Malaysia legislation

Section 10

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 10

Jika terdapat alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dua orang atau lebih telah berkomplot bersama-sama untuk melakukan suatu kesalahan atau suatu perbuatan salah boleh dakwa, apa-apa jua yang dikatakan, dilakukan atau ditulis oleh

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 56

salah seorang daripada mereka, berkenaan dengan niat bersama mereka selepas niat itu mula-mula difikirkan oleh salah seorang daripada mereka, ialah suatu fakta berkaitan terhadap setiap orang yang dipercayai berkomplot sedemikian, serta juga bagi maksud membuktikan kewujudan komplot itu dan juga bagi maksud menunjukkan bahawa mana-mana orang sedemikian telah menjadi pihak kepadanya.

Ada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa A telah menyertai suatu komplot untuk melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan

Agong.

Fakta bahawa B telah memperoleh senjata di Eropah bagi maksud komplot itu, C telah memungut wang di Melaka bagi tujuan yang sama,

D telah memujuk orang supaya menyertai komplot itu di Seberang Perai,

E telah menyiarkan tulisan yang memajukan maksud itu di Singapura, dan

F telah menghantar dari Singapura kepada G di Jakarta wang yang telah dipungut oleh C di Melaka itu, dan kandungan surat yang ditulis oleh

H yang memperihalkan komplot itu setiapnya adalah berkaitan, kedua-duanya bagi membuktikan kewujudan komplot itu dan bagi membuktikan penglibatan A dalamnya, walaupun A mungkin tidak tahu akan segala itu, dan walaupun orang yang telah melakukan hal itu tidak dikenalinya, dan walaupun hal itu mungkin telah berlaku sebelum dia menyertai komplot itu, atau selepas dia keluar daripadanya.