman terhadap B itu tidaklah berkaitan terhadap C.

Suggest a correction

(c)

A telah mendapat suatu dekri terhadap B bagi pemilikan tanah. Oleh sebab itu C, iaitu anak B, membunuh A.

Kewujudan penghakiman itu adalah berkaitan sebagai menunjukkan motif bagi sesuatu jenayah.

Suggest a correction

(d)

A dipertuduh atas kesalahan mencuri dan kerana dahulunya telah disabitkan atas kesalahan mencuri.

Sabitan dahulu itu adalah berkaitan sebagai suatu fakta persoalan.

Suggest a correction

(e)

A dibicarakan kerana membunuh B. Fakta bahawa B telah mendakwa

A kerana libel dan bahawa A telah disabitkan dan dihukum adalah berkaitan di bawah seksyen 8 sebagai menunjukkan motif bagi fakta persoalan itu.

Fraud atau pakatan sulit dalam mendapatkan penghakiman atau ketidakwibawaan mahkamah boleh dibuktikan

Suggest a correction

Seksyen 44

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana pihak dalam sesuatu guaman atau prosiding lain boleh menunjukkan bahawa apa-apa penghakiman, perintah atau dekri yang berkaitan di bawah seksyen 40, 41 atau 42 dan yang telah dibuktikan oleh pihak menentang, telah diumumkan oleh mahkamah yang tidak berwibawa untuk mengumumkannya atau telah didapati dengan cara fraud atau pakatan sulit.

Bila Pendapat Orang Ketiga Berkaitan

Seksyen 45

Pendapat pakar

Open as pageSuggest a correction

(2)

Orang sedemikian itu dipanggil pakar.

(a)

Soalnya adalah sama ada kematian A telah disebabkan oleh racun.

Pendapat pakar tentang gejala yang disebabkan oleh racun yang disangkakan telah menyebabkan kematian A adalah berkaitan.

Suggest a correction

(b)

Soalnya adalah sama ada A, pada masa melakukan perbuatan tertentu tidak berupaya, oleh sebab tidak sempurna akal, mengetahui keadaan perbuatannya itu atau bahawa apa yang dilakukannya itu sama ada salah atau berlawanan dengan undang-undang.

Pendapat pakar atas soal sama ada gejala yang ditunjukkan oleh A itu pada kebiasaannya menunjukkan ketidaksempurnaan akal, dan sama ada ketidaksempurnaan sedemikian biasanya menyebabkan orang tidak upaya mengetahui keadaan perbuatan yang dilakukannya atau tidak berupaya mengetahui bahawa apa yang dilakukannya itu sama ada salah atau berlawanan dengan undang-undang, adalah berkaitan.

Suggest a correction

(c)

Soalnya adalah sama ada sesuatu dokumen tertentu telah ditulis oleh

A. Suatu dokumen lain dikemukakan yang dibuktikan atau diakui telah ditulis oleh A.

Pendapat pakar atas soal sama ada kedua-dua dokumen itu telah ditulis oleh orang yang sama atau oleh orang yang berlainan adalah berkaitan.

Fakta berkenaan dengan pendapat pakar

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 46

Open as pageSuggest a correction

Fakta yang selainnya tidak berkaitan adalah berkaitan jika fakta itu menyokong atau adalah tidak selaras dengan pendapat pakar apabila pendapat pakar itu berkaitan.

(a)

Soalnya adalah sama ada A telah diracuni dengan suatu racun tertentu.

Fakta bahawa orang lain yang telah diracuni dengan racun itu telah menunjukkan gejala tertentu yang disahkan atau dinafikan oleh pakar sebagai gejala racun itu, adalah berkaitan.

Suggest a correction

(b)

Soalnya adalah sama ada galangan kepada sesuatu pelabuhan itu disebabkan oleh sesuatu tembok laut.

Undang-Undang Malaysia 48

Akta 56

Fakta bahawa pelabuhan lain yang serupa kedudukannya dari segi lain tetapi yang tidak mempunyai tembok laut sedemikian telah mula tergalang kira-kira pada masa yang sama adalah berkaitan.

Bila pendapat tentang tulisan tangan berkaitan

Suggest a correction

Seksyen 47

Open as pageSuggest a correction

Apabila mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang siapakah orang yang telah menulis atau menandatangani mana-mana dokumen, pendapat mana-mana orang yang kenal akan tulisan tangan orang yang dikatakan telah menulis atau menandatangani dokumen itu, bahawa dokumen itu telah atau tidak ditulis atau ditandatangani oleh orang itu, ialah suatu fakta berkaitan.

Huraian—Seseorang dikatakan kenal akan tulisan tangan seseorang lain apabila dia telah melihat orang itu menulis, atau apabila dia telah menerima dokumen yang berupa sebagai ditulis oleh orang itu bagi menjawab dokumen yang telah ditulis olehnya sendiri atau di bawah kuasanya dan dialamatkan kepada orang itu, atau apabila, dalam perjalanan biasa urusan, dokumen yang berupa sebagai ditulis oleh orang itu lazimnya dikemukakan kepadanya.

Soalnya adalah sama ada sesuatu surat tertentu adalah dalam tulisan tangan A, seorang saudagar di London.

B ialah seorang saudagar di Kuala Lumpur yang telah menulis surat yang dialamatkan kepada A dan telah menerima surat yang berupa sebagai ditulis olehnya. C ialah kerani B dan kewajipannya adalah memeriksa dan memfailkan surat-menyurat B. D ialah broker B yang kepadanya B lazim mengemukakan surat yang berupa sebagai ditulis oleh A bagi maksud menasihatinya berkenaan dengan surat itu.

Pendapat B, C dan D, atas soal sama ada surat itu dalam tulisan tangan

A adalah berkaitan, walaupun B, C dan D tidak pernah melihat A menulis.

Seksyen 48

Bila pendapat tentang kewujudan hak atau adat berkaitan

Open as pageSuggest a correction

Apabila mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang kewujudan apa-apa adat atau hak am, pendapat tentang kewujudan adat atau hak itu daripada orang yang mungkin tahu tentang kewujudan adat atau hak itu, jika ia wujud, adalah berkaitan.

Huraian—Ungkapan “adat atau hak am” termasuklah adat atau hak yang umum bagi sebilangan besar golongan orang itu.

Keterangan 49

Hak penduduk kampung tertentu untuk menggunakan air daripada telaga tertentu ialah suatu hak am mengikut pengertian seksyen ini.

Seksyen 49

Bila pendapat tentang kelaziman, rukun, dsb., berkaitan

Open as pageSuggest a correction

(a)

kelaziman dan rukun mana-mana kumpulan orang atau keluarga;

Suggest a correction

(b)

penubuhan dan pentadbiran mana-mana yayasan agama atau khairat; atau

Suggest a correction

(c)

pengertian perkataan atau istilah yang digunakan di dalam daerah tertentu atau oleh golongan orang tertentu, pendapat orang yang mempunyai cara yang khas bagi mengetahuinya ialah fakta berkaitan.

Bila pendapat mengenai hubungan berkaitan

Suggest a correction

Seksyen 50

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pendapat sedemikian tidaklah mencukupi bagi membuktikan sesuatu perkahwinan dalam pendakwaan di bawah seksyen 494,

495 atau 498 Kanun Keseksaan [Akta 574].

(a)

Soalnya adalah sama ada A dan B telah berkahwin.

Fakta bahawa mereka biasanya diterima dan diperlakukan oleh sahabat mereka sebagai suami isteri adalah berkaitan.

Suggest a correction

(b)

Soalnya adalah sama ada A ialah anak B yang sah taraf.

Fakta bahawa A sentiasa diperlakukan sedemikian oleh anggota keluarganya adalah berkaitan.

Undang-Undang Malaysia 50

Akta 56

Bila alasan pendapat berkaitan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 51

Open as pageSuggest a correction

Bilamana pendapat mana-mana orang yang masih hidup adalah berkaitan, alasan yang berdasarkannya pendapat itu diasaskan adalah berkaitan juga.

Seseorang pakar boleh menerangkan ujian yang telah dilaksanakan olehnya bagi maksud menyediakan pendapatnya.

Bila Watak Berkaitan

Seksyen 52

Dalam kes sivil, watak bagi membuktikan kelakuan yang ditohmahkan tidaklah berkaitan

Open as pageSuggest a correction

Dalam kes sivil, fakta bahawa watak mana-mana orang yang berkenaan adalah sebegitu hingga boleh menjadikan apa-apa kelakuan yang ditohmahkan ke atasnya barang kali atau tidak barang kali tidaklah berkaitan, kecuali setakat yang wataknya itu ternyata daripada fakta yang selainnya berkaitan.

Seksyen 53

Dalam kes jenayah, watak baik dahulu adalah berkaitan

Open as pageSuggest a correction

Dalam prosiding jenayah, fakta bahawa orang yang dituduh itu berwatak baik adalah berkaitan.

Seksyen 54

Watak buruk dahulu tidaklah berkaitan kecuali bagi menjawab

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seorang yang dipertuduh dan dipanggil sebagai saksi tidak boleh ditanya, dan jika ditanya tidak dikehendaki menjawab, apa-apa soalan yang cenderung menunjukkan bahawa dia telah melakukan, atau telah disabitkan atau dipertuduh atas apa-apa kesalahan selain kesalahan yang dia dipertuduh pada masa itu, atau adalah berwatak buruk melainkan jika—

(a)

bukti bahawa dia telah melakukan atau disabitkan atas kesalahan lain itu, ialah keterangan boleh terima bagi menunjukkan bahawa dia melakukan kesalahan yang dia dipertuduh pada masa itu;

Keterangan 51

Suggest a correction

(b)

dia sendiri atau melalui peguam belanya telah menyoal saksi bagi pihak pendakwa dengan tujuan hendak membuktikan watak baiknya sendiri, atau telah memberikan keterangan mengenai watak baiknya, atau keadaan atau penjalanan pembelaan adalah sebegitu hingga melibatkan tohmahan atas watak pendakwa atau saksi bagi pihak pendakwa;

atau

Suggest a correction

(c)

dia telah memberikan keterangan terhadap mana-mana orang lain yang dipertuduh atas kesalahan yang sama.

Huraian 1—Seksyen ini tidak terpakai bagi kes yang dalamnya watak buruk mana-mana orang adalah dengan sendirinya suatu fakta persoalan.

Huraian 2— Sesuatu sabitan yang dahulu adalah berkaitan sebagai keterangan mengenai watak buruk.

Watak boleh menyentuh ganti rugi

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 55

Open as pageSuggest a correction

Dalam kes sivil, fakta bahawa watak mana-mana orang adalah sebegitu rupa sehingga boleh menyentuh amaun ganti rugi yang patut diterimanya adalah berkaitan.

Huraian—Dalam seksyen 52, 53, 54 dan 55 perkataan “watak” termasuklah kedua-dua reputasi dan pembawaan; tetapi, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 54, keterangan boleh diberikan hanya mengenai reputasi dan pembawaan yang am sahaja, dan tidak mengenai perbuatan tertentu yang melaluinya reputasi atau pembawaan ditunjukkan.

Bahagian II

Bahagian II

PEMBUKTIAN

Bab III

Bab III

FAKTA YANG TIDAK PERLU DIBUKTIKAN

Suggest a correction

Fakta yang diberi pengiktirafan kehakiman tidak perlu dibuktikan

Seksyen 56

Open as pageSuggest a correction

Tiada fakta yang mengenainya mahkamah akan memberi pengiktirafan kehakiman perlu dibuktikan.

Undang-Undang Malaysia 52

Akta 56

Seksyen 57

Fakta yang mengenainya mahkamah mesti memberi pengiktirafan kehakiman

Open as pageSuggest a correction

(a)

semua undang-undang atau peraturan yang kini mempunyai kuat kuasa undang-undang atau yang sebelum ini berkuat kuasa atau yang kemudian daripada ini akan berkuat kuasa di Malaysia atau di mana-mana bahagiannya;

Suggest a correction

(b)

semua Akta awam yang telah diluluskan atau yang kemudian daripada ini akan diluluskan oleh Parlimen United

Kingdom dan semua Akta tempatan atau persendirian yang diarahkan olehnya supaya diberi pengiktirafan kehakiman;

Suggest a correction

(c)

tatakawalan angkatan tentera bagi angkatan tentera atau mana-mana angkatan pelawat yang berada di Malaysia secara sah;

Suggest a correction

(d)

perjalanan prosiding di Parlimen, badan perundangan persekutuan yang wujud di Malaysia sebelum Parlimen ditubuhkan, badan perundangan mana-mana Negeri di

Malaysia dan Parlimen United Kingdom;

Suggest a correction

(e)

perihal naik takhta Yang di-Pertuan Agong dan naik takhta

Sultan mana-mana Negeri di Malaysia dan pelantikan

Yang di-Pertua Negeri;

Suggest a correction

(f)

perihal naik takhta dan tandatangan Raja United Kingdom pada masa itu;

Suggest a correction

(g)

meterai semua mahkamah Malaysia, semua meterai yang mana-mana orang diberi kuasa untuk menggunakannya oleh mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa di Malaysia atau mana-mana bahagiannya, semua meterai yang diberi pengiktirafan kehakiman oleh mahkamah Inggeris, dan meterai Mahkamah Admiralti dan mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kelautan dan meterai notari awam;

Suggest a correction

(h)

Perihal jawatan mula dipegang, nama, gelaran, fungsi dan tandatangan orang yang sedang menyandang mana-mana jawatan awam di mana-mana bahagian di Malaysia, jika hakikat pelantikannya kepada jawatan itu diberitahu dalam Warta atau dalam mana-mana Warta Negeri;

Keterangan 53

Suggest a correction

(i)

kewujudan, gelaran dan bendera kebangsaan tiap-tiap

Negara atau Pemerintah Berdaulat yang diiktiraf oleh

Yang di-Pertuan Agong;

Suggest a correction

(j)

perjalanan biasa alam, pembahagian waktu semula jadi dan rekaan, pembahagian dunia mengikut geografi, pengertian perkataan Melayu dan Inggeris, dan hari perayaan awam, puasa dan kelepasan am yang diberitahu dalam Warta atau dalam mana-mana Warta Negeri;

Suggest a correction

(l)

bermulanya, berterusannya dan tamatnya permusuhan antara Malaysia atau mana-mana bahagian lain Komanwel dengan mana-mana negara lain atau kumpulan orang;

Suggest a correction

(m)

nama anggota dan pegawai mahkamah serta timbalan dan pegawai bawahan dan pembantu mereka, dan juga nama semua pegawai yang bertindak melaksanakan proses mahkamah, dan nama semua peguam bela dan orang lain yang dibenarkan oleh undang-undang untuk hadir atau bertindak di hadapannya;

Suggest a correction

(n)

kaedah-kaedah jalan di darat, peraturan-peraturan laut dan kaedah-kaedah udara;

Suggest a correction

(o)

segala perkara lain yang mahkamah diarahkan oleh mana-mana undang-undang bertulis supaya mengiktiraf.

Huraian—Perkataan “Parlimen United Kingdom” dalam perenggan

Suggest a correction

(2)

Dalam segala hal ini, dan juga mengenai segala perkara mengenai sejarah awam, sastera, sains atau seni, mahkamah boleh menggunakan buku atau dokumen rujukan yang sesuai untuk membantunya.

Undang-Undang Malaysia 54

Akta 56

Suggest a correction

(3)

Jika mahkamah diminta oleh mana-mana orang supaya memberi pengiktirafan kehakiman mengenai apa-apa fakta, ia boleh enggan berbuat demikian melainkan jika dan sehingga orang itu mengemukakan apa-apa buku atau dokumen sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi membolehkannya berbuat demikian.

Fakta yang diakui tidak perlu dibuktikan

Suggest a correction

Bab IV

Bab IV

KETERANGAN LISAN

Suggest a correction

Pembuktian fakta dengan keterangan lisan

Seksyen 60

Keterangan lisan mesti secara langsung

Open as pageSuggest a correction

(a)

jika keterangan lisan itu merujuk kepada fakta yang boleh dilihat, ia mestilah keterangan saksi yang mengatakan dia telah melihat fakta itu;

Suggest a correction

(b)

jika keterangan lisan itu merujuk kepada fakta yang boleh didengar, ia mestilah keterangan saksi yang mengatakan dia telah mendengar fakta itu;

Keterangan 55

Suggest a correction

(c)

jika keterangan lisan itu merujuk kepada fakta yang boleh ditanggap melalui mana-mana deria rasa yang lain atau dengan apa-apa cara yang lain, ia mestilah keterangan saksi yang mengatakan dia telah menanggapnya dengan deria rasa itu atau dengan cara itu;

Suggest a correction

(d)

jika keterangan lisan itu merujuk kepada pendapat atau alasan yang berasaskannya pendapat itu dipegang, ia mestilah keterangan orang yang berpegang pada pendapat itu atas alasan itu.

Suggest a correction

(2)

Pendapat pakar yang dinyatakan dalam mana-mana treatis yang biasanya ditawarkan untuk jualan dan alasan yang berasaskannya pendapat itu dipegang bolehlah dibuktikan dengan mengemukakan treatis itu jika pengarangnya sudah mati atau tidak dapat ditemui atau telah menjadi tidak berupaya untuk memberikan keterangan atau tidak boleh dipanggil sebagai saksi tanpa menyebabkan apa-apa kelengahan atau perbelanjaan yang disifatkan tidak munasabah oleh mahkamah.

Suggest a correction

(3)

Jika keterangan lisan merujuk kepada kewujudan atau keadaan apa-apa benda material termasuk sesuatu dokumen, mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, menghendaki supaya benda material atau dokumen itu dikemukakan untuk pemeriksaannya.

Suggest a correction

Bab V

Bab V

Pembuktian kandungan dokumen

Seksyen 61

Open as pageSuggest a correction

Kandungan dokumen boleh dibuktikan sama ada dengan keterangan primer atau dengan keterangan sekunder.

Seksyen 62

Keterangan primer

Open as pageSuggest a correction

Keterangan primer ertinya dokumen itu sendiri yang dikemukakan untuk pemeriksaan mahkamah.

Huraian 1—Jika sesuatu dokumen disempurnakan dalam beberapa bahagian, setiap bahagian itu ialah keterangan primer bagi dokumen itu.

Undang-Undang Malaysia 56

Akta 56

Jika sesuatu dokumen disempurnakan dalam kaunterpart dan setiap kaunterpart itu disempurnakan oleh satu atau beberapa pihak sahaja, setiap kaunterpart itu ialah keterangan primer terhadap pihak yang menyempurnakannya.

Huraian 2—Jika sebilangan dokumen kesemuanya dibuat melalui satu proses yang seragam, seperti dalam hal percetakan, litografi atau fotografi, setiap dokumen itu ialah keterangan primer mengenai kandungan yang lainnya itu; tetapi jika dokumen itu adalah semuanya salinan dokumen asal yang sama, dokumen itu bukanlah keterangan primer bagi kandungan dokumen asal itu.

Huraian 3—Sesuatu dokumen yang dihasilkan oleh komputer ialah keterangan primer.

Seseorang dibuktikan telah memiliki beberapa plakad, kesemuanya dicetak sekaligus daripada satu dokumen asal. Mana-mana satu daripada plakad itu ialah keterangan primer mengenai kandungan mana-mana plakad yang lain itu, tetapi tiada satu pun daripadanya menjadi keterangan primer bagi kandungan dokumen asal itu.

Seksyen 63

Keterangan sekunder

Open as pageSuggest a correction

(a)

salinan diperakui yang diberikan di bawah peruntukan yang terkandung kemudian daripada ini;

Suggest a correction

(b)

salinan yang dibuat daripada naskhah yang asal melalui proses mekanikal, yang sendirinya memastikan ketepatan salinan itu, dan salinan yang dibandingkan dengan salinan itu;

Suggest a correction

(c)

salinan yang dibuat daripada atau yang dibandingkan dengan naskhah asal;

Suggest a correction

(d)

kaunterpart dokumen terhadap pihak yang tidak menyempurnakannya;

Suggest a correction

(e)

keterangan lisan mengenai kandungan sesuatu dokumen yang diberikan oleh seseorang yang telah melihat atau mendengar sendiri dokumen itu atau menanggapinya sendiri dengan apa jua cara.

Suggest a correction

(a)

Fotograf dokumen asal ialah keterangan sekunder mengenai kandungannya, walaupun fotograf dan dokumen asal itu tidak dibandingkan, jika dibuktikan bahawa benda yang telah difotograf itu ialah dokumen asal.

Keterangan 57

Suggest a correction

(b)

Salinan yang telah dibandingkan dengan salinan surat yang dibuat dengan mesin penyalin ialah keterangan sekunder mengenai kandungan surat itu jika ditunjukkan bahawa salinan yang dibuat dengan mesin penyalin itu telah dibuat daripada dokumen asal.

Suggest a correction

(c)

Salinan yang disalin daripada suatu salinan tetapi kemudiannya dibandingkan dengan dokumen asal ialah keterangan sekunder, tetapi salinan yang tidak dibandingkan sedemikian itu bukanlah keterangan sekunder mengenai dokumen asal, walaupun salinan yang daripadanya ia disalin telah dibandingkan dengan dokumen asal.

Suggest a correction

(d)

Keterangan lisan mengenai sesuatu salinan yang telah dibandingkan dengan dokumen asal ataupun keterangan lisan mengenai suatu fotograf atau salinan mesin dokumen asal tidaklah menjadi keterangan sekunder bagi dokumen asal.

Pembuktian dokumen dengan keterangan primer

Suggest a correction

Seksyen 64

Open as pageSuggest a correction

Dokumen mestilah dibuktikan dengan keterangan primer kecuali dalam hal yang disebut kemudian daripada ini.

Seksyen 65

Hal yang dalamnya keterangan sekunder yang berhubungan dengan dokumen boleh diberikan

Open as pageSuggest a correction

(a)

apabila dokumen asal dibuktikan atau didapati berada dalam milikan atau di bawah kuasa—

Suggest a correction

(i)

orang yang terhadapnya dokumen itu hendak dibuktikan;

(ii)

mana-mana orang yang di luar bidang kuasa atau yang tidak tertakluk kepada proses mahkamah;

atau

Suggest a correction

(iii)

mana-mana orang yang terikat di sisi undang-undang untuk mengemukakannya, dan setelah diberikan notis yang disebut dalam seksyen 66, orang itu tidak mengemukakannya;

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

apabila kewujudan, keadaan atau kandungan dokumen asal itu telah dibuktikan sebagai diakui secara bertulis oleh orang yang terhadapnya ia dibuktikan atau oleh wakil dari segi kepentingannya;

Undang-Undang Malaysia 58

Akta 56

Suggest a correction

(c)

apabila dokumen asal itu telah musnah atau hilang, atau apabila pihak yang menawarkan keterangan mengenai kandungannya tidak dapat mengemukakannya dalam masa yang munasabah kerana apa-apa sebab lain yang tidak berbangkit daripada kemungkiran atau keabaiannya sendiri;

Suggest a correction

(d)

apabila dokumen asal itu adalah sebegitu keadaannya hingga ia tidak boleh dialih dengan mudah;

Suggest a correction

(e)

apabila dokumen asal itu ialah suatu dokumen awam mengikut pengertian seksyen 74;

Suggest a correction

(f)

apabila dokumen asal itu ialah suatu dokumen yang salinan diperakuinya dibenarkan oleh Akta ini atau oleh mana-mana undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa di Malaysia untuk diberikan sebagai keterangan;

Suggest a correction

(g)

apabila dokumen asal itu terdiri daripada berbagai-bagai keterangan atau dokumen lain yang tidak boleh diperiksa dengan mudahnya di mahkamah, dan fakta yang hendak dibuktikan itu ialah kesimpulan am mengenai kesemuanya itu.

Suggest a correction

(2)

(a)

Dalam hal yang disebut dalam perenggan (1)(a), (c) dan

(d)

, apa-apa keterangan sekunder mengenai kandungan dokumen itu bolehlah diterima.

Suggest a correction

(b)

Dalam hal yang disebut dalam perenggan (1)(b), pengakuan bertulis itu bolehlah diterima.

Suggest a correction

(c)

Dalam hal yang disebut dalam perenggan (1)(e) atau (f), salinan diperakui dokumen itu boleh diterima, tetapi tidak keterangan sekunder jenis lain.

Suggest a correction

(d)

Dalam hal yang disebut dalam perenggan (1)(g), keterangan boleh diberikan tentang kesimpulan am mengenai dokumen itu oleh mana-mana orang yang telah memeriksanya dan yang mahir dalam pemeriksaan dokumen sedemikian.

Kaedah-kaedah tentang notis untuk mengemukakan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 66

Open as pageSuggest a correction

Keterangan sekunder mengenai kandungan dokumen yang disebut dalam perenggan 65(1)(a) tidak boleh diberikan melainkan jika pihak yang bercadang hendak memberikan keterangan sekunder itu telah terlebih dahulu memberi pihak yang memiliki atau

Keterangan 59

berkuasa atas dokumen itu, atau kepada peguam belanya, apa-apa notis untuk mengemukakannya sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang; dan jika tiada notis ditetapkan oleh undang-undang, apa-apa notis sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh mahkamah dalam hal keadaan kes itu:

Dengan syarat bahawa notis sedemikian tidaklah dikehendaki untuk menjadikan keterangan sekunder boleh diterima dalam mana-mana hal yang berikut atau dalam mana-mana hal lain yang difikirkan mahkamah kehendak mengenai notis itu patut diketepikan:

(a)

apabila dokumen yang hendak dibuktikan itu sendirinya suatu notis;

Suggest a correction

(b)

apabila daripada keadaan kes itu pihak menentang mesti mengetahui yang dia akan dikehendaki mengemukakannya;

Suggest a correction

(c)

apabila didapati atau terbukti bahawa pihak menentang telah memiliki dokumen yang asal itu dengan cara fraud atau paksa;

Suggest a correction

(d)

apabila pihak menentang atau ejennya mempunyai dokumen asal itu di dalam mahkamah;

Suggest a correction

(e)

apabila pihak menentang atau ejennya telah mengaku kehilangan dokumen itu; atau

Suggest a correction

(f)

apabila orang yang memiliki dokumen itu berada di luar bidang kuasa atau tidak tertakluk kepada proses mahkamah.

Pembuktian tandatangan dan tulisan tangan orang yang dikatakan telah menandatangani atau menulis dokumen yang dikemukakan

Suggest a correction

Seksyen 67

Open as pageSuggest a correction

Jika sesuatu dokumen dikatakan telah ditandatangani atau telah ditulis keseluruhannya atau sebahagiannya oleh mana-mana orang, tandatangan atau tulisan tangan mengenai sekian banyak daripada dokumen itu yang dikatakan sebagai dalam tulisan tangan orang itu hendaklah dibuktikan sebagai dalam tulisan tangannya.

Undang-Undang Malaysia 60

Akta 56

Seksyen 68

Pembuktian penyempurnaan dokumen yang dikehendaki oleh undang-undang supaya diaku saksi

Open as pageSuggest a correction

Jika sesuatu dokumen dikehendaki oleh undang-undang supaya diaku saksi, dokumen itu tidaklah boleh digunakan sebagai keterangan sehingga sekurang-kurangnya seorang saksi yang mengakusaksinya telah dipanggil bagi maksud membuktikan penyempurnaannya, jika saksi yang mengakusaksinya masih hidup dan dia tertakluk kepada proses mahkamah dan berupaya memberikan keterangan.

Seksyen 69

Pembuktian jika saksi yang mengaku saksi tidak ditemui

Open as pageSuggest a correction

Jika saksi yang mengaku saksi itu tidak ditemui, atau jika dokumen itu berupa sebagai telah disempurnakan di United Kingdom, mestilah dibuktikan bahawa pengakusaksian oleh sekurang-kurangnya seorang saksi yang mengaku saksi itu ialah tulisan tangannya, dan bahawa tandatangan orang yang menyempurnakan dokumen itu adalah dalam tulisan tangan orang itu.

Seksyen 70

Pengakuan penyempurnaan oleh pihak kepada dokumen yang diakusaksikan

Open as pageSuggest a correction

Pengakuan oleh suatu pihak kepada sesuatu dokumen yang diaku saksi bahawa dia telah menyempurnakan dokumen itu sendiri hendaklah menjadi bukti yang cukup mengenai penyempurnaannya bagi menentangnya, walaupun ia ialah suatu dokumen yang dikehendaki oleh undang-undang supaya diakusaksikan.

Seksyen 71

Pembuktian apabila saksi yang mengaku saksi menafikan penyempurnaan

Open as pageSuggest a correction

Jika saksi yang mengaku saksi menafikan atau tidak ingat tentang penyempurnaan dokumen itu, penyempurnaan dokumen itu boleh dibuktikan melalui keterangan lain.

Seksyen 72

Pembuktian mengenai dokumen yang tidak dikehendaki oleh undang-undang supaya diakusaksikan

Open as pageSuggest a correction

Sesuatu dokumen yang diaku saksi yang tidak dikehendaki oleh undang-undang supaya diakusaksikan boleh dibuktikan seolah-olah ia ialah dokumen yang tidak diakusaksikan.

Keterangan 61

Perbandingan tandatangan, tulisan atau meterai dengan lain-lain yang diakui atau dibuktikan

Seksyen 73

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mahkamah boleh mengarahkan mana-mana orang yang hadir di dalam mahkamah supaya menulis apa-apa perkataan atau angka bagi maksud membolehkan mahkamah membandingkan perkataan atau angka yang ditulis itu dengan mana-mana perkataan atau angka yang dikatakan telah dituliskan oleh orang itu.

Suggest a correction

(3)

Seksyen ini juga terpakai, dengan apa-apa ubah suaian yang perlu, bagi cap jari.

Kebolehterimaan keterangan dokumentar dalam kes sivil, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 73a

Open as pageSuggest a correction

(a)

jika orang yang membuat pernyataan itu sama ada—

Suggest a correction

(i)

mengetahui sendiri tentang perkara yang diperkatakan dalam pernyataan itu; atau

(ii)

jika dokumen yang berkenaan itu adalah sebahagian atau menjadi sebahagian daripada rekod yang berupa sebagai rekod yang berterusan, telah membuat pernyataan itu (setakat yang perkara yang diperkatakan dalamnya tidak diketahui olehnya sendiri) dalam melaksanakan tugas merekodkan maklumat yang diberikan kepadanya oleh seseorang yang telah atau boleh semunasabahnya dianggap telah mengetahui sendiri tentang perkara itu; dan

Undang-Undang Malaysia 62

Akta 56

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

jika orang yang membuat pernyataan itu dipanggil sebagai saksi dalam prosiding itu:

Dengan syarat bahawa syarat bahawa orang yang membuat pernyataan itu hendaklah dipanggil sebagai saksi tidak perlu dipenuhi jika dia telah mati, atau jika oleh sebab keadaan badan atau keadaan mentalnya dia tidak layak hadir sebagai saksi, atau jika dia berada di seberang laut dan adalah tidak semunasabahnya praktik untuk mendapatkan kehadirannya, atau jika segala usaha yang munasabah untuk mencarinya telah dibuat tetapi tanpa hasil.

Suggest a correction

(2)

Dalam mana-mana prosiding sivil, mahkamah boleh pada mana-mana peringkat prosiding itu, jika setelah mengambil kira segala hal keadaan kes itu mahkamah berpuas hati bahawa kelengahan atau perbelanjaan yang tidak berpatutan akan sebaliknya berlaku, memerintahkan supaya pernyataan seperti yang disebut dalam subseksyen (1) diterima sebagai keterangan atau boleh, tanpa apa-apa perintah sedemikian dibuat, menerima pernyataan itu dalam keterangan—

(a)

walaupun orang yang membuat pernyataan itu ada tetapi tidak dipanggil sebagai saksi; dan

Suggest a correction

(b)

walaupun dokumen asal tidak dikemukakan, jika, sebagai gantinya, ada dikemukakan suatu salinan dokumen asal itu atau salinan bahagian materialnya yang diperakui sebagai salinan benar mengikut apa-apa cara yang dinyatakan dalam perintah itu atau sebagaimana yang diluluskan oleh mahkamah, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjadikan boleh diterima sebagai keterangan apa-apa pernyataan yang dibuat oleh seseorang yang ada kepentingan pada masa prosiding belum selesai atau dijangkakan yang melibatkan sesuatu pertikaian tentang apa-apa fakta yang mungkin akan dipastikan oleh pernyataan itu.

Suggest a correction

(4)

Bagi maksud seksyen ini, sesuatu pernyataan dalam dokumen tidak boleh disifatkan telah dibuat oleh seseorang melainkan jika dokumen itu atau bahagian materialnya telah ditulis, dibuat atau dihasilkan olehnya sendiri, atau telah ditandatangani atau ditandatangan ringkas olehnya, atau selainnya telah diiktiraf olehnya secara bertulis sebagai pernyataan yang dia bertanggungjawab atas ketepatannya.

Keterangan 63

Suggest a correction

(5)

Bagi maksud memutuskan sama ada sesuatu pernyataan boleh diterima atau tidak sebagai keterangan menurut kuasa subseksyen (1) hingga (4), mahkamah boleh membuat apa-apa inferens yang munasabah daripada bentuk atau kandungan dokumen yang mengandungi pernyataan itu, atau daripada apa-apa hal keadaan lain, dan boleh, dalam memutuskan sama ada seseorang itu layak atau tidak untuk hadir sebagai saksi, bertindak atas suatu perakuan yang berupa sebagai perakuan seorang pengamal perubatan berdaftar, dan, jika prosiding itu diadakan bersama pengapit, mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, menolak pernyataan itu walaupun kehendak seksyen ini telah dipenuhi berkenaan dengannya, jika atas apa-apa sebab ia didapati oleh mahkamah sebagai tidak suai manfaat diterima demi kepentingan keadilan.

Suggest a correction

(6)

Dalam menganggarkan nilai, jika ada, yang hendak diberikan kepada sesuatu pernyataan yang dijadikan boleh diterima sebagai keterangan oleh Akta ini, hendaklah diambil kira segala hal keadaan yang daripadanya apa-apa inferens boleh dibuat dengan munasabahnya tentang ketepatan pernyataan itu atau sebaliknya, dan khususnya, soal sama ada atau tidak pernyataan itu telah dibuat serentak dengan berlakunya atau adanya fakta yang dinyatakan itu, dan soal sama ada atau tidak orang yang membuat pernyataan itu mempunyai apa-apa insentif untuk menyembunyikan atau menyalahnyatakan fakta itu.

Suggest a correction

(7)

Bagi maksud apa-apa rukun undang-undang atau amalan yang menghendaki keterangan disokong atau yang mengawal selia cara keterangan yang tidak disokong hendaklah diperlakukan, sesuatu pernyataan yang dijadikan boleh diterima sebagai keterangan oleh

Akta ini tidak boleh dikira sebagai sokongan bagi keterangan yang diberikan oleh orang yang membuat pernyataan itu.

Kebolehterimaan  fakta  dalam kes jenayah, dsb.

73aa.  Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Bab ini dan tertakluk kepada Kanun Tatacara Jenayah, dalam mana-mana prosiding jenayah, tiada fakta sama ada lisan atau bertulis perlu dibuktikan yang pihak-pihak kepada prosiding itu telah bersetuju untuk mengakui dalam perbicaraan itu atau yang pihak-pihak kepada prosiding itu telah bersetuju untuk mengakui secara bertulis sebelum perbicaraan.

Undang-Undang Malaysia 64

Akta 56

Dokumen Awam

Dokumen awam

Suggest a correction

Seksyen 74

Open as pageSuggest a correction

Dokumen yang berikut ialah dokumen awam:

(a)

dokumen yang mengandungi tindakan atau rekod tindakan—

Suggest a correction

(i)

kuasa pemerintah berdaulat;

(iii)

pegawai awam, perundangan, kehakiman dan eksekutif, sama ada bagi Persekutuan atau Negeri atau bagi mana-mana bahagian lain Komanwel atau bagi sesuatu negara asing; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

rekod awam yang disimpan di Malaysia mengenai dokumen persendirian.

Dokumen persendirian

Suggest a correction

Seksyen 76

Salinan diperakui bagi dokumen awam

Open as pageSuggest a correction

Tiap-tiap pegawai awam yang mempunyai dalam jagaannya sesuatu dokumen awam yang mana-mana orang mempunyai hak untuk memeriksa hendaklah memberi orang itu, apabila diminta, suatu salinan dokumen awam itu apabila fi di sisi undang-undang baginya dibayar, berserta dengan suatu perakuan, yang ditulis di kaki salinan itu, bahawa ia ialah salinan yang benar bagi dokumen itu atau bahagiannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan perakuan itu hendaklah ditarikhkan serta ditandatangani oleh pegawai itu dengan nama dan jawatan rasminya, dan hendaklah dimeteraikan bilamana pegawai itu dibenarkan oleh undang-undang untuk menggunakan sesuatu meterai, dan salinan yang diperakui sedemikian hendaklah dipanggil salinan diperakui.

Huraian—Mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk menyerahkan salinan itu dalam perjalanan biasa tugas rasminya hendaklah disifatkan mempunyai jagaan ke atas dokumen itu mengikut pengertian seksyen ini.

Keterangan 65

Seksyen 77

Pembuktian dokumen dengan pengemukaan salinan diperakui

Open as pageSuggest a correction

Salinan yang diperakui mengikut cara yang dinyatakan dalam seksyen 76 boleh dikemukakan bagi membuktikan kandungan dokumen awam atau bahagian dokumen awam itu yang mengenainya ia berupa sebagai salinannya.

Seksyen 78

Pembuktian bagi dokumen rasmi tertentu

Open as pageSuggest a correction

(a)

tindakan, perintah atau pemberitahuan Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri di dalam mana-mana jabatannya—

Suggest a correction

(i)

melalui rekod jabatan itu yang diperakui oleh ketua jabatan itu masing-masing;

(ii)

oleh Menteri, dalam hal Kerajaan Malaysia, dan oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri, Menteri

Negeri (jika ada), Setiausaha Kerajaan Negeri atau

Setiausaha Tetap kepada Menteri Besar atau Ketua

Menteri dalam hal Kerajaan Negeri; atau

Suggest a correction

(iii)

melalui apa-apa dokumen yang berupa sebagai dicetak dengan kuasa Kerajaan yang berkenaan;

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

prosiding Parlimen atau mana-mana badan perundangan persekutuan yang wujud di Malaysia sebelum Parlimen ditubuhkan atau prosiding badan perundangan mana-mana

Negeri—

melalui minit mesyuarat badan itu, atau melalui

Akta Parlimen, Ordinan, Enakmen atau ringkasan yang disiarkan atau, melalui salinan yang berupa sebagai dicetak dengan kuasa Kerajaan yang berkenaan;

Suggest a correction

(c)

proklamasi, perintah atau peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh Raja United Kingdom atau oleh Majlis

Privy atau oleh mana-mana Menteri atau jabatan Kerajaan

United Kingdom—

melalui salinan atau cabutan yang terkandung dalam

Warta London atau dalam Warta atau dalam mana-mana Warta Negeri atau yang berupa sebagai dicetak oleh Pencetak Kerajaan British;

Undang-Undang Malaysia 66

Akta 56

Suggest a correction

(d)

tindakan Eksekutif atau prosiding badan perundangan sesuatu negara asing—

melalui jurnal yang disiarkan dengan kuasanya atau yang biasanya diterima di negara itu sebagai sedemikian, melalui salinan yang diperakui di bawah meterai negara itu atau pemerintah berdaulat atau melalui suatu pengiktirafan mengenainya dalam sesuatu Akta,

Ordinan atau Enakmen Malaysia atau mana-mana

Negeri;

Suggest a correction

(e)

prosiding sesuatu badan perbandaran, lembaga bandaran atau pihak berkuasa tempatan yang lain di Malaysia—

melalui suatu salinan prosiding itu yang diperakui oleh penyimpannya yang sah, atau melalui suatu buku bercetak yang berupa sebagai diterbitkan dengan kuasa badan itu;

Suggest a correction

(f)

dokumen awam daripada apa-apa jenis lain di sesuatu negara asing—

melalui dokumen asal atau melalui salinan yang diperakui oleh penyimpannya yang sah, berserta suatu perakuan yang dimeterai dengan meterai notari awam atau pegawai konsul Malaysia bahawa salinan itu diperakui dengan sewajarnya oleh pegawai yang mempunyai jagaan yang sah ke atas dokumen asal itu dan apabila sifat dokumen itu dibuktikan mengikut undang-undang negara asing itu.

Suggest a correction

(2)

Salinan Akta, Ordinan dan Statut yang diluluskan oleh badan perundangan mana-mana bahagian Komanwel dan salinan perintah, peraturan dan surat cara lain yang dikeluarkan atau dibuat di bawah kuasa mana-mana Akta, Ordinan atau Statut itu, jika berupa sebagai dicetak oleh Pencetak Kerajaan, bolehlah diterima sebagai keterangan oleh semua mahkamah di Malaysia tanpa apa-apa bukti diberikan bahawa salinan itu telah dicetak sedemikian.

Suggest a correction

(3)

Dalam seksyen ini “Pencetak Kerajaan”, berkenaan dengan mana-mana bahagian Komanwel, ertinya pencetak yang berupa sebagai pencetak yang diberi kuasa untuk mencetak Akta, Ordinan atau Statut badan perundangan wilayah itu, atau selainnya sebagai

Pencetak Kerajaan wilayah itu.

Keterangan 67

Pembuktian dokumen awam yang dikeluarkan oleh komputer 78a.  Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen 77 dan 78, peruntukan seksyen 90a, 90b dan 90c hendaklah terpakai bagi dokumen awam.

Anggapan tentang Dokumen

Anggapan tentang ketulenan salinan diperakui

Suggest a correction

Seksyen 79

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mahkamah hendaklah juga menganggap bahawa mana-mana pegawai yang olehnya mana-mana dokumen sedemikian berupa sebagai ditandatangani atau diperakui telah memegang, pada masa dia menandatanganinya, jawatan rasmi yang dinyatakannya dalam dokumen itu.

Anggapan tentang dokumen yang dikemukakan sebagai rekod keterangan

Suggest a correction

Seksyen 80

Open as pageSuggest a correction

Bilamana dikemukakan di hadapan mana-mana mahkamah apa-apa dokumen yang berupa sebagai suatu rekod atau memorandum mengenai keterangan atau mengenai mana-mana bahagian keterangan yang telah diberikan oleh saksi dalam sesuatu prosiding kehakiman atau di hadapan mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk mengambil keterangan itu, atau yang berupa sebagai pernyataan atau pengakuan salah oleh mana-mana banduan atau orang tertuduh, yang telah diambil mengikut undang-undang dan yang berupa sebagai ditandatangani

Undang-Undang Malaysia 68

Akta 56

oleh mana-mana Hakim, Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret atau oleh mana-mana pegawai sedemikian yang disebut terdahulu, mahkamah hendaklah menganggap bahawa—

(b)

apa-apa pernyataan yang berupa sebagai dibuat oleh orang yang menandatanganinya tentang hal keadaan yang dalamnya ia diambil, adalah benar; dan

Suggest a correction

(c)

keterangan, pernyataan atau pengakuan salah itu telah diambil dengan sewajarnya.

Anggapan tentang Warta, akhbar, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 81

Open as pageSuggest a correction

Mahkamah hendaklah menganggap ketulenan tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai Warta, Warta Negeri, atau Warta London, atau

Warta Kerajaan mana-mana bahagian Komanwel, atau sebagai Warta yang dikeluarkan oleh Kerajaan tempatan mana-mana bahagian

Komanwel, atau berupa sebagai akhbar atau jurnal, atau sebagai salinan Akta persendirian Parlimen yang dicetak oleh Pencetak

Kerajaan British, dan tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai dokumen yang diarahkan oleh mana-mana undang-undang supaya disimpan oleh mana-mana orang, jika dokumen itu disimpan pada matannya mengikut cara yang dikehendaki oleh undang-undang dan dikemukakan daripada jagaan wajar.

Huraian—lihat huraian kepada seksyen 90.

Anggapan tentang dokumen yang boleh diterima di England tanpa bukti mengenai meterai atau tandatangan

Seksyen 82

Open as pageSuggest a correction

Apabila dikemukakan di hadapan mana-mana mahkamah mana-mana dokumen yang berupa sebagai dokumen yang, menurut undang-undang yang sedang berkuat kuasa di England atau Ireland

Utara, boleh diterima sebagai bukti mengenai apa-apa butir di dalam mana-mana Mahkamah Keadilan di England atau Ireland

Utara, tanpa bukti mengenai meterai atau cap atau tandatangan yang mengesahkannya, atau mengenai jawatan kehakiman atau jawatan rasmi yang diakui oleh orang yang berupa sebagai menandatangani dokumen itu—

(a)

mahkamah hendaklah menganggap bahawa meterai, cap atau tandatangan itu tulen, dan bahawa orang yang

Keterangan 69

menandatanganinya itu pada masa dia menandatanganinya memegang jawatan kehakiman atau jawatan rasmi yang diakuinya;

Suggest a correction

(b)

dokumen itu bolehlah diterima bagi maksud yang sama dengan maksud yang ia boleh diterima di England atau

Ireland Utara.

Anggapan tentang peta atau pelan yang dibuat dengan kuasa

Kerajaan

Suggest a correction

Seksyen 84

Mahkamah hendaklah menganggap ketulenan tiap-tiap buku yang berupa—

Open as pageSuggest a correction

(a)

sebagai dicetak atau diterbitkan di bawah kuasa Kerajaan mana-mana negara dan sebagai mengandungi apa-apa undang-undang negara itu; atau

Suggest a correction

(b)

sebagai mengandungi laporan keputusan mahkamah negara itu.

Anggapan tentang surat kuasa wakil

Suggest a correction

Seksyen 85

Open as pageSuggest a correction

Mahkamah hendaklah menganggap bahawa tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai surat kuasa wakil, dan sebagai telah disempurnakan di hadapan dan disahkan oleh seseorang Notari

Awam atau Pesuruhjaya Sumpah, atau mana-mana mahkamah,

Hakim, Majistret, atau pegawai konsul Malaysia telah disempurnakan dan disahkan sedemikian.

Undang-Undang Malaysia 70

Akta 56

Seksyen 86

Anggapan tentang salinan diperakui bagi rekod kehakiman negara asing

Open as pageSuggest a correction

Mahkamah boleh menganggap bahawa mana-mana dokumen yang berupa sebagai salinan diperakui bagi mana-mana rekod kehakiman mana-mana negara yang bukan sebahagian daripada

Komanwel adalah tulen dan tepat jika dokumen itu berupa sebagai diperakui dengan apa-apa cara yang diperakui oleh mana-mana wakil Yang di-Pertuan Agong di dalam atau bagi negara itu sebagai cara yang biasanya dipakai di dalam negara itu bagi pemerakuan salinan rekod kehakiman.

Seksyen 87

Anggapan tentang buku, peta dan carta

Open as pageSuggest a correction

Mahkamah boleh menganggap bahawa mana-mana buku yang boleh dirujuk olehnya untuk mendapatkan maklumat mengenai perkara yang berkepentingan awam atau berkepentingan am, dan bahawa mana-mana peta atau carta yang disiarkan yang pernyataan mengenainya ialah fakta berkaitan dan yang dikemukakan untuk pemeriksaannya, telah ditulis dan disiarkan oleh orang yang olehnya dan pada masa dan di tempat ia berupa sebagai telah dituliskan atau disiarkan.

Seksyen 88

Anggapan tentang perutusan telegraf

Open as pageSuggest a correction

Mahkamah boleh menganggap bahawa suatu perutusan yang dihantar dari sesuatu pejabat telegraf kepada orang yang kepadanya perutusan itu berupa sebagai ditujukan adalah bersamaan dengan perutusan yang telah diserahkan untuk dihantar di pejabat yang darinya perutusan itu berupa sebagai telah dihantar; tetapi mahkamah tidak boleh membuat apa-apa anggapan tentang orang yang olehnya perutusan itu diserahkan untuk penghantaran.

Seksyen 89

Anggapan tentang penyempurnaan wajar, dsb., dokumen yang tidak dikemukakan

Open as pageSuggest a correction

Mahkamah hendaklah menganggap bahawa tiap-tiap dokumen yang telah diminta dan tidak dikemukakan, selepas notis supaya mengemukakannya diberikan di bawah seksyen 66, telah diaku saksi, disetem dan disempurnakan mengikut cara yang dikehendaki oleh undang-undang.

Keterangan 71

Seksyen 90

Anggapan tentang dokumen yang berusia dua puluh tahun

Open as pageSuggest a correction

Jika mana-mana dokumen yang berupa sebagai atau dibuktikan berusia dua puluh tahun dikemukakan daripada mana-mana jagaan yang difikirkan wajar oleh mahkamah dalam hal tertentu itu, mahkamah boleh menganggap bahawa tandatangan dan tiap-tiap bahagian lain dokumen itu yang berupa sebagai tulisan tangan mana-mana orang tertentu adalah dalam tulisan tangan orang itu, dan dalam hal sesuatu dokumen yang disempurnakan atau diaku saksi, mahkamah boleh menganggap bahawa dokumen itu telah disempurnakan dan diakusaksikan dengan sewajarnya oleh orang yang olehnya ia berupa sebagai telah disempurnakan dan diakusaksikan.

Huraian—Dokumen dikatakan berada dalam jagaan wajar jika dokumen itu berada di tempat yang dan di bawah jagaan orang yang dengannya ia sepatutnya berada; tetapi tiada jagaan boleh dikatakan sebagai tidak wajar jika jagaan itu dibuktikan sah pada asalnya, atau jika hal keadaan hal tertentu itu sebegitu sehingga menjadikan asalnya barang kali.

Huraian ini juga terpakai bagi seksyen 81.

(a)

A telah lama memiliki harta tanah. Dia mengemukakan daripada jagaannya dokumen yang berhubungan dengan tanah itu yang menunjukkan hakmiliknya pada tanah itu. Jagaan itu adalah wajar.

Suggest a correction

(b)

A mengemukakan dokumen yang berhubungan dengan harta tanah yang dia menjadi pemegang gadaiannya. Tanah itu ada dalam milikan penggadainya. Jagaan A adalah wajar.

Suggest a correction

(c)

A, yang ada kaitan dengan B, mengemukakan dokumen yang berhubungan dengan tanah dalam milik B, yang telah didepositkan dengannya oleh B untuk jagaan selamat. Jagaan itu adalah wajar.

Dokumen yang Dikeluarkan oleh Komputer

Kebolehterimaan dokumen yang dikeluarkan oleh komputer, dan pernyataan yang terkandung dalamnya 90a.  (1)  Dalam mana-mana prosiding jenayah atau sivil sesuatu dokumen yang dikeluarkan oleh komputer, atau sesuatu pernyataan yang terkandung dalam dokumen itu, boleh diterima sebagai keterangan mengenai apa-apa fakta yang dinyatakan dalamnya jika dokumen itu telah dikeluarkan oleh komputer itu dalam perjalanan penggunaannya yang biasa, sama ada atau tidak seseorang yang mengemukakan dokumen itu ialah pembuat dokumen atau pernyataan itu.

Undang-Undang Malaysia 72

Akta 56

Suggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini bolehlah dibuktikan bahawa sesuatu dokumen telah dikeluarkan oleh komputer dalam perjalanan penggunaannya yang biasa dengan mengemukakan kepada mahkamah suatu perakuan yang telah ditandatangani oleh seseorang yang sama ada sebelum atau selepas pengeluaran dokumen itu oleh komputer itu adalah bertanggungjawab bagi pengurusan pengendalian komputer itu, atau bagi perjalanan aktiviti yang baginya komputer itu digunakan.

Suggest a correction

(3)

(a)

Dalam sesuatu perakuan yang diberikan di bawah subseksyen (2), adalah mencukupi jika suatu hal dinyatakan sepanjang pengetahuan dan kepercayaan orang yang menyatakannya.

(b)

Sesuatu perakuan yang diberikan di bawah subseksyen

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

boleh diterima sebagai keterangan sebagai bukti prima facie bagi semua hal yang dinyatakan dalamnya tanpa bukti tandatangan orang yang memberikan perakuan itu.

Suggest a correction

(4)

Jika sesuatu perakuan diberikan di bawah subseksyen (2), hendaklah dianggap bahawa komputer yang disebut dalam perakuan itu adalah dalam keadaan yang baik dan beroperasi dengan baik dari segala segi sepanjang bahagian material tempoh dokumen itu dikeluarkan.

Suggest a correction

(5)

Sesuatu dokumen hendaklah disifatkan telah dikeluarkan oleh komputer sama ada ia telah dikeluarkan olehnya secara langsung atau dengan menggunakan apa-apa kelengkapan yang sesuai, dan sama ada atau tidak terdapat apa-apa campur tangan manusia secara langsung atau tidak langsung.

Suggest a correction

(6)

Sesuatu dokumen yang dikeluarkan oleh komputer, atau sesuatu pernyataan yang terkandung dalam dokumen itu, boleh diterima sebagai keterangan sama ada atau tidak ia dikeluarkan oleh komputer itu selepas bermulanya prosiding jenayah atau sivil atau selepas bermulanya apa-apa penyiasatan atau siasatan berhubung dengan prosiding jenayah atau sivil atau penyiasatan atau siasatan itu, dan apa-apa dokumen yang dikeluarkan sedemikian oleh komputer itu hendaklah disifatkan telah dikeluarkan oleh komputer itu dalam perjalanan penggunaannya yang biasa.

Suggest a correction

(7)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini, sesuatu dokumen yang dikeluarkan oleh komputer, atau sesuatu pernyataan yang terkandung dalam dokumen itu, tidak boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding jenayah,

Keterangan 73

jika ia diberikan sebagai keterangan oleh atau bagi pihak orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan dalam prosiding itu jika orang yang dipertuduh atas kesalahan itu ialah orang yang—

(a)

bertanggungjawab bagi pengurusan pengendalian komputer itu atau bagi perjalanan aktiviti yang baginya komputer itu digunakan; atau

Suggest a correction

(b)

dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat terlibat, secara langsung atau tidak langsung, dalam pengeluaran dokumen itu oleh komputer itu.

Nilai yang boleh diberikan kepada dokumen atau pernyataan yang terkandung dalam dokumen, yang diterima menurut kuasa seksyen 90a 90b.  Dalam menganggarkan nilai, jika ada, yang hendak diberikan kepada sesuatu dokumen, atau sesuatu pernyataan yang terkandung dalam suatu dokumen, yang diterima menurut kuasa seksyen 90a, mahkamah—

Suggest a correction

(a)

boleh membuat apa-apa inferens yang munasabah daripada hal keadaan yang berhubungan dengan dokumen atau pernyataan itu, termasuklah cara dan tujuan pewujudannya, atau ketepatannya atau selainnya;

Suggest a correction

(i)

lat masa antara berlakunya atau wujudnya fakta yang dinyatakan dalam dokumen atau pernyataan itu dengan pembekalan maklumat atau hal yang berkaitan itu ke dalam komputer; dan

(ii)

sama ada atau tidak orang yang membekalkan, atau mana-mana orang yang terlibat dalam pembekalan, maklumat itu atau penjagaan dokumen itu, atau dokumen yang mengandungi pernyataan itu, mempunyai apa-apa insentif untuk menyembunyikan atau menyalahnyatakan semua atau mana-mana fakta yang dinyatakan dalam dokumen atau pernyataan itu.

Undang-Undang Malaysia 74

Akta 56

Seksyen 90a dan 90b mengatasi peruntukan lain Akta ini,

Akta Buku Jurubank (Keterangan) 1949, dan mana-mana undang-undang bertulis 90c.  Peruntukan seksyen 90a dan 90b hendaklah mengatasi dan mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya walau apa pun apa-apa jua yang tidak selaras dengannya, atau berlawanan dengannya, yang terkandung dalam mana-mana peruntukan lain

Akta ini, atau dalam Akta Buku Jurubank (Keterangan) 1949 [Akta 33], atau dalam mana-mana peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pemerakuan, pengeluaran atau pencabutan dokumen atau dalam mana-mana rukun undang-undang atau amalan yang berhubungan dengan pengemukaan, penerimaan, atau pembuktian, keterangan dalam mana-mana prosiding jenayah atau sivil.

Bab Va

KEBOLEHTERIMAAN KETERANGAN YANG DIPEROLEH

DI BAWAH PERMINTAAN BANTUAN BERSAMA

DALAM PERKARA JENAYAH

Pemakaian Bab Va 90d.  Walau apa pun apa-apa peruntukan lain dalam Akta ini, Bab ini hendaklah terpakai bagi maksud menentukan kebolehterimaan keterangan yang diperoleh menurut permintaan yang dibuat di bawah Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002

[Akta 621].

Kebolehterimaan dalam perkara jenayah tentang keterangan yang diperoleh menurut permintaan bagi bantuan bersama dalam perkara jenayah 90e.  (1)  Tertakluk kepada subseksyen (2) hingga (9), apa-apa testimoni, pernyataan atau deposisi, berserta dengan apa-apa dokumen atau benda yang diekshibitkan atau yang dilampirkan pada pernyataan atau deposisi itu, yang diterima oleh Peguam

Negara menurut permintaaan yang dibuat di bawah Akta Bantuan

Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 berkenaan dengan perkara jenayah, hendaklah apabila pengemukaannya diterima dalam prosiding jenayah itu sebagai keterangan tanpa bukti lanjut apa-apa

Keterangan 75

fakta yang dinyatakan dalam testimoni, pernyataan atau deposisi itu dan dalam dokumen itu, jika ada, yang diekshibitkan atau dilampirkan pada pernyataan atau deposisi itu.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Testimoni, pernyataan atau deposisi hendaklah diambil—

(b)

di bawah obligasi untuk memberitahu kebenaran yang dikenakan, sama ada secara nyata atau tersirat, oleh atau di bawah undang-undang negara asing yang berkenaan;

atau

Suggest a correction

(c)

dengan amaran atau peringatan sedemikian yang akan diterima, oleh mahkamah di negara asing yang berkenaan, bagi maksud memberikan testimoni dalam prosiding di hadapan mahkamah itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Testimoni, pernyataan atau deposisi hendaklah —

(a)

ditandatangani atau diperakui oleh seorang hakim, majistret atau pegawai dalam atau bagi negara asing yang permintaan itu dibuat; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Suatu perakuan oleh hakim, majistret atau pegawai yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah, tanpa bukti lanjut, diterima dalam prosiding sebagai keterangan konklusif bagi fakta yang terkandung dalam perakuan itu.

Suggest a correction

(5)

Semua mahkamah di Malaysia hendaklah memberi pengiktirafan kehakiman bagi meterai rasmi atau awam yang disebut dalam subseksyen (3).

Suggest a correction

(6)

Testimoni yang diambil di bawah subseksyen (2) boleh diubah ke dalam bentuk bertulis atau direkodkan pada pita, cakera atau peranti lain yang daripadanya bunyi atau imej boleh dikeluarkan semula atau boleh diambil melalui teknologi yang membenarkan kehadiran orang itu dengan cara maya di Malaysia.

Undang-Undang Malaysia 76

Akta 56

Suggest a correction

(7)

Jika testimoni telah diubah ke dalam bentuk bertulis atau direkodkan pada pita, cakera atau peranti lain yang daripadanya bunyi atau imej boleh dikeluarkan semula, tulisan, pita, cakera atau peranti lain itu hendaklah disahkan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (3).

Suggest a correction

(8)

Jika testimoni telah dibuat melalui video atau cara lain yang membenarkan kehadiran orang itu dengan cara maya di Malaysia, testimoni itu hendaklah disifatkan telah diberikan di Malaysia.

Suggest a correction

(9)

Bagi maksud Bab ini,  testimoni, pernyataan atau deposisi tidak perlu—

(b)

merupakan transkrip prosiding di mahkamah asing.

Suggest a correction
Suggest a correction

(10)

Bagi maksud Bab ini, jika pihak pendakwa memohon untuk mengemukakan apa-apa testimoni, pernyataan, deposisi, dokumen atau benda yang dinyatakan dalam subseksyen (1)

sebagai keterangan dalam perkara jenayah, mahkamah tidak boleh memberikan apa-apa arahan bahawa keterangan itu atau mana-mana bahagian keterangan itu tidak akan dikemukakan.

Suggest a correction

(11)

Dalam Bab ini, “perkara jenayah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Bantuan Bersama dalam

Perkara Jenayah 2002.

Perakuan yang berhubungan dengan keterangan asing 90f.

Sesuatu perakuan oleh Peguam Negara atau oleh seseorang yang diberi kuasa oleh Peguam Negara untuk membuat suatu perakuan sedemikian yang memperakui bahawa apa-apa testimoni, pernyataan atau deposisi yang kepadanya perakuan itu dilampirkan, berserta dengan mana-mana dokumen atau benda yang diekshibitkan atau dilampirkan padanya, jika ada, yang telah diterima oleh Peguam

Negara menurut permintaan yang dibuat di bawah Akta Bantuan

Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 berkenaan dengan apa-apa perkara jenayah yang disebut dalam perakuan itu, hendaklah apabila perakuan itu dikemukakan tanpa bukti lanjut diterima dalam prosiding sebagai keterangan konklusif bagi fakta yang terkandung dalam perakuan itu.

Keterangan 77

Suggest a correction

Bab VI

Bab VI

PENYINGKIRAN KETERANGAN LISAN OLEH

Suggest a correction

Keterangan mengenai terma kontrak, pemberian dan pelupusan lain harta yang diubah ke dalam bentuk dokumen

Seksyen 91

Open as pageSuggest a correction

Apabila terma sesuatu kontrak atau sesuatu pemberian atau apa-apa pelupusan lain harta telah diubah oleh atau dengan persetujuan pihak-pihak ke dalam bentuk dokumen, dan dalam segala hal yang dalamnya apa-apa perkara dikehendaki oleh undang-undang supaya diubah ke dalam bentuk dokumen, tiada keterangan boleh diberikan bagi membuktikan terma kontrak, pemberian atau pelupusan lain harta atau bagi membuktikan perkara itu, kecuali dokumen itu sendiri, atau keterangan sekunder mengenai kandungannya dalam hal yang dalamnya keterangan sekunder boleh diterima di bawah peruntukan yang terkandung terdahulu daripada ini.

Kecualian 1—Apabila seseorang pegawai awam dikehendaki oleh undang-undang supaya dilantik secara bertulis, dan apabila dibuktikan bahawa mana-mana orang tertentu telah bertindak sebagai pegawai itu, surat yang melantiknya itu tidaklah perlu dibuktikan.

Kecualian 2—Wasiat yang telah diterima untuk probet di Malaysia boleh dibuktikan dengan probet itu.

Huraian 1—Seksyen ini sama-sama terpakai bagi hal yang dalamnya kontrak, pemberian atau pelupusan harta yang disebut itu terkandung dalam satu dokumen dan bagi hal yang dalamnya ia terkandung dalam lebih daripada satu dokumen.

Huraian 2—Jika terdapat lebih daripada satu dokumen asal, hanya satu dokumen asal sahaja perlu dibuktikan.

Huraian 3—Pernyataan dalam apa jua pun dokumen mengenai sesuatu fakta, selain fakta yang disebut dalam seksyen ini, tidak boleh menghalang penerimaan keterangan lisan tentang fakta yang sama.

(a)

Jika sesuatu kontrak terkandung dalam beberapa surat, semua surat yang mengandungi kontrak itu mestilah dibuktikan.

Suggest a correction

(b)

Jika sesuatu kontrak terkandung dalam suatu bil pertukaran, bil pertukaran itu mestilah dibuktikan.

Suggest a correction

(c)

Jika sesuatu bil pertukaran dibuat dalam tiga salinan, hanya satu salinan sahaja perlu dibuktikan.

Undang-Undang Malaysia 78

Akta 56

Suggest a correction

(d)

A membuat kontrak secara bertulis dengan B untuk menyerahkan lada hitam atas terma tertentu. Kontrak itu menyebut fakta bahawa B telah membayar kepada A harga lada hitam yang lain yang telah dikontrakkan secara lisan pada suatu masa yang lain.

Keterangan lisan diberikan bahawa tiada pembayaran telah dibuat bagi lada hitam yang lain itu. Keterangan itu bolehlah diterima.

Suggest a correction

(e)

A memberi B suatu resit bagi wang yang telah dibayar oleh B.

Keterangan lisan diberikan mengenai bayaran itu.

Keterangan itu bolehlah diterima.

Penyingkiran keterangan mengenai perjanjian lisan

Suggest a correction

Seksyen 92

Open as pageSuggest a correction

Apabila terma mana-mana kontrak, pemberian atau pelupusan lain harta, atau apabila apa-apa perkara yang dikehendaki oleh undang-undang supaya diubah ke dalam bentuk dokumen, telah dibuktikan mengikut seksyen 91, tiada keterangan mengenai apa-apa perjanjian atau pernyataan lisan boleh diterima antara pihak kepada mana-mana surat cara itu atau wakilnya dari segi kepentingan bagi maksud menyangkal, mengubah, menambah atau mengurangkan termanya:

(a)

apa-apa fakta yang akan menidaksahkan apa-apa dokumen atau yang akan memberi hak kepada mana-mana orang mendapat apa-apa dekri atau perintah yang berhubungan dengannya boleh dibuktikan, seperti fraud, intimidasi, kepenyalahan undang-undang, ketiadaan penyempurnaan wajar, ketiadaan keupayaan mana-mana pihak pejanji, fakta bahawa ia tersalah tarikh, ketiadaan atau kemungkiran balasan, atau kesilapan fakta atau undang-undang;

Suggest a correction

(b)

kewujudan mana-mana perjanjian lisan yang berasingan tentang apa-apa perkara yang tidak disebut dalam sesuatu dokumen dan yang tidak selaras dengan termanya, boleh dibuktikan, dan dalam meniimbangkan sama ada proviso ini terpakai atau tidak, mahkamah hendaklah memberi perhatian terhadap tahap formaliti dokumen itu;

Suggest a correction

(c)

kewujudan mana-mana perjanjian lisan yang berasingan yang menjadi syarat duluan bagi pengenaan apa-apa obligasi di bawah mana-mana kontrak, pemberian atau pelupusan harta itu boleh dibuktikan;

Keterangan 79

Suggest a correction

(d)

kewujudan mana-mana perjanjian lisan kemudian yang berlainan, bagi membatalkan atau mengubahsuaikan mana-mana kontrak, pemberian atau pelupusan harta itu, boleh dibuktikan kecuali dalam hal yang dalamnya kontrak, pemberian atau pelupusan harta itu dikehendaki oleh undang-undang supaya dibuat secara bertulis, atau telah didaftarkan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa pada masa ini tentang pendaftaran dokumen;

Suggest a correction

(e)

apa-apa kelaziman atau adat yang menurutnya insiden yang tidak disebut secara nyata dalam mana-mana kontrak biasanya ditambah kepada kontrak daripada perihalan itu boleh dibuktikan jika penambahan mana-mana insiden itu tidak akan menjadi tidak bersesuaian atau tidak selaras dengan terma nyata kontrak itu; dan

Suggest a correction

(f)

apa-apa fakta yang menunjukkan cara bagaimana bahasa sesuatu dokumen itu berhubung dengan fakta yang sedia ada boleh dibuktikan.

Suggest a correction

(a)

Suatu polisi insurans telah diambil bagi barang-barang “dalam kapal dari Pulau Pinang ke London”. Barang-barang itu dibawa dalam suatu kapal tertentu dan kapal itu tenggelam. Fakta bahawa kapal tertentu itu telah dikecualikan secara lisan daripada polisi itu tidak boleh dibuktikan.

Suggest a correction

(b)

A bersetuju dengan mutlaknya secara bertulis hendak membayar

RM1,000 kepada B pada 1 Mac 1893. Fakta bahawa pada masa yang sama suatu perjanjian lisan telah dibuat bahawa wang itu tidak perlu dibayar sehingga 31 Mac tidak boleh dibuktikan.

Suggest a correction

(c)

Suatu estet yang dipanggil “Ladang Teh Kranji” telah dijual menurut suatu dokumen yang mengandungi peta ladang yang dijual itu. Fakta bahawa tanah yang tidak termasuk dalam peta itu telah sentiasanya dianggap sebagai sebahagian daripada estet itu dan telah dimaksudkan supaya berpindah hakmilik menurut dokumen itu tidak boleh dibuktikan.

Suggest a correction

(d)

A membuat kontrak bertulis dengan B untuk mengusahakan lombong tertentu kepunyaan B, atas terma tertentu. A telah didorong berbuat demikian oleh suatu salahnyataan oleh B tentang nilai lombong itu. Fakta ini boleh dibuktikan.

Suggest a correction

(e)

A memulakan suatu guaman terhadap B untuk pelaksanaan spesifik suatu kontrak, dan juga meminta supaya kontrak itu dibentuk semula tentang salah satu peruntukannya atas alasan bahawa peruntukan itu telah dimasukkan dengan tersilap. A boleh membuktikan bahawa kesilapan itu telah dibuat yang akan memberinya hak di sisi undang-undang untuk mendapatkan kontrak itu dibentuk semula.

Undang-Undang Malaysia 80

Akta 56

Suggest a correction

(f)

A memesan barang-barang daripada B melalui surat tanpa apa-apa jua disebut tentang tempoh pembayarannya, dan menerima barang-barang itu apabila diserahkan. B membawa guaman terhadap A untuk mendapatkan bayaran bagi harga barang-barang itu. A boleh membuktikan bahawa barang-barang itu telah dibekalkan secara kredit bagi suatu tempoh yang masih belum tamat.

Suggest a correction

(g)

A menjual seekor kuda kepada B dan memberikannya waranti lisan bahawa kuda itu tidak cacat. A memberi B kertas yang mengandungi perkataan ini: “Telah dibeli daripada A seekor kuda dengan harga RM300.” B boleh membuktikan waranti lisan itu.

Suggest a correction

(h)

A menyewa lojing daripada B dan memberikan kepada B suatu kad yang bertulis: “Bilik RM80 sebulan.” A boleh membuktikan suatu perjanjian lisan bahawa terma ini termasuklah penyediaan sebahagian daripada makanan.

A menyewa lojing daripada B selama satu tahun, dan suatu perjanjian yang bersetem mengikut aturan yang telah dibuat oleh seorang peguam dibuat antara mereka. Perjanjian itu tidak menyebut apa-apa mengenai makanan.

A tidak boleh membuktikan bahawa makanan telah dimasukkan ke dalam syarat-syarat itu secara lisan.

Suggest a correction

(i)

A meminta B supaya membayar hutang yang kena dibayar kepada A dengan mengirimkan resit bagi wang itu. B menyimpan resit itu dan tidak menghantarkan wang itu. Dalam guaman untuk mendapatkan amaun itu A boleh membuktikan perkara ini.

Suggest a correction

(j)

A dan B membuat suatu kontrak secara bertulis yang akan berkuat kuasa apabila berlakunya kontingensi tertentu. Surat kontrak itu ditinggalkan dengan B, dan B membawa guaman terhadap A berasaskannya. A boleh menunjukkan hal keadaan yang dalamnya surat kontrak itu telah diserahkan.

Penyingkiran keterangan yang menghuraikan atau meminda dokumen yang taksa

Suggest a correction

Seksyen 93

Dengan syarat bahawa—

Open as pageSuggest a correction

Apabila bahasa yang digunakan dalam sesuatu dokumen adalah pada zahirnya taksa atau cacat, keterangan tidak boleh diberikan mengenai fakta yang akan menunjukkan pengertiannya atau memperbaiki kecacatannya.

(a)

A bersetuju secara bertulis untuk menjual seekor kuda kepada B dengan harga RM500 atau RM600. Keterangan tidak boleh diberikan bagi menunjukkan mana satu harga yang hendak diberikan.

Suggest a correction

(b)

Suatu dokumen mengandungi tempat kosong. Keterangan tidak boleh diberikan mengenai fakta yang akan menunjukkan bagaimana tempat kosong itu akan diisi.

Keterangan 81

Penyingkiran keterangan terhadap pemakaian dokumen bagi fakta yang sedia ada

Suggest a correction

Seksyen 94

Open as pageSuggest a correction

Apabila bahasa yang digunakan dalam sesuatu dokumen itu jelas dengan sendirinya dan apabila bahasa itu dipakai dengan tepatnya bagi fakta yang sedia ada, keterangan tidak boleh diberikan bagi menunjukkan bahawa bahasa itu tidak dimaksudkan untuk dipakai bagi fakta itu.

A memindahhakkan kepada B melalui memorandum pindah hakmilik

“estet saya di Kranji seluas 100 ekar.” A mempunyai suatu estet di Kranji seluas 100 ekar. Keterangan tidak boleh diberikan mengenai fakta bahawa estet yang dimaksudkan itu ialah estet yang terletak di suatu tempat berlainan dan mempunyai keluasan berlainan.

Seksyen 95

Keterangan tentang dokumen yang tidak bererti berkenaan fakta yang sedia ada

Open as pageSuggest a correction

Apabila bahasa yang digunakan dalam sesuatu dokumen itu jelas dengan sendirinya, tetapi tidak bererti berkenaan dengan fakta yang sedia ada, keterangan boleh diberikan bagi menunjukkan bahawa bahasa itu telah digunakan dengan pengertian khas.

A memindahhakkan kepada B melalui memorandum pindah hakmilik

“ladang saya di Pulau Pinang.”

A tidak mempunyai ladang di Pulau Pinang, tetapi ternyata mempunyai ladang di Seberang Perai yang telah dimiliki oleh B semenjak memorandum itu disempurnakan.

Fakta ini boleh dibuktikan bagi menunjukkan bahawa memorandum itu berhubung dengan ladang di Seberang Perai itu.

Keterangan tentang pemakaian bahasa yang boleh dipakai bagi seorang sahaja daripada beberapa orang

Seksyen 96

Open as pageSuggest a correction

Apabila fakta adalah sedemikian rupa sehingga bahasa yang digunakan itu mungkin telah dimaksudkan untuk dipakai bagi mana-mana orang atau benda dan bukan dimaksudkan untuk dipakai bagi lebih daripada satu daripada beberapa orang atau benda,

Undang-Undang Malaysia 82

Akta 56

keterangan boleh diberikan mengenai fakta yang menunjukkan yang mana satu daripada orang atau benda itu bahasa itu dimaksudkan untuk dipakai.

(a)

A bersetuju menjual kepada B “kuda putih saya” dengan harga

RM500. A mempunyai dua ekor kuda putih. Keterangan boleh diberikan mengenai fakta yang menunjukkan yang mana satu daripada kuda itu yang dimaksudkan.

Suggest a correction

(b)

A bersetuju untuk pergi bersama B ke Halifax. Keterangan boleh diberikan mengenai fakta yang menunjukkan sama ada Halifax di Yorkshire atau Halifax di Nova Scotia yang dimaksudkan.

Keterangan tentang pemakaian bahasa bagi satu daripada dua set fakta apabila bahasa itu tidak boleh dipakai dengan betulnya bagi mana-mana satu

Suggest a correction

Seksyen 97

Open as pageSuggest a correction

Apabila bahasa yang digunakan terpakai sebahagiannya bagi satu set fakta yang sedia ada dan sebahagiannya bagi satu set fakta lain yang sedia ada, tetapi kesemuanya tidak boleh terpakai dengan betulnya bagi mana-mana set fakta itu, keterangan boleh diberikan bagi menunjukkan yang mana satu daripada dua set fakta tersebut yang bahasa itu dimaksudkan untuk terpakai.

A bersetuju untuk menjual kepada B “tanah saya di X yang diduduki oleh Y.” A mempunyai tanah di X tetapi tanah itu tidak diduduki oleh Y, dan dia mempunyai tanah yang diduduki oleh Y, tetapi tanah itu tidak di X.

Keterangan boleh diberikan mengenai fakta bagi menunjukkan tanah mana yang dimaksudkan untuk dijualnya.

Keterangan tentang pengertian huruf yang tidak dapat dibaca, dll.

Seksyen 98

Open as pageSuggest a correction

Keterangan boleh diberikan bagi menunjukkan pengertian huruf yang tidak dapat dibaca atau bukan biasanya dapat difahami, ungkapan asing, usang, teknikal, tempatan dan kedaerahan, singkatan kata dan perkataan yang digunakan dengan pengertian khas.

Keterangan 83

A, seorang pemahat, bersetuju untuk menjual kepada B, “semua mod saya.” A mempunyai model dan alat pemodel. Keterangan boleh diberikan bagi menunjukkan yang mana yang dimaksudkan untuk dijualnya.

Seksyen 99

Siapa yang boleh memberikan keterangan mengenai perjanjian yang mengubah terma dokumen

Open as pageSuggest a correction

Orang yang tidak menjadi pihak kepada sesuatu dokumen atau bukan wakil mereka dari segi kepentingan boleh memberikan keterangan mengenai apa-apa fakta yang cenderung menunjukkan adanya suatu perjanjian semasa yang mengubah terma dokumen itu.

A dan B membuat suatu kontrak secara bertulis bahawa B akan menjual kepada A timah tertentu yang akan dibayar apabila ia diserahkan. Pada masa yang sama mereka membuat suatu perjanjian lisan bahawa A akan diberi tiga bulan kredit. Ini tidak boleh dibuktikan antara A dengan B, tetapi ia boleh dibuktikan oleh C jika perjanjian lisan itu menyentuh kepentingannya.

Seksyen 100

Pentafsiran wasiat

Open as pageSuggest a correction

Tiada apa-apa jua dalam seksyen 91 hingga 99 boleh menyentuh pentafsiran wasiat, tetapi di Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak atau mana-mana daripadanya, seksyen itu hendaklah, tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, ditafsirkan mengikut rukun pentafsiran yang akan terpakai baginya jika wasiat itu ditafsirkan dalam Mahkamah Keadilan di England.

Bahagian III

Bahagian III

PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN

Bab VII

Bab VII

BEBAN MEMBUKTIKAN

Seksyen 101

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila seseorang terikat untuk membuktikan kewujudan apa-apa fakta, dikatakan bahawa beban pembuktian terletak pada orang itu.

(a)

A berhasrat supaya mahkamah memberikan penghakiman supaya B dihukum kerana suatu jenayah yang dikatakan oleh A telah dilakukan oleh

B.

A mesti membuktikan bahawa B telah melakukan jenayah itu.

Suggest a correction

(b)

A berhasrat supaya mahkamah memberikan penghakiman bahawa dia berhak ke atas tanah tertentu yang ada dalam milikan B atas sebab fakta yang ditegaskan oleh A sebagai benar tetapi dinafikan oleh B.

A mestilah membuktikan kewujudan fakta itu.

Pada siapa letaknya beban membuktikan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 102

Open as pageSuggest a correction

Beban membuktikan dalam sesuatu guaman atau prosiding terletak pada orang yang akan gagal jika tiada apa-apa keterangan langsung diberikan oleh mana-mana pihak.

(a)

A membawa guaman terhadap B untuk mendapatkan tanah yang ada dalam milikan B, dan yang, sebagaimana yang ditegaskan oleh A, telah diberikan kepada A menurut wasiat C, iaitu bapa B.

Jika tiada keterangan diberikan oleh mana-mana pihak, B akan berhak memilikinya.

Oleh yang demikian, beban membuktikan terletak pada A.

Suggest a correction

(b)

A membawa guaman terhadap B untuk mendapatkan wang yang kena dibayar atas suatu bon.

Penyempurnaan bon itu diakui, tetapi B berkata bahawa penyempurnaan bon itu didapati secara fraud yang dinafikan oleh A.

Jika tiada keterangan diberikan oleh mana-mana pihak, A akan berjaya oleh sebab bon itu tidak dipertikaikan dan fraud itu tidak terbukti.

Oleh yang demikian, beban membuktikan terletak pada B.

Keterangan 85

Beban membuktikan tentang fakta tertentu

Suggest a correction

Seksyen 103

Open as pageSuggest a correction

Beban membuktikan tentang apa-apa fakta tertentu terletak pada orang yang berkehendakkan mahkamah mempercayai tentang kewujudan fakta itu, melainkan jika diperuntukkan oleh mana-mana undang-undang bahawa bukti mengenai fakta itu terletak pada mana-mana orang tertentu.

(a)

A mendakwa B kerana mencuri dan berhasrat supaya mahkamah mempercayai bahawa B telah mengaku kepada C yang dia telah mencuri.

A mestilah membuktikan pengakuan itu.

Suggest a correction

(b)

B berhasrat supaya mahkamah mempercayai bahawa pada masa yang berkenaan itu dia berada di suatu tempat lain. Dia mestilah membuktikannya.

Beban membuktikan fakta yang hendaklah dibuktikan untuk menjadikan keterangan boleh diterima

Suggest a correction

Seksyen 104

Open as pageSuggest a correction

Beban membuktikan apa-apa fakta yang perlu dibuktikan untuk membolehkan mana-mana orang memberikan keterangan mengenai apa-apa fakta yang lain, terletak pada orang yang berhasrat memberikan keterangan itu.

(a)

A berhasrat untuk membuktikan suatu akuan nazak yang dibuat oleh

B. A mestilah membuktikan kematian B.

Suggest a correction

(b)

A berhasrat untuk membuktikan dengan keterangan sekunder kandungan suatu dokumen yang telah hilang.

A mestilah membuktikan bahawa dokumen itu telah hilang.

Beban membuktikan bahawa kes orang tertuduh termasuk dalam kecualian

Suggest a correction

Seksyen 105

Open as pageSuggest a correction

Apabila seseorang dituduh atas apa-apa kesalahan, beban membuktikan kewujudan hal keadaan yang menjadikan kes itu termasuk dalam mana-mana kecualian am Kanun Keseksaan, atau dalam mana-mana kecualian khas atau proviso yang terkandung dalam mana-mana bahagian lain Kanun yang sama, atau dalam mana-mana undang-undang yang mentakrifkan kesalahan itu, terletak padanya, dan mahkamah hendaklah menganggapkan hal keadaan itu sebagai tidak ada.

Undang-Undang Malaysia 86

(a)

A yang dituduh melakukan pembunuhan mengatakan bahawa oleh sebab akalnya tidak sempurna dia telah tidak mengetahui sifat perbuatannya itu.

Beban membuktikan terletak pada A.

Suggest a correction

(b)

A yang dituduh melakukan pembunuhan mengatakan bahawa oleh sebab bangkitan marah besar dan mengejut dia telah tidak dapat mengawal dirinya.

Beban membuktikan terletak pada A.

Suggest a correction

(c)

Seksyen 325 Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa sesiapa, kecuali dalam hal yang diperuntukkan oleh seksyen 335, dengan sengaja menyebabkan cedera parah adalah tertakluk kepada hukuman tertentu.

A dipertuduh menyebabkan cedera parah dengan sengaja di bawah seksyen 325.

Beban membuktikan hal keadaan yang menjadikan kes itu termasuk di bawah seksyen 335 terletak pada A.

Beban membuktikan fakta yang diketahui secara khusus

Suggest a correction

Seksyen 106

Akta 56

Open as pageSuggest a correction

Apabila mana-mana fakta diketahui secara khusus oleh mana-mana orang, beban membuktikan fakta itu terletak padanya.

(a)

Apabila seseorang melakukan suatu perbuatan dengan suatu niat selain niat yang dibayangkan oleh sifat dan hal keadaan perbuatan itu, beban membuktikan niat itu terletak padanya.

Suggest a correction

(b)

A dipertuduh menaiki keretapi tanpa tiket. Beban membuktikan yang dia mempunyai tiket terletak padanya.

Beban membuktikan kematian orang yang diketahui masih hidup dalam masa tiga puluh tahun

Suggest a correction

Seksyen 107

Open as pageSuggest a correction

Apabila soalnya adalah sama ada seseorang itu masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan bahawa orang itu masih hidup dalam masa tiga puluh tahun, beban membuktikan yang dia telah mati terletak pada orang yang menegaskannya.

Keterangan 87

Beban membuktikan bahawa seseorang yang tidak didengar khabar mengenainya selama tujuh tahun masih hidup

Seksyen 108

Open as pageSuggest a correction

Apabila soalnya adalah sama ada seseorang itu masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan bahawa tiada apa-apa khabar telah didengar mengenainya selama tujuh tahun oleh orang yang sepatutnya mendengar khabar mengenainya jika dia masih hidup, beban membuktikan yang dia masih hidup beralih kepada orang yang menegaskannya.

Beban membuktikan perhubungan dalam hal pekongsi, tuan tanah dan penyewa, prinsipal dan ejen

Seksyen 109

Open as pageSuggest a correction

Apabila soalnya adalah sama ada orang itu ialah pekongsi, tuan tanah dan penyewa, atau prinsipal dan ejen, dan telah dibuktikan bahawa mereka telah bertindak sedemikian, beban membuktikan bahawa mereka masing-masing tidak mempunyai hubungan atau telah terhenti mempunyai hubungan antara satu sama lain, terletak pada orang yang menegaskannya.

Seksyen 110

Beban membuktikan pemunyaan

Open as pageSuggest a correction

Apabila soalnya adalah sama ada mana-mana orang ialah pemunya apa-apa jua benda yang dibuktikan sebagai ada dalam milikannya, beban membuktikan bahawa dia bukan pemunya benda itu terletak pada orang yang menegaskan bahawa dia bukan pemunyanya.

Seksyen 111

Bukti ketulusan dalam transaksi jika satu pihak berada dalam hubungan kepercayaan aktif

Open as pageSuggest a correction

Jika ada soal tentang ketulusan sesuatu transaksi antara pihak-pihak, dan satu pihak berada dalam kedudukan kepercayaan aktif dengan pihak yang satu lagi itu, beban membuktikan ketulusan transaksi itu terletak pada pihak yang berada dalam kedudukan kepercayaan aktif itu.

(a)

Ketulusan sesuatu jualan oleh seorang klien kepada seorang peguam dipersoalkan dalam suatu guaman yang dibawa oleh klien itu. Beban membuktikan ketulusan transaksi itu terletak pada peguam itu.

Undang-Undang Malaysia 88

Akta 56

Suggest a correction

(b)

Ketulusan sesuatu jualan oleh seorang anak lelaki yang baru cukup umur kepada bapanya dipersoalkan dalam suatu guaman yang dibawa oleh anak itu. Beban membuktikan ketulusan transaksi itu terletak pada bapanya.

Kelahiran dalam masa perkahwinan ialah bukti konklusif mengenai kesahtarafan

Suggest a correction

Seksyen 112

Open as pageSuggest a correction

Fakta bahawa mana-mana orang telah dilahirkan dalam masa ibunya masih meneruskan perkahwinannya yang sah dengan mana-mana lelaki, atau dalam masa dua ratus lapan puluh hari selepas perkahwinan itu dibubarkan, dan ibunya masih belum berkahwin lagi, hendaklah menjadi bukti konklusif bahawa orang itu ialah anak sah taraf lelaki itu, melainkan jika boleh dibuktikan bahawa pihak-pihak yang berkahwin itu tidak mempunyai akses antara satu sama lain pada bila-bila masa yang membolehkan anak itu dikandung.

Anggapan bahawa budak lelaki yang berumur di bawah tiga belas tahun tidak berupaya melakukan rogol

Seksyen 113

Open as pageSuggest a correction

Hendaklah menjadi suatu anggapan undang-undang yang tidak boleh patah bahawa seseorang budak lelaki yang berumur di bawah tiga belas tahun tidak berupaya melakukan rogol.

Seksyen 114

Mahkamah boleh menganggap kewujudan fakta tertentu

Open as pageSuggest a correction

Mahkamah boleh menganggap kewujudan apa-apa fakta yang difikirkannya mungkin telah berlaku, setelah mengambil perhatian akan perjalanan biasa kejadian semula jadi, kelakuan manusia, dan urusan awam dan persendirian, dalam hubungannya dengan fakta kes yang tertentu itu.

Mahkamah boleh menganggap—

(a)

bahawa seseorang yang ada dalam milikannya barang-barang curi selepas sahaja barang-barang itu dicuri ialah pencuri barang-barang itu atau telah menerima barang-barang itu dengan diketahuinya sebagai barang-barang curi, melainkan jika dia boleh menerangkan bagaimana barang-barang itu berada dalam milikannya;

Suggest a correction

(b)

bahawa seseorang rakan sejenayah sememangnya tidak boleh dipercayai melainkan jika disokong mengenai butir-butir material;

Keterangan 89

Suggest a correction

(c)

bahawa sesuatu bil pertukaran yang telah diterima atau diendorskan telah diterima atau diendorskan bagi balasan yang cukup;

Suggest a correction

(d)

bahawa sesuatu benda atau keadaan benda masih wujud jika ia dibuktikan sebagai wujud dalam tempoh yang lebih singkat daripada tempoh yang benda atau keadaan benda itu biasanya terhenti wujud;

Suggest a correction

(e)

bahawa tindakan kehakiman dan tindakan rasmi telah dilaksanakan mengikut aturan;

Suggest a correction

(f)

bahawa perjalanan biasa urusan telah diikuti dalam hal tertentu;

Suggest a correction

(g)

bahawa keterangan yang boleh dikemukakan tetapi tidak dikemukakan, jika dikemukakan, tidak akan memberi faedah kepada orang yang enggan mengemukakannya;

Suggest a correction

(h)

bahawa jika seseorang enggan menjawab sesuatu soalan yang dia tidak terpaksa menjawab di sisi undang-undang, jawapannya jika diberikan tidak akan memberi faedah kepadanya;

Suggest a correction

(i)

bahawa apabila sesuatu dokumen yang mewujudkan sesuatu obligasi berada dalam tangan penanggung obligasi, obligasi itu telah ditunaikan;

Tetapi mahkamah hendaklah juga mengambil perhatian akan fakta yang berikut dalam menimbangkan sama ada maksim itu boleh dipakai atau tidak bagi kes tertentu di hadapannya:

Suggest a correction

(i)

tentang misalan (a)—seorang pekedai mempunyai di dalam laci duitnya wang ringgit yang bertanda sebaik selepas wang itu dicuri dan dia tidak dapat menerangkan dengan spesifik bagaimana wang itu boleh berada dalam milikannya tetapi dia sentiasa menerima wang ringgit dalam perjalanan perniagaannya;

(ii)

tentang misalan (b)—A, seorang yang berwatak terpuji, dibicarakan kerana menyebabkan kematian seseorang dengan perbuatan cuai dalam mengatur mesin tertentu. B, seorang yang sama baik wataknya, yang juga mengambil bahagian dalam mengatur mesin itu, menerangkan dengan tepat apa yang telah dilakukan serta mengaku dan menghuraikan kelalaian bersama A dan dirinya;

Suggest a correction

(iii)

tentang misalan (b)—suatu jenayah dilakukan oleh beberapa orang.

A, B dan C, tiga daripada penjenayah itu, telah ditangkap di tempat berlakunya jenayah itu dan diasingkan antara satu sama lain. Setiap daripada mereka menerangkan hal jenayah itu dengan melibatkan

D, dan keterangan itu menyokong satu sama lain dalam cara yang menunjukkan bahawa tidak mungkin sekali ada pakatan terlebih dahulu;

Suggest a correction

(iv)

tentang misalan (c)—A, penyuruh bayar suatu bil pertukaran, ialah seorang yang mahir dalam urusan perniagaan. B, penerimanya, ialah seorang muda dan tidak berpengetahuan yang berada di bawah pengaruh A sepenuhnya;

Undang-Undang Malaysia 90

Akta 56

Suggest a correction
Suggest a correction

(v)

tentang misalan (d)—dibuktikan bahawa sebatang sungai telah mengalir mengikut suatu aliran tertentu lima tahun dahulu, tetapi diketahui bahawa banjir telah berlaku dalam masa itu yang mungkin telah mengubah alirannya;

(vi)

tentang misalan (e)—suatu tindakan kehakiman, yang keteraturannya menjadi persoalan, telah dilaksanakan dalam hal keadaan luar biasa;

Suggest a correction

(vii)

tentang misalan (f)—soalnya adalah sama ada suatu surat telah diterima. Ditunjukkan bahawa surat itu telah diposkan, tetapi perjalanan biasa pos itu telah terganggu oleh kekacauan;

Suggest a correction

(viii)

tentang misalan (g)—seseorang enggan mengemukakan suatu dokumen yang ada kaitan dengan suatu kontrak yang tidak begitu penting yang berasaskannya dia dibawa guaman, tetapi dokumen itu mungkin juga melukakan perasaan dan mencemarkan reputasi keluarganya;

Suggest a correction

(ix)

tentang misalan (h)—seseorang enggan menjawab suatu soalan yang dia tidak terpaksa menjawabnya di sisi undang-undang, tetapi jawapan kepada soalan itu mungkin menyebabkan kerugian kepadanya dalam perkara yang tidak ada kaitan dengan apa yang ditanya;

Suggest a correction
Suggest a correction

(x)

tentang misalan (i)—suatu bon ada dalam milikan penanggung obligasinya, tetapi hal keadaan kes itu sebegitu rupa sehingga menunjukkan bahawa dia mungkin telah mencurinya.

Anggapan fakta dalam penyiaran 114a.  (1)  Seseorang yang nama, fotograf atau nama samarannya terdapat pada mana-mana penyiaran yang menggambarkan dirinya sebagai pemunya, hos, pentadbir, editor atau subeditor, atau yang mengikut apa-apa cara memudahkan untuk menyiarkan atau menyiarkan semula penyiaran itu dianggap telah menyiarkan atau menyiarkan semula kandungan penyiaran itu melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

Suggest a correction

(2)

Seseorang yang berdaftar dengan pemberi perkhidmatan rangkaian sebagai pelanggan perkhidmatan rangkaian yang mana-mana penyiaran bermula adalah dianggap sebagai orang yang telah menyiarkan atau menyiarkan semula penyiaran itu melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang mempunyai dalam jagaan atau kawalannya apa-apa komputer yang mana-mana penyiaran bermula dianggap telah menyiarkan atau menyiarkan semula kandungan penyiaran itu melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

Keterangan 91

Suggest a correction

(4)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

“perkhidmatan rangkaian” dan “pemberi perkhidmatan rangkaian” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 6 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

[Akta 588]; dan

Suggest a correction

(b)

“penyiaran” ertinya pernyataan atau representasi, sama ada bertulis, bercetak, bergambar, filem, grafik, akustik atau bentuk lain yang dipaparkan pada skrin komputer.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bab VIII

Bab VIII

ESTOPEL

Seksyen 115

Open as pageSuggest a correction

Apabila seorang telah, dengan akuan, perbuatan atau peninggalannya, dengan sengaja menyebabkan atau membiarkan seorang lain mempercayai sesuatu perkara sebagai benar dan bertindak atas kepercayaan itu, yang jika tidak kerana kepercayaan itu, orang tersebut tidak akan bertindak sedemikian, orang itu atau wakilnya dari segi kepentingan tidaklah dibenarkan dalam apa-apa guaman atau prosiding antaranya diri dengan orang itu atau wakilnya dari segi kepentingan menafikan kebenaran perkara itu.

A dengan sengaja dan secara palsu menyebabkan B percaya bahawa suatu tanah tertentu dipunyai oleh A dan dengan demikian itu mendorong

B supaya membeli dan membayar harga tanah itu.

Tanah itu kemudiannya menjadi harta A dan A meminta supaya jualan itu diketepikan atas alasan bahawa pada masa jualan itu dilakukan dia tidak mempunyai hakmilik.

Dia tidak dibenarkan untuk membuktikan yang dia tidak mempunyai hakmilik.

Seksyen 116

Estopel penyewa dan estopel penerima izin orang yang memiliki harta tak alih

Open as pageSuggest a correction

Tiada penyewa harta tak alih, atau orang yang menuntut melalui penyewa itu boleh dibenarkan untuk menafikan semasa penyewaan itu masih berterusan, bahawa tuan tanah penyewa itu

Undang-Undang Malaysia 92

Akta 56

mempunyai hakmilik terhadap harta tak alih itu pada permulaan penyewaannya; dan tiada seorang pun yang menduduki mana-mana harta tak alih dengan izin orang yang memilikinya dibenarkan untuk menafikan bahawa orang itu mempunyai hak terhadap pemilikan itu pada masa izin itu diberikan.

Seksyen 117

Estopel penerima bil pertukaran, baili atau penerima izin

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada baili, ejen atau penerima izin boleh dibenarkan untuk menafikan bahawa bailor, prinsipal atau pemberi izin yang olehnya apa-apa barang telah diamanahkan kepada mana-mana daripada mereka masing-masing berhak ke atas barang-barang itu pada masa barang-barang itu diamanahkan:

Dengan syarat bahawa mana-mana baili, ejen atau penerima izin itu boleh menunjukkan bahawa dia terpaksa menyerahkan mana-mana barang itu kepada seseorang lain yang berhak ke atas barang-barang itu selain bailor, prinsipal atau pemberi izin itu, atau bahawa bailor, prinsipal atau pemberi izin itu telah secara salah dan tanpa memberikan notis kepada baili, ejen atau penerima izin, memperoleh barang-barang itu daripada orang ketiga yang telah menuntut barang tersebut daripada baili, ejen atau penerima izin itu.

Huraian—Penerima sesuatu bil pertukaran boleh menafikan bahawa bil itu telah sebenarnya telah disuruh bayar oleh orang yang olehnya ia berupa sebagai telah disuruh bayar.

Suggest a correction

Bab IX

Bab IX

Seksyen 118

Open as pageSuggest a correction

Semua orang adalah berwibawa untuk memberikan keterangan melainkan jika mahkamah berpendapat bahawa mereka tidak boleh memahami soalan yang dikemukakan kepada mereka atau tidak dapat memberikan jawapan yang rasional kepada soalan itu oleh sebab umur terlalu muda, terlalu tua, penyakit, sama ada penyakit tubuh atau penyakit otak, atau oleh apa-apa sebab lain yang seumpamanya.

Keterangan 93

Huraian—Seseorang yang sakit otak atau seseorang gila berwibawa untuk memberikan keterangan melainkan jika oleh sebab keadaannya dia tidak boleh memahami soalan yang dikemukakan kepadanya dan tidak dapat memberikan jawapan yang rasional kepada soalan itu.

Seksyen 119

Saksi bisu

Open as pageSuggest a correction

(2)

Keterangan yang diberikan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai keterangan lisan.

Pihak-pihak dalam guaman sivil dan isteri dan suami

Suggest a correction

Seksyen 120

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam prosiding jenayah terhadap mana-mana orang, suami atau isteri orang itu masing-masingnya saksi berwibawa.

Suggest a correction

(3)

Dalam prosiding jenayah, tertuduh ialah saksi berwibawa bagi pihak dirinya sendiri, dan boleh memberikan keterangan mengikut cara yang sama dan dengan kesan dan akibat yang sama seperti mana-mana saksi lain:

Dengan syarat bahawa, setakat yang pemeriksaan balas itu berhubung dengan kebolehpercayaan tertuduh itu, mahkamah boleh mengehadkan pemeriksaan balas itu setakat yang difikirkannya wajar, walaupun pemeriksaan balas yang dicadangkan itu mungkin boleh dibenarkan dalam hal mana-mana saksi lain.

Hakim, Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret

Suggest a correction

Seksyen 121

Tiada Hakim dan, kecuali atas perintah khas Mahkamah

Open as pageSuggest a correction

Tinggi, tiada Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret boleh dipaksa menjawab apa-apa soalan tentang kelakuannya sendiri di dalam mahkamah sebagai Hakim, Hakim Mahkamah Sesyen atau

Majistret atau tentang apa-apa jua yang sampai pada pengetahuannya

Undang-Undang Malaysia 94

Akta 56

di dalam mahkamah sebagai Hakim, Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret; tetapi dia boleh diperiksa tentang perkara lain yang telah berlaku di hadapannya semasa dia menjalankan tugas sedemikian.

(a)

A, apabila dibicarakan di hadapan Mahkamah Tinggi, berkata bahawa suatu deposisi telah diambil secara tidak wajar oleh B, Majistret yang menghukum supaya dia dibicarakan di Mahkamah Tinggi. B tidak boleh dipaksa menjawab soalan tentang ini kecuali atas perintah khas Mahkamah

Tinggi.

Suggest a correction

(b)

A dituduh di hadapan Mahkamah Sesyen kerana memberikan keterangan palsu di hadapan B, seorang Hakim Mahkamah Sesyen. B tidak boleh dipaksa untuk mengatakan apa yang telah dikatakan oleh A kecuali atas perintah khas Mahkamah Tinggi.

Suggest a correction

(c)

A dituduh atas percubaan membunuh seorang pegawai polis semasa perbicaraannya di hadapan B, seorang Hakim Mahkamah Tinggi. B boleh diperiksa tentang apa yang telah berlaku.

Komunikasi dalam masa perkahwinan

Suggest a correction

Seksyen 122

Open as pageSuggest a correction

Tiada seorang pun yang berkahwin atau telah berkahwin boleh dipaksa untuk mendedahkan apa-apa komunikasi yang telah dibuat kepadanya dalam masa perkahwinannya oleh orang yang dengannya dia berkahwin atau telah berkahwin; dan dia juga tidak dibenarkan untuk mendedahkan apa-apa komunikasi sedemikian melainkan jika orang yang telah membuat komunikasi itu atau wakilnya dari segi kepentingan mengizinkan, kecuali dalam guaman suami isteri atau dalam prosiding yang dalamnya seseorang yang beristeri atau bersuami didakwa kerana apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan terhadap isteri atau suaminya.

Seksyen 123

Keterangan tentang hal ehwal Negara

Open as pageSuggest a correction

Tiada siapa pun boleh dibenarkan untuk mengemukakan apa-apa rekod rasmi yang tidak disiarkan yang berhubungan dengan hal ehwal Negara, atau memberikan apa-apa keterangan yang didapati daripadanya, kecuali dengan kebenaran pegawai yang menjadi ketua jabatan yang berkenaan, yang akan memberikan atau tidak akan memberikan kebenaran itu sebagaimana yang difikirkannya patut, tertakluk, walau bagaimanapun, kepada kawalan Menteri dalam hal jabatan Kerajaan Malaysia, dan kawalan Menteri Besar atau Ketua Menteri dalam hal Kerajaan Negeri.

Keterangan 95

Seksyen 124

Komunikasi rasmi

Open as pageSuggest a correction

Tiada pegawai awam boleh dipaksa untuk mendedahkan komunikasi yang dibuat kepadanya secara rasmi dan sulit apabila difikirkannya kepentingan awam akan terjejas dengan pendedahan itu:

Dengan syarat bahawa mahkamah boleh menghendaki ketua jabatan pegawai itu memperakui secara bertulis sama ada atau tidak pendedahan itu akan memudaratkan kepentingan awam dan, jika ketua jabatan itu memperakui bahawa pendedahan itu tidak akan menjejaskan kepentingan awam, pegawai itu hendaklah mendedahkan komunikasi itu.

Seksyen 125

Maklumat tentang pelakuan kesalahan

Open as pageSuggest a correction

Tiada Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret atau pegawai polis boleh dipaksa untuk mengatakan daripada mana dia mendapat apa-apa maklumat tentang pelakuan apa-apa kesalahan, dan tiada pegawai hasil boleh dipaksa untuk mengatakan daripada mana dia mendapat apa-apa maklumat tentang pelakuan apa-apa kesalahan terhadap hasil awam atau undang-undang eksais.

Huraian—“pegawai hasil” dalam seksyen ini ertinya mana-mana pegawai yang diambil kerja dalam atau berkenaan dengan urusan mana-mana cawangan hasil awam.

Seksyen 126

Komunikasi profesional

Open as pageSuggest a correction

(a)

apa-apa komunikasi sedemikian yang dibuat bagi mencapai apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang;

Undang-Undang Malaysia 96

Akta 56

Suggest a correction

(b)

apa-apa fakta yang diketahui oleh mana-mana peguam bela dalam perjalanan pekerjaannya sedemikian yang menunjukkan bahawa apa-apa jenayah atau fraud telah dilakukan sejak dia mula diambil kerja.

Suggest a correction

(2)

Tidaklah menjadi matan sama ada perhatian peguam bela itu telah diarahkan atau tidak diarahkan kepada fakta itu oleh atau bagi pihak kliennya.

Huraian—Kewajipan yang dinyatakan dalam seksyen ini berterusan walaupun perkhidmatan tersebut telah terhenti.

(a)

A, seorang klien, berkata kepada B, seorang peguam bela: “Saya telah melakukan pemalsuan dan saya minta anda membela saya.”

Oleh sebab membela seseorang yang diketahui bersalah bukanlah suatu maksud jenayah, komunikasi ini terlindung daripada pendedahan.

Suggest a correction

(b)

A, seorang klien, berkata kepada B, seorang peguam bela: “Saya hendak mengambil milik harta dengan menggunakan suatu surat ikatan yang dipalsukan dan berasaskannya saya minta anda membawa guaman.”

Komunikasi ini yang dibuat bagi mencapai suatu maksud jenayah tidak terlindung daripada pendedahan.

Suggest a correction

(c)

A, yang dituduh atas kesalahan penggelapan, mengambil kerja B, seorang peguam bela, untuk membelanya. Dalam perjalanan prosiding itu B perhatikan bahawa suatu catatan telah dibuat dalam buku akaun A, mempertanggungkan A dengan jumlah wang yang dikatakan telah digelapkan itu, dan catatan itu tidak ada dalam buku tersebut pada masa perkhidmatannya bermula.

Oleh sebab ini ialah suatu fakta yang telah diperhatikan oleh B dalam perjalanan pekerjaannya, dan fakta itu menunjukkan bahawa suatu fraud telah dilakukan semenjak prosiding itu bermula, fakta itu tidak terlindung daripada pendedahan.

Seksyen 126 terpakai bagi jurubahasa, dll.

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 127

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini melindungi daripada didedahkan—

Open as pageSuggest a correction

Seksyen 126 hendaklah terpakai bagi jurubahasa dan kerani atau pekhidmat peguam bela.

Keterangan 97

Seksyen 128

Keistimewaan tidak dilepaskan jika keterangan diberikan secara sukarela

Open as pageSuggest a correction

Jika mana-mana pihak dalam guaman memberikan keterangan dalam guaman itu, atas kehendaknya sendiri atau selainnya, dia tidak boleh dengan demikian itu disifatkan telah bersetuju terhadap pendedahan seperti yang disebut dalam seksyen 126; dan jika mana-mana pihak dalam guaman atau prosiding memanggil mana-mana peguam bela itu sebagai saksi, dia hendaklah disifatkan telah bersetuju terhadap pendedahan itu hanya jika dia menyoal peguam bela itu mengenai perkara yang, jika tidak kerana soalan itu, peguam bela itu tidak bebas mendedahkannya.

Seksyen 129

Komunikasi sulit dengan penasihat undang-undang

Open as pageSuggest a correction

Tiada siapa pun boleh dipaksa untuk mendedahkan kepada mahkamah apa-apa komunikasi sulit yang telah berlaku antaranya dengan penasihat profesional undang-undangnya melainkan jika dia menawarkan dirinya sebagai saksi, dan dalam hal yang demikian dia boleh dipaksa mendedahkan apa-apa komunikasi sedemikian yang didapati oleh mahkamah perlu diketahui bagi menghuraikan apa-apa keterangan yang telah diberikan olehnya, tetapi tidak mengenai komunikasi lain.

Seksyen 130

Pengemukaan surat ikatan hakmilik kepunyaan saksi yang tidak menjadi pihak

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada saksi yang menjadi pihak dalam guaman terikat untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang ada dalam miliknya atau di bawah kuasanya, yang tidak berkaitan dengan atau tidak matan bagi kes pihak yang menghendaki pengemukaan dokumen itu.

Suggest a correction

(3)

Tiada bank boleh dipaksa mengemukakan bukunya dalam mana-mana prosiding undang-undang yang bank itu tidak menjadi pihak kepadanya, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang keterangan yang berhubungan dengan buku jurubank.

Undang-Undang Malaysia 98

Akta 56

Pengemukaan dokumen yang seorang lain yang memilikinya boleh enggan mengemukakan

Suggest a correction

Seksyen 131

Open as pageSuggest a correction

Tiada siapa pun boleh dipaksa untuk mengemukakan dokumen yang dalam milikannya yang seorang lain boleh enggan mengemukakan jika dokumen itu ada dalam milikannya, kecuali bagi maksud mengecam, melainkan jika orang yang akhir disebut itu mengizinkan dokumen itu dikemukakan, dan juga tiada sesiapa yang boleh enggan mengemukakan sesuatu dokumen boleh dipaksa memberikan keterangan lisan mengenai kandungan dokumen itu.

Saksi tidak dikecualikan daripada menjawab atas alasan bahawa jawapan itu akan melibatkannya dalam jenayah

Seksyen 132

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada jawapan yang seseorang saksi dipaksa oleh mahkamah supaya memberinya boleh menyebabkan dia ditangkap atau didakwa, atau boleh dibuktikan terhadapnya dalam mana-mana prosiding jenayah, kecuali pendakwaan kerana memberikan keterangan palsu melalui jawapan itu.

Suggest a correction

(3)

Sebelum memaksa seseorang saksi menjawab sesuatu soalan yang jawapannya akan melibatkannya dalam jenayah atau boleh secara langsung atau secara tidak langsung cenderung melibatkannya dalam jenayah, mahkamah hendaklah menghuraikan kepada saksi itu maksud subseksyen (2).

Keterangan 99

Rakan sejenayah

Suggest a correction

Seksyen 133

Open as pageSuggest a correction

Seseorang rakan sejenayah ialah saksi yang berwibawa terhadap orang tertuduh; dan sesuatu sabitan tidaklah menyalahi undang-undang semata-mata oleh sebab sabitan itu berpunca daripada testimoni tidak disokong yang diberikan oleh seorang rakan sejenayah.

Keterangan kanak-kanak yang masih mentah 133a.  Jika, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang kerana apa-apa kesalahan, mana-mana kanak-kanak yang masih mentah yang dipanggil sebagai saksi tidak, pada pendapat mahkamah memahami apa sebenarnya sesuatu sumpah itu, keterangannya bolehlah diterima, walaupun diberikan dengan tidak mengangkat sumpah, jika, pada pendapat mahkamah, dia mempunyai akal yang cukup bagi mewajarkan penerimaan keterangannya itu, dan dia faham tentang kewajipan bercakap benar; dan keterangannya, walaupun diberikan dengan tidak mengangkat sumpah, tetapi selainnya diambil dan diubah ke dalam bentuk bertulis menurut seksyen 269 Kanun Tatacara Jenayah hendaklah disifatkan sebagai suatu deposisi mengikut pengertian seksyen itu:

Dengan syarat bahawa, jika keterangan yang diterima menurut kuasa seksyen ini diberikan bagi pihak pendakwaan, tertuduh itu tidak boleh disabitkan atas kesalahan itu melainkan jika keterangan itu disokong dengan keterangan matan lain yang menyokong keterangan tersebut dan melibatkannya.

Seksyen 134

Bilangan saksi

Open as pageSuggest a correction

Tiada bilangan tertentu bagi saksi dikehendaki dalam mana-mana kes untuk membuktikan mana-mana fakta.

Bab X

Bab X

PEMERIKSAAN SAKSI

Suggest a correction

Susunan pengemukaan dan pemeriksaan saksi

Seksyen 135

Open as pageSuggest a correction

Susunan yang mengikutnya saksi dikemukakan dan diperiksa hendaklah dikawal selia oleh undang-undang dan amalan pada masa ini yang berhubungan dengan tatacara sivil dan jenayah

Undang-Undang Malaysia 100

Akta 56

masing-masing, dan jika tiada undang-undang sedemikian, susunan itu hendaklah menurut budi bicara mahkamah.

Seksyen 136

Mahkamah hendaklah memutuskan tentang kebolehterimaan keterangan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika fakta yang dicadangkan hendak dibuktikan itu ialah suatu fakta yang keterangan mengenainya boleh diterima hanya setelah sesuatu fakta lain dibuktikan, fakta yang akhir disebut itu mestilah dibuktikan sebelum keterangan diberikan mengenai fakta yang mula-mula disebut itu, melainkan jika pihak itu mengaku janji untuk membuktikan fakta itu dan mahkamah berpuas hati dengan aku janji itu.

Suggest a correction

(3)

Jika keberkaitan suatu fakta yang dikatakan bergantung pada terbuktinya suatu fakta lain yang dikatakan terlebih dahulu, mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, sama ada membenarkan keterangan mengenai fakta yang pertama itu diberikan sebelum fakta yang kedua itu dibuktikan, atau menghendaki supaya keterangan diberikan mengenai fakta yang kedua itu sebelum keterangan diberikan mengenai fakta yang pertama itu.

(a)

Dicadangkan untuk membuktikan suatu pernyataan mengenai suatu fakta berkaitan yang telah dibuat oleh seseorang yang dikatakan telah mati, iaitu pernyataan yang berkaitan di bawah seksyen 32.

Fakta bahawa orang itu telah mati mestilah dibuktikan oleh orang yang bercadang hendak membuktikan pernyataan itu sebelum keterangan diberikan mengenai pernyataan itu.

Suggest a correction

(b)

Dicadangkan untuk membuktikan kandungan suatu dokumen yang dikatakan telah hilang dengan mengemukakan salinannya.

Fakta bahawa dokumen asal itu telah hilang mestilah dibuktikan oleh orang yang bercadang hendak mengemukakan salinan itu sebelum salinan itu dikemukakan.

Keterangan 101

Suggest a correction

(c)

A dituduh menerima harta curi, dengan diketahuinya harta itu telah dicuri.

Dicadangkan untuk membuktikan bahawa dia telah menafikan yang harta itu ada dalam milikannya.

Keberkaitan penafian itu bergantung pada identiti harta itu. Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya sama ada menghendaki harta itu dicamkan sebelum penafian milik itu dibuktikan atau membenarkan penafian milik itu dibuktikan sebelum harta itu dicamkan.

Suggest a correction

(d)

Dicadangkan untuk membuktikan suatu fakta (A) yang dikatakan telah menjadi sebab atau kesan sesuatu fakta persoalan. Terdapat beberapa fakta perantaraan (B, C dan D) yang mesti dibuktikan sebagai wujud sebelum fakta (A) itu boleh disifatkan sebagai sebab atau kesan fakta persoalan itu. Mahkamah boleh sama ada membenarkan A dibuktikan sebelum B, C atau D dibuktikan atau boleh menghendaki supaya B, C dan D dibuktikan sebelum membenarkan A dibuktikan.

Pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 137

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pemeriksaan seseorang saksi oleh pihak menentang disebut pemeriksaan balasnya.

Suggest a correction

(3)

Jika seseorang saksi telah diperiksa balas dan kemudian diperiksa oleh pihak yang telah memanggilnya, pemeriksaan itu disebut pemeriksaan semulanya.

Susunan pemeriksaan dan arahan mengenai pemeriksaan semula

Suggest a correction

Seksyen 138

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pemeriksaan dan pemeriksaan balas mestilah berhubung dengan fakta berkaitan, tetapi pemeriksaan balas tidak perlu dihadkan kepada fakta yang telah diberikan sebagai keterangan oleh saksi itu dalam pemeriksaan utamanya.

Undang-Undang Malaysia 102

Akta 56

Suggest a correction

(3)

Pemeriksaan semula hendaklah tertumpu kepada penghuraian perkara yang disebut dalam pemeriksaan balas; dan jika, dengan kebenaran mahkamah, perkara baru dikemukakan dalam pemeriksaan semula, pihak menentang boleh selanjutnya memeriksa balas atas perkara itu.

Suggest a correction

(4)

Mahkamah boleh dalam segala hal membenarkan seseorang saksi dipanggil semula sama ada untuk pemeriksaan utama selanjutnya atau untuk pemeriksaan balas selanjutnya, dan jika mahkamah membenarkan sedemikian, pihak-pihak mempunyai hak masing-masing untuk membuat pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula selanjutnya.

Pemeriksaan balas orang yang dipanggil untuk mengemukakan dokumen

Suggest a correction

Seksyen 139

Open as pageSuggest a correction

Seseorang yang disaman supaya mengemukakan sesuatu dokumen tidaklah menjadi seorang saksi semata-mata oleh sebab dia mengemukakan dokumen itu, dan dia tidak boleh diperiksa balas melainkan jika dan sehingga dia dipanggil sebagai saksi.

Seksyen 140

Saksi berkenaan dengan watak

Open as pageSuggest a correction

Saksi berkenaan dengan watak boleh diperiksa balas dan diperiksa semula.

Seksyen 141

Soalan memimpin

Open as pageSuggest a correction

Apa-apa soalan yang menyarankan jawapan yang hendak atau yang dijangka akan didapati oleh orang yang mengemukakannya atau apa-apa soalan yang menyarankan fakta yang dipertikaikan yang tentangnya saksi itu dikehendaki memberikan keterangan, disebut soalan memimpin.

Seksyen 142

Bila soalan memimpin tidak boleh ditanya

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mahkamah hendaklah membenarkan soalan memimpin tentang perkara permulaan atau yang tidak dipertikaikan, atau perkara yang pada pendapatnya telah terbukti dengan secukupnya.

Bila soalan memimpin boleh ditanya

Suggest a correction

Seksyen 143

Keterangan 103

Open as pageSuggest a correction

(a)

soalan itu tidak boleh mengandungi perkataan yang saksi itu dikehendaki memperkatakan balik; dan

Suggest a correction

(b)

soalan itu tidak boleh menganggap bahawa fakta yang belum terbukti sebagai telah terbukti, atau menganggap bahawa jawapan tertentu telah diberikan berlawanan dengan fakta itu.

Suggest a correction

(2)

Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, melarang soalan memimpin daripada dikemukakan kepada saksi yang menunjukkan kecenderungan yang kuat atau berat sebelah memihak kepada pihak yang memeriksa balas.

Keterangan tentang perkara bertulis

Suggest a correction

Seksyen 144

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana saksi boleh ditanya semasa dalam pemeriksaan sama ada apa-apa kontrak, pemberian atau pelupusan lain akan harta yang tentangnya dia memberikan keterangan tidak terkandung dalam sesuatu dokumen, dan jika dia mengatakan ada, atau jika dia hampir-hampir hendak membuat apa-apa pernyataan tentang kandungan apa-apa dokumen yang pada pendapat mahkamah, patut dikemukakan, pihak menentang boleh membantah terhadap pemberian keterangan itu sehingga dokumen itu dikemukakan atau sehingga terbukti fakta yang memberi hak kepada pihak yang telah memanggil saksi itu untuk memberikan keterangan sekunder mengenainya.

Huraian—Seseorang saksi boleh memberikan keterangan lisan mengenai pernyataan yang telah dibuat oleh orang lain mengenai kandungan dokumen jika pernyataan itu dengan sendirinya ialah fakta berkaitan.

Soalnya adalah sama ada A telah menyerang B.

C mendeposkan bahawa dia telah mendengar A berkata kepada D:

“B telah menulis surat menuduh saya mencuri dan saya akan membalas dendam

Undang-Undang Malaysia 104

Akta 56

terhadapnya”. Pernyataan ini adalah berkaitan sebagai menunjukkan motif

A berkenaan dengan amang itu dan keterangan boleh diberikan mengenai pernyataan itu walaupun tiada keterangan lain diberikan mengenai surat itu.

Seksyen 145

Pemeriksaan balas tentang pernyataan bertulis yang dahulu

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika seseorang saksi, apabila diperiksa balas tentang pernyataan lisan dahulu yang dibuat olehnya yang berkaitan kepada perkara yang dipersoalkan dalam guaman atau prosiding yang dalamnya dia diperiksa balas itu dan yang tidak selaras dengan testimoni yang sedang diberinya, tidak mengaku dengan nyata bahawa dia telah membuat pernyataan itu, bukti bolehlah diberikan yang dia telah sebenarnya membuat pernyataan lisan itu; tetapi sebelum bukti boleh diberikan, hal keadaan pernyataan yang dikatakan itu, yang cukup untuk menentukan kejadian tertentu itu, hendaklah disebut kepada saksi itu, dan dia mestilah ditanya sama ada dia telah membuat pernyataan itu atau tidak.

Soalan yang sah dalam pemeriksaan balas

Suggest a correction

Seksyen 146

Open as pageSuggest a correction

Apabila seseorang saksi boleh diperiksa balas, dia bolehlah ditanya, sebagai tambahan kepada soalan yang disebut terdahulu daripada ini, ditanya apa-apa soalan yang cenderung—

(a)

m e n g u j i k e t e p a t a n n y a , k e b e n a r a n n y a a t a u kebolehpercayaannya;

Suggest a correction

(b)

menentukan siapa dia dan apakah taraf hidupnya; atau

Suggest a correction

(c)

melemahkan kebolehpercayaannya dengan mencela wataknya, walaupun jawapan kepada soalan itu mungkin secara langsung atau secara tidak langsung cenderung melibatkannya dalam jenayah, atau boleh mendedahkan atau mungkin secara langsung atau secara tidak langsung cenderung mendedahkannya kepada sesuatu penalti atau pelucuthakan.

Keterangan 105

Sekatan terhadap keterangan dalam perbicaraan rogol 146a. Walau apa pun apa-apa yang terkandung dalam Akta ini, dalam prosiding berkenaan dengan kesalahan rogol, tiada keterangan dan tiada soalan dalam pemeriksaan balas boleh dikemukakan atau ditanya, oleh atau bagi pihak tertuduh, berkenaan dengan kegiatan seksual pengadu dengan mana-mana orang selain tertuduh melainkan jika—

Suggest a correction

(a)

ia merupakan keterangan yang mematahkan, atau suatu soalan yang cenderung mematahkan, keterangan mengenai kegiatan seksual pengadu atau ketiadaannya yang dahulunya telah dikemukakan oleh pihak pendakwa;

Suggest a correction

(b)

ia merupakan keterangan, atau suatu soalan, tentang misalan tertentu mengenai kegiatan seksual pengadu yang cenderung membuktikan identiti orang yang mempunyai hubungan seksual dengan pengadu pada waktu kejadian yang dinyatakan dalam pertuduhan; atau

Suggest a correction

(c)

ia merupakan keterangan, atau suatu soalan, tentang kegiatan seksual yang berlaku pada waktu yang sama dengan kegiatan seksual yang menjadi hal perkara pertuduhan, jika keterangan atau soalan itu berhubung dengan persetujuan yang dikatakan oleh tertuduh dipercayainya telah diberikan oleh pengadu.

Bila saksi akan dipaksa menjawab

Suggest a correction

Seksyen 147

Open as pageSuggest a correction

Jika apa-apa soalan itu berhubung dengan suatu perkara yang berkaitan dengan guaman atau prosiding itu, seksyen 132

hendaklah terpakai baginya.

Seksyen 148

Mahkamah akan memutuskan bila soalan hendak ditanya dan bila saksi boleh dipaksa menjawab

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pada menjalankan budi bicaranya, mahkamah hendaklah mengambil perhatian akan perkara yang berikut:

(a)

soalan itu adalah wajar jika ia sedemikian rupa sehingga kebenaran tohmahan yang dibayangkan olehnya itu akan benar-benar menyentuh pendapat mahkamah tentang kebolehpercayaan saksi itu atas perkara yang dinyatakannya;

Suggest a correction

(b)

soalan itu adalah tidak wajar jika tohmahan yang dibayangkan olehnya itu adalah berhubungan dengan perkara yang telah berlaku sebegitu lama dahulu atau yang bersifat sedemikian sehingga kebenaran tohmahan itu tidak akan menyentuh atau akan menyentuh sedikit sahaja pendapat mahkamah tentang kebolehpercayaan saksi itu atas perkara yang dinyatakannya;

Suggest a correction

(c)

soalan itu adalah tidak wajar jika terdapat ketidakseimbangan besar antara kepentingan tohmahan yang dibuat terhadap watak saksi itu dengan kepentingan keterangannya;

Suggest a correction

(d)

mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, membuat inferens daripada keengganan saksi itu untuk menjawab bahawa jawapan itu, jika diberikan, tidak akan memberikan faedah kepadanya.

Soalan tidak boleh ditanya tanpa alasan yang munasabah

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 149

Akta 56

Open as pageSuggest a correction

Tiada apa-apa soalan seperti yang disebut dalam seksyen 148 boleh ditanya melainkan jika orang yang bertanya itu mempunyai alasan munasabah bagi memikirkan bahawa tohmahan yang dibayangkan oleh soalan itu betul-betul berasas.

(a)

Seorang peguam bela diberitahu oleh seorang peguam bela yang lain atau sumber yang boleh dipercayai bahawa seorang saksi penting ialah penjudi profesional. Ini merupakan suatu alasan yang munasabah untuk menanyakan saksi itu sama ada dia seorang penjudi profesional.

Suggest a correction

(b)

Seorang peguam bela diberitahu oleh seseorang di dalam mahkamah bahawa seorang saksi penting ialah seorang penjudi profesional. Apabila disoal oleh peguam bela itu, pemberitahu itu memberikan sebab yang memuaskan hati bagi pernyataannya itu. Ini merupakan suatu alasan yang munasabah untuk menanyakan saksi itu sama ada dia seorang penjudi profesional.

Suggest a correction

(c)

Seorang saksi yang tidak diketahui apa-apa pun mengenainya, ditanya secara rambang sama ada dia seorang penjudi profesional. Dalam hal ini, tidak ada alasan yang munasabah untuk menanyakan soalan itu.

Keterangan 107

Suggest a correction

(d)

Seorang saksi yang tidak diketahui apa-apa pun mengenainya, apabila disoal tentang cara hidup dan mata pencariannya memberikan jawapan yang tidak memuaskan hati. Ini boleh menjadi suatu alasan yang munasabah untuk menanyakan saksi itu sama ada dia seorang penjudi profesional.

Tatacara mahkamah sekiranya soalan ditanya tanpa alasan yang munasabah

Suggest a correction

Seksyen 150

Open as pageSuggest a correction

Jika mahkamah berpendapat bahawa mana-mana soalan seperti yang disebut dalam seksyen 148 telah ditanya tanpa alasan yang munasabah, mahkamah boleh, jika soalan itu telah ditanya oleh seorang peguam bela, melaporkan hal keadaan kes itu kepada

Mahkamah Tinggi atau pihak berkuasa lain yang kepadanya peguam bela itu tertakluk dalam menjalankan profesionnya.

Seksyen 151

Soalan lucah dan bersifat skandal

Open as pageSuggest a correction

Mahkamah boleh melarang apa-apa soalan atau pertanyaan yang disifatkannya sebagai lucah atau bersifat skandal, walaupun soalan atau pertanyaan itu mungkin ada hubungan dengan soalan yang ada di hadapan mahkamah, melainkan jika soalan atau pertanyaan itu berhubungan dengan fakta persoalan atau dengan perkara yang perlu diketahui untuk menentukan sama ada fakta persoalan itu wujud atau tidak.

Seksyen 152

Soalan yang bertujuan menghina atau menggusarkan

Open as pageSuggest a correction

Mahkamah hendaklah melarang apa-apa soalan yang ternyata padanya bertujuan menghina atau menggusarkan, atau apa-apa soalan yang, walaupun dengan sendirinya adalah wajar, ternyata pada mahkamah berbentuk menyinggung dengan tidak wajar.

Seksyen 153

Penyingkiran keterangan untuk menyangkal jawapan kepada soalan yang menguji kebenaran

Open as pageSuggest a correction

Apabila seseorang saksi telah ditanya dan telah menjawab apa-apa soalan yang berkaitan dengan siasatan itu hanya setakat yang ia cenderung melemahkan kebolehpercayaannya dengan mencela wataknya, tiada keterangan boleh diberikan untuk menyangkalnya; tetapi jika dia memberikan jawapan palsu, dia boleh kemudiannya dipertuduh kerana memberikan keterangan palsu.

Undang-Undang Malaysia 108

Akta 56

Kecualian 1—Jika seorang saksi ditanya sama ada dia dahulunya telah disabitkan atas apa-apa jenayah dan dia menafikannya, keterangan boleh diberikan mengenai sabitannya yang dahulu itu.

Kecualian 2—Jika seorang saksi ditanya apa-apa soalan yang cenderung mencabar kesaksamaannya dan dia menjawab dengan menafikan fakta yang disarankan itu, dia boleh disangkal.

(a)

Suatu tuntutan terhadap seorang pengunderait ditentang atas alasan fraud.

Pihak menuntut ditanya sama ada dalam transaksi dahulu dia pernah membuat suatu tuntutan secara fraud. Dia menafikannya.

Keterangan diberikan bagi menunjukkan bahawa dia pernah membuat tuntutan sedemikian.

Keterangan itu tidak boleh diterima.

Suggest a correction

(b)

Seorang saksi ditanya sama ada dia pernah dibuang kerja kerana kecurangan. Dia menafikannya.

Keterangan diberikan untuk menunjukkan bahawa dia pernah dibuang kerja kerana kecurangan.

Keterangan itu tidak boleh diterima.

Suggest a correction

(c)

A menegaskan bahawa pada suatu hari tertentu dia telah melihat B di Melaka.

A ditanya sama ada dia tidak berada di Pulau Pinang pada hari itu. Dia menafikannya.

Keterangan diberikan untuk menunjukkan bahawa A berada di Pulau

Pinang pada hari itu.

Keterangan itu boleh diterima, bukan untuk menyangkal A atas suatu fakta yang menyentuh kebolehpercayaannya, tetapi untuk menyangkal fakta yang dikatakan bahawa B telah dilihat di Melaka pada hari yang berkenaan itu.

Suggest a correction

(d)

A dibicarakan kerana merogol B. B ditanya dalam pemeriksaan balas sama ada dia telah melakukan persetubuhan haram dengan C dan D. Dia menafikannya. Keterangan diberikan untuk menunjukkan bahawa dia telah melakukan persetubuhan haram dengan C dan D. Keterangan itu tidak boleh diterima.

Dalam tiap-tiap hal dalam misalan (c) dan (d) saksi itu boleh, jika penafiannya itu palsu, dipertuduh kerana memberikan keterangan palsu.

Keterangan 109

Suggest a correction

(e)

A ditanya sama ada dia pernah berkata bahawa dia akan membalas dendam terhadap B yang terhadapnya dia memberikan keterangan. Dia menafikannya.

Dia boleh disangkal atas alasan bahawa soalan itu cenderung mencabar kesaksamaannya.

Soalan oleh pihak kepada saksinya sendiri

Suggest a correction

Seksyen 154

Open as pageSuggest a correction

Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, membenarkan orang yang memanggil seseorang saksi mengemukakan apa-apa soalan kepadanya yang boleh dikemukakan dalam pemeriksaan balas oleh pihak menentang.

Seksyen 155

Mencabar kebolehpercayaan saksi

Open as pageSuggest a correction

Kebolehpercayaan seseorang saksi boleh dicabar dengan cara yang berikut oleh pihak menentang atau, dengan izin mahkamah, oleh pihak yang memanggilnya:

(a)

dengan keterangan yang diberikan oleh orang yang menyatakan bahawa mengikut pengetahuan mereka tentang saksi itu mereka percaya saksi itu tidak boleh dipercayai;

Suggest a correction

(b)

dengan membuktikan bahawa saksi itu telah disogok, atau telah menerima tawaran sogokan, atau telah menerima apa-apa dorongan rasuah yang lain untuk memberikan keterangannya;

Suggest a correction

(c)

dengan membuktikan pernyataan dahulu yang tidak selaras dengan mana-mana bahagian keterangannya yang boleh disangkal;

Suggest a correction

(d)

(Dipotong oleh Akta A729).

Huraian—Seseorang saksi yang mengatakan bahawa seorang saksi lain tidak boleh dipercayai tidak boleh, dalam pemeriksaan utamanya, memberikan sebab dia mempercayai sedemikian, tetapi dia boleh ditanya sebabnya dalam pemeriksaan balas, dan jawapan yang diberikannya itu tidak boleh disangkal, walaupun, jika jawapan itu palsu, dia boleh kemudiannya dipertuduh kerana memberikan keterangan palsu.

Suggest a correction

(a)

A membawa guaman terhadap B untuk mendapatkan harga barang-barang yang telah dijual dan diserahkan kepada B. C berkata bahawa dia telah menyerahkan barang-barang itu kepada B.

Undang-Undang Malaysia 110

Akta 56

Keterangan diberikan bagi menunjukkan bahawa pada suatu masa dahulu dia ada berkata bahawa dia tidak menyerahkan barang-barang itu kepada

B.

Keterangan itu boleh diterima.

Suggest a correction

(b)

A dipertuduh membunuh B.

C berkata bahawa B, apabila hampir hendak mati, mengatakan bahawa

A telah melukakannya yang disebabkannya dia mati.

Keterangan diberikan bagi menunjukkan bahawa pada suatu masa dahulu C ada berkata bahawa luka itu bukan dilakukan oleh A ataupun di hadapannya.

Keterangan itu boleh diterima.

Soalan yang cenderung menyokong keterangan mengenai fakta berkaitan yang boleh diterima

Suggest a correction

Seksyen 156

Open as pageSuggest a correction

Apabila seseorang saksi yang dicadang hendak disokong memberikan keterangan mengenai apa-apa fakta berkaitan, dia boleh disoal tentang apa-apa hal keadaan lain yang telah dilihatnya pada atau dekat dengan masa atau tempat yang fakta berkaitan itu telah berlaku, jika mahkamah berpendapat bahawa hal keadaan itu, jika terbukti, akan menyokong testimoni saksi itu tentang fakta berkaitan yang mengenainya dia memberikan keterangan.

A, seorang rakan sejenayah, menerangkan hal suatu rompakan yang dia telah mengambil bahagian. Dia memperihalkan berbagai-bagai kejadian, yang tidak berkaitan dengan rompakan itu, yang telah berlaku dalam perjalanannya ke tempat dan dari tempat rompakan itu telah dilakukan.

Keterangan bebas mengenai fakta ini boleh diberikan untuk menyokong keterangannya itu tentang rompakan itu sendiri.

Pernyataan dahulu oleh saksi boleh dibuktikan untuk menyokong testimoni yang kemudian tentang fakta yang sama

Seksyen 157

Open as pageSuggest a correction

Bagi menyokong testimoni seorang saksi, apa-apa pernyataan dahulu yang dibuat olehnya sama ada secara bertulis atau lisan, atas sumpah atau dalam percakapan biasa, yang berhubungan dengan fakta yang sama pada atau lebih kurang pada masa fakta itu telah berlaku, atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa yang berwibawa di sisi undang-undang untuk menyiasat fakta itu, boleh dibuktikan.

Keterangan 111

Perkara yang boleh dibuktikan berkaitan dengan pernyataan terbukti yang berkaitan di bawah seksyen 32 atau 33

Seksyen 158

Open as pageSuggest a correction

Bilamana apa-apa pernyataan yang berkaitan di bawah seksyen 32 atau 33 terbukti, segala perkara boleh dibuktikan sama ada untuk menyangkal atau menyokong pernyataan itu, atau untuk mencabar atau mengesahkan kebolehpercayaan orang yang telah membuat pernyataan itu, yang mungkin boleh dibuktikan jika orang itu telah dipanggil sebagai saksi dan telah menafikan kebenaran perkara yang disarankan itu apabila diperiksa balas.

Seksyen 159

Mengingatkan semula

Open as pageSuggest a correction

(2)

Saksi itu boleh juga merujuk kepada mana-mana tulisan yang telah dibuat oleh mana-mana orang lain dan telah dibaca oleh saksi itu dalam masa yang disebut terdahulu, jika, apabila dibacanya, dia tahu tulisan itu adalah betul.

Suggest a correction

(3)

Bilamana saksi itu boleh mengingatkan semula dengan merujuk kepada apa-apa dokumen, dia boleh, dengan kebenaran mahkamah, merujuk kepada salinan dokumen itu:

Dengan syarat bahawa mahkamah berpuas hati bahawa ada sebab yang mencukupi mengapa naskhah asalnya tidak dikemukakan.

Suggest a correction

(4)

Seseorang pakar boleh mengingatkan semula dengan merujuk kepada treatis profesional.

Testimoni tentang fakta yang dinyatakan dalam dokumen yang disebut dalam seksyen 159

Suggest a correction

Seksyen 160

Open as pageSuggest a correction

Seseorang saksi boleh juga memberikan keterangan tentang fakta yang disebut dalam mana-mana dokumen sedemikian yang disebut dalam seksyen 159, walaupun dia tidak mempunyai ingatan spesifik tentang fakta itu sendiri, jika dia yakin bahawa fakta itu telah direkodkan dengan betul dalam dokumen itu.

Undang-Undang Malaysia 112

Akta 56

Seseorang penyimpan kira-kira boleh memberikan keterangan tentang fakta yang telah direkodkan olehnya dalam buku kira-kira yang biasa disimpan dalam perjalanan urusan jika dia mengetahui bahawa buku kira-kira itu telah disimpan dengan betulnya, walaupun dia telah melupai transaksi tertentu yang telah dicatatkannya.

Seksyen 161

Hak pihak menentang tentang tulisan yang digunakan untuk mengingatkan semula

Open as pageSuggest a correction

mestilah dikemukakan dan ditunjukkan kepada pihak menentang jika dia menghendakinya; pihak itu boleh, jika dia suka, memeriksa balas saksi itu mengenai tulisan itu.

Seksyen 162

Pengemukaan dokumen dan terjemahannya

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mahkamah boleh, jika didapatinya patut, memeriksa dokumen itu melainkan jika dokumen itu merujuk kepada hal ehwal Negara, atau mengambil keterangan lain bagi membolehkannya menentukan kebolehterimaan dokumen itu.

Suggest a correction

(3)

Jika bagi maksud itu adalah perlu untuk menyebabkan mana-mana dokumen diterjemahkan, mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, mengarahkan penterjemah supaya merahsiakan kandungan dokumen itu melainkan jika dokumen itu akan dikemukakan dalam keterangan, dan jika penterjemah itu mengingkari arahan itu, dia hendaklah disifatkan telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 166 Kanun Keseksaan.

Memberikan sebagai keterangan dokumen yang diminta dan dikemukakan setelah notis diberikan

Suggest a correction

Seksyen 163

Open as pageSuggest a correction

Apabila suatu pihak meminta sesuatu dokumen yang mengenainya pihak yang satu lagi itu telah diberikan notis supaya mengemukakannya, dan dokumen itu dikemukakan dan diperiksa

Keterangan 113

oleh pihak yang meminta supaya ia dikemukakan, pihak itu adalah terikat untuk memberikannya sebagai keterangan jika pihak yang mengemukakan dokumen itu menghendakinya berbuat demikian dan jika dokumen itu berkaitan.

Seksyen 164

Menggunakan sebagai keterangan dokumen yang enggan dikemukakan setelah notis diberikan

Open as pageSuggest a correction

Apabila suatu pihak enggan mengemukakan sesuatu dokumen yang dia telah diberikan notis supaya mengemukakannya, dia tidak boleh kemudiannya menggunakan dokumen itu sebagai keterangan tanpa persetujuan pihak yang satu lagi itu atau tanpa perintah mahkamah.

A membawa guaman terhadap B atas suatu perjanjian, dan memberikan B notis supaya mengemukakannya. Pada perbicaraan itu A meminta dokumen itu, dan B enggan mengemukakannya. A memberikan keterangan sekunder mengenai kandungannya. B bercadang mengemukakan dokumen itu sendiri untuk menyangkal keterangan sekunder yang diberikan oleh A itu, atau untuk menunjukkan bahawa perjanjian itu tidak bersetem. Dia tidak boleh berbuat demikian.

Seksyen 165

Kuasa Hakim untuk mengemukakan soalan atau memerintahkan pengemukaan

Open as pageSuggest a correction

Hakim boleh, untuk mengetahui atau mendapatkan bukti wajar mengenai fakta berkaitan, menanyakan apa-apa soalan yang dihasratinya, dalam apa-apa bentuk, pada bila-bila masa, kepada mana-mana saksi atau pihak, mengenai apa-apa fakta sama ada berkaitan atau tidak berkaitan; dan boleh memerintahkan supaya dikemukakan apa-apa dokumen atau benda; dan mana-mana pihak atau ejen mereka tidak berhak membuat apa-apa bantahan terhadap mana-mana soalan atau perintah sedemikian, atau, tanpa kebenaran mahkamah, memeriksa balas mana-mana saksi atas apa-apa jawapan yang diberikan dalam menjawab mana-mana soalan itu:

(i)

penghakiman itu mestilah berasaskan fakta yang ditetapkan oleh Akta ini sebagai berkaitan dan dibuktikan dengan sewajarnya;

Undang-Undang Malaysia 114

Akta 56

(ii)

seksyen ini tidak membenarkan mana-mana Hakim memaksa mana-mana saksi untuk menjawab apa-apa soalan atau mengemukakan apa-apa dokumen yang saksi itu berhak untuk enggan menjawab atau mengemukakan di bawah seksyen 121 hingga 131 jika soalan itu ditanya atau dokumen itu diminta oleh pihak menentang; juga Hakim tidak boleh bertanya apa-apa soalan yang tidak wajar ditanya oleh orang lain di bawah seksyen 148 atau 149;

juga dia tidak boleh mengetepikan keterangan primer mengenai mana-mana dokumen , kecuali dalam hal yang dikecualikan terdahulu daripada ini.

Kuasa juri atau pengapit untuk mengemukakan soalan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 166

Dengan syarat bahawa—

Open as pageSuggest a correction

Dalam kes yang dibicarakan dengan juri atau pengapit, juri atau pengapit itu boleh mengemukakan apa-apa soalan kepada saksi melalui atau dengan kebenaran Hakim, yang Hakim itu sendiri boleh mengemukakannya dan yang difikirkannya wajar.

Bab XI

Bab XI

PENERIMAAN DAN PENOLAKAN KETERANGAN

Suggest a correction

DENGAN CARA TIDAK WAJAR

Tiada perbicaraan baharu bagi penerimaan atau penolakan keterangan dengan cara tidak wajar

Seksyen 167

Open as pageSuggest a correction

Penerimaan atau penolakan keterangan dengan cara tidak wajar tidak dengan sendirinya menjadi alasan bagi perbicaraan baharu atau pengakasan mana-mana keputusan dalam mana-mana kes jika didapati oleh mahkamah yang di hadapannya bantahan itu dibuat bahawa tanpa bersandarkan keterangan yang dibantah dan diakui itu, ada keterangan yang cukup bagi mewajarkan keputusan itu, atau bahawa, jika keterangan yang ditolak itu telah diterima, ia tidak sepatutnya mengubah keputusan itu.

Keterangan 115

Akta 56

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Perintah Perlembagaan Persekutuan

(Pengubahsuaian Undang-Undang)

(Ordinan dan Proklamasi) 1958 13-11-1958

Perintah Ordinan Keterangan (Peluasan)

1971 01-11-1971

P.U. (A) 280/1971

Pembetulan bagi P.U. (A) 261/1971 01-11-1971

P.U. (A) 239/1974

Perintah Penyemakan Undang-Undang

(Akta Keterangan) 1974 01-11-1971

Akta A324

Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan dan Peluasan) 1976 01-01-1976

Akta A354

Akta Perlembagaan (Pindaan) 1976 27-08-1976

P.U. (A) 357/1980

Perintah Akta Mahkamah Rendah

(Peluasan) 1980 01-06-1981

Akta A729

Akta Keterangan (Pindaan) 1989 05-05-1989

Akta A851

Akta Keterangan (Pindaan) 1993 16-07-1993

Akta A978

Akta Keterangan (Pindaan) 1997 31-01-1997

Akta A1424

Akta Keterangan (Pindaan) 2012 01-06-2012

Akta A1432

Akta Keterangan (Pindaan) (No. 2) 2012 31-07-2012

P.U. (B) 49/2014

Akta Keterangan 1950 – Pembetulan

P.U. (B) 477/2015

Akta Keterangan 1950 – Pembetulan

Akta A1527

Akta Keterangan (Pindaan) 2017 01-03-2017

Undang-Undang Malaysia 116

Akta 56

Akta 56

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Tajuk panjang

P.U. (A) 261/1971 01-11-1971 2

P.U. (A) 261/1971 01-11-1971 3

Akta A851

Akta A1432 01-11-1971 16-07-1993 31-07-2012 6

P.U. (A) 261/1971 01-11-1971 10

P.U. (A) 261/1971 01-11-1971 14

P.U. (B) 49/2014

Pembetulan bagi

Akta Keterangan 1950 [Akta 56]

yang dicetak s e m u l a p a d a tahun 2006 dan m e n g a n d u n g i segala pindaan hingga 1 Januari 2006 17

P.U. (A) 261/1971 01-11-1971 23

P.U. (A) 261/1971 01-11-1971 25

Akta A324 01-11-1971 01-01-1976 26

Akta A324 01-11-1971 01-01-1976 27

Akta A324 01-11-1971 01-01-1976 28

Akta A324 01-11-1971 01-01-1976

Keterangan 117

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 29

Akta A324 01-11-1971 01-01-1976 30

Akta A324 01-11-1971 01-01-1976 31a

Akta A851

Akta A978 16-07-1993 31-07-1997 32

Akta A851 01-11-1971 16-07-1993 32a

Akta A1527 01-03-2017 36

P.U. (A) 261/1971 01-11-1971 37

P.U. (A) 261/1971 01-11-1971 43

P.U. (B) 477/2015

Pembetulan bagi

Akta Keterangan 1950 [Akta 56]

yang dicetak s e m u l a p a d a tahun 2006 dan m e n g a n d u n g i segala pindaan hingga 1 Januari 2006 50

P.U. (A) 261/1971 01-11-1971 54

P.U. (A) 261/1971 01-11-1971 57

P.U. (A) 261/1971 13-11-1958 01-11-1971 58

P.U. (A) 280/1971 01-11-1971 01-11-1971 60

Akta A851 16-07-1993 62

Akta A851 16-07-1993 63

Akta A851 16-07-1993 65

P.U. (A) 261/1971 01-11-1971 66

P.U. (A) 261/1971 01-11-1971 73a

P.U. (A) 239/1974 01-11-1971 01-11-1971 73aa

Akta A1424 01-06-2012

Undang-Undang Malaysia 118

Akta 56

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 74

P.U. (A) 261/1971 13-11-1958 01-11-1971 78

P.U. (A) 261/1971 13-11-1958 01-11-1971 78a

Akta A851 16-07-1993 79

P.U. (A) 261/1971 13-11-1958 01-11-1971 81

P.U. (A) 280/1971 01-11-1971 01-11-1971 83

P.U. (A) 261/1971 01-11-1971 85

P.U. (A) 261/1971 13-11-1958 01-11-1971 86

P.U. (A) 261/1971 13-11-1958 01-11-1971 90

P.U. (A) 261/1971 01-11-1971 90a

Akta A851 16-07-1993 90b

Akta A851 16-07-1993 90c

Akta A851 16-07-1993 90d

Akta A1424 01-06-2012 90e

Akta A1424 01-06-2012 90f

Akta A1424 01-06-2012 91

P.U. (A) 261/1971 01-11-1971 100

P.U. (A) 261/1971 01-11-1971 105

P.U. (A) 261/1971 01-11-1971 114a

Akta A1432 31-07-2012 123

P.U. (A) 261/1971 13-11-1958 01-11-1971 124

P.U. (A) 261/1971 01-11-1971 125

P.U. (A) 261/1971 01-11-1971 126

P.U. (A) 261/1971 01-11-1971 127

P.U. (A) 261/1971 01-11-1971

Keterangan 119

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 128

P.U. (A) 261/1971 01-11-1971 130

P.U. (A) 261/1971 01-11-1971 132

P.U. (A) 261/1971 01-11-1971 133a

P.U. (A) 261/1971 01-11-1971 146a

Akta A729 05-05-1989 149

P.U. (A) 261/1971 01-11-1971 150

P.U. (A) 261/1971 01-11-1971 155

Akta A729 05-05-1989 162

P.U. (A) 261/1971 01-11-1971

Common questions

What is AKTA KETERANGAN 1950?
AKTA KETERANGAN 1950 is Malaysia Act, cited as Act 56 1950, currently marked in force and first recorded in 1950.
Is AKTA KETERANGAN 1950 still in force?
Yes — AKTA KETERANGAN 1950 is currently in force.
When did AKTA KETERANGAN 1950 take effect?
AKTA KETERANGAN 1950 was first recorded in 1950.
How many sections does AKTA KETERANGAN 1950 have?
AKTA KETERANGAN 1950 contains 168 sections.
Where can I read the official version of AKTA KETERANGAN 1950?
The official text of AKTA KETERANGAN 1950 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA KETERANGAN 1950 (No. 56) | mylaw.my