Malaysia legislation
Section 103
Seksyen 103
Beban membuktikan tentang apa-apa fakta tertentu terletak pada orang yang berkehendakkan mahkamah mempercayai tentang kewujudan fakta itu, melainkan jika diperuntukkan oleh mana-mana undang-undang bahawa bukti mengenai fakta itu terletak pada mana-mana orang tertentu.
(a)
A mendakwa B kerana mencuri dan berhasrat supaya mahkamah mempercayai bahawa B telah mengaku kepada C yang dia telah mencuri.
A mestilah membuktikan pengakuan itu.
(b)
B berhasrat supaya mahkamah mempercayai bahawa pada masa yang berkenaan itu dia berada di suatu tempat lain. Dia mestilah membuktikannya.
Beban membuktikan fakta yang hendaklah dibuktikan untuk menjadikan keterangan boleh diterima