Malaysia legislation
Section 112
Seksyen 112
Fakta bahawa mana-mana orang telah dilahirkan dalam masa ibunya masih meneruskan perkahwinannya yang sah dengan mana-mana lelaki, atau dalam masa dua ratus lapan puluh hari selepas perkahwinan itu dibubarkan, dan ibunya masih belum berkahwin lagi, hendaklah menjadi bukti konklusif bahawa orang itu ialah anak sah taraf lelaki itu, melainkan jika boleh dibuktikan bahawa pihak-pihak yang berkahwin itu tidak mempunyai akses antara satu sama lain pada bila-bila masa yang membolehkan anak itu dikandung.
Anggapan bahawa budak lelaki yang berumur di bawah tiga belas tahun tidak berupaya melakukan rogol