Malaysia legislation
Section 111
Seksyen 111
Bukti ketulusan dalam transaksi jika satu pihak berada dalam hubungan kepercayaan aktif
Jika ada soal tentang ketulusan sesuatu transaksi antara pihak-pihak, dan satu pihak berada dalam kedudukan kepercayaan aktif dengan pihak yang satu lagi itu, beban membuktikan ketulusan transaksi itu terletak pada pihak yang berada dalam kedudukan kepercayaan aktif itu.
(a)
Ketulusan sesuatu jualan oleh seorang klien kepada seorang peguam dipersoalkan dalam suatu guaman yang dibawa oleh klien itu. Beban membuktikan ketulusan transaksi itu terletak pada peguam itu.
Undang-Undang Malaysia 88
Akta 56
(b)
Ketulusan sesuatu jualan oleh seorang anak lelaki yang baru cukup umur kepada bapanya dipersoalkan dalam suatu guaman yang dibawa oleh anak itu. Beban membuktikan ketulusan transaksi itu terletak pada bapanya.
Kelahiran dalam masa perkahwinan ialah bukti konklusif mengenai kesahtarafan