Malaysia legislation

Section 114

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 114

Mahkamah boleh menganggap kewujudan fakta tertentu

Mahkamah boleh menganggap kewujudan apa-apa fakta yang difikirkannya mungkin telah berlaku, setelah mengambil perhatian akan perjalanan biasa kejadian semula jadi, kelakuan manusia, dan urusan awam dan persendirian, dalam hubungannya dengan fakta kes yang tertentu itu.

Mahkamah boleh menganggap—

(a)

bahawa seseorang yang ada dalam milikannya barang-barang curi selepas sahaja barang-barang itu dicuri ialah pencuri barang-barang itu atau telah menerima barang-barang itu dengan diketahuinya sebagai barang-barang curi, melainkan jika dia boleh menerangkan bagaimana barang-barang itu berada dalam milikannya;

(b)

bahawa seseorang rakan sejenayah sememangnya tidak boleh dipercayai melainkan jika disokong mengenai butir-butir material;

Keterangan 89

(c)

bahawa sesuatu bil pertukaran yang telah diterima atau diendorskan telah diterima atau diendorskan bagi balasan yang cukup;

(d)

bahawa sesuatu benda atau keadaan benda masih wujud jika ia dibuktikan sebagai wujud dalam tempoh yang lebih singkat daripada tempoh yang benda atau keadaan benda itu biasanya terhenti wujud;

(e)

bahawa tindakan kehakiman dan tindakan rasmi telah dilaksanakan mengikut aturan;

(f)

bahawa perjalanan biasa urusan telah diikuti dalam hal tertentu;

(g)

bahawa keterangan yang boleh dikemukakan tetapi tidak dikemukakan, jika dikemukakan, tidak akan memberi faedah kepada orang yang enggan mengemukakannya;

(h)

bahawa jika seseorang enggan menjawab sesuatu soalan yang dia tidak terpaksa menjawab di sisi undang-undang, jawapannya jika diberikan tidak akan memberi faedah kepadanya;

(i)

bahawa apabila sesuatu dokumen yang mewujudkan sesuatu obligasi berada dalam tangan penanggung obligasi, obligasi itu telah ditunaikan;

Tetapi mahkamah hendaklah juga mengambil perhatian akan fakta yang berikut dalam menimbangkan sama ada maksim itu boleh dipakai atau tidak bagi kes tertentu di hadapannya:

(i)

tentang misalan (a)—seorang pekedai mempunyai di dalam laci duitnya wang ringgit yang bertanda sebaik selepas wang itu dicuri dan dia tidak dapat menerangkan dengan spesifik bagaimana wang itu boleh berada dalam milikannya tetapi dia sentiasa menerima wang ringgit dalam perjalanan perniagaannya;

(ii)

tentang misalan (b)—A, seorang yang berwatak terpuji, dibicarakan kerana menyebabkan kematian seseorang dengan perbuatan cuai dalam mengatur mesin tertentu. B, seorang yang sama baik wataknya, yang juga mengambil bahagian dalam mengatur mesin itu, menerangkan dengan tepat apa yang telah dilakukan serta mengaku dan menghuraikan kelalaian bersama A dan dirinya;

(iii)

tentang misalan (b)—suatu jenayah dilakukan oleh beberapa orang.

A, B dan C, tiga daripada penjenayah itu, telah ditangkap di tempat berlakunya jenayah itu dan diasingkan antara satu sama lain. Setiap daripada mereka menerangkan hal jenayah itu dengan melibatkan

D, dan keterangan itu menyokong satu sama lain dalam cara yang menunjukkan bahawa tidak mungkin sekali ada pakatan terlebih dahulu;

(iv)

tentang misalan (c)—A, penyuruh bayar suatu bil pertukaran, ialah seorang yang mahir dalam urusan perniagaan. B, penerimanya, ialah seorang muda dan tidak berpengetahuan yang berada di bawah pengaruh A sepenuhnya;

Undang-Undang Malaysia 90

Akta 56

(v)

tentang misalan (d)—dibuktikan bahawa sebatang sungai telah mengalir mengikut suatu aliran tertentu lima tahun dahulu, tetapi diketahui bahawa banjir telah berlaku dalam masa itu yang mungkin telah mengubah alirannya;

(vi)

tentang misalan (e)—suatu tindakan kehakiman, yang keteraturannya menjadi persoalan, telah dilaksanakan dalam hal keadaan luar biasa;

(vii)

tentang misalan (f)—soalnya adalah sama ada suatu surat telah diterima. Ditunjukkan bahawa surat itu telah diposkan, tetapi perjalanan biasa pos itu telah terganggu oleh kekacauan;

(viii)

tentang misalan (g)—seseorang enggan mengemukakan suatu dokumen yang ada kaitan dengan suatu kontrak yang tidak begitu penting yang berasaskannya dia dibawa guaman, tetapi dokumen itu mungkin juga melukakan perasaan dan mencemarkan reputasi keluarganya;

(ix)

tentang misalan (h)—seseorang enggan menjawab suatu soalan yang dia tidak terpaksa menjawabnya di sisi undang-undang, tetapi jawapan kepada soalan itu mungkin menyebabkan kerugian kepadanya dalam perkara yang tidak ada kaitan dengan apa yang ditanya;

(x)

tentang misalan (i)—suatu bon ada dalam milikan penanggung obligasinya, tetapi hal keadaan kes itu sebegitu rupa sehingga menunjukkan bahawa dia mungkin telah mencurinya.

Anggapan fakta dalam penyiaran 114a.  (1)  Seseorang yang nama, fotograf atau nama samarannya terdapat pada mana-mana penyiaran yang menggambarkan dirinya sebagai pemunya, hos, pentadbir, editor atau subeditor, atau yang mengikut apa-apa cara memudahkan untuk menyiarkan atau menyiarkan semula penyiaran itu dianggap telah menyiarkan atau menyiarkan semula kandungan penyiaran itu melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

(2)

Seseorang yang berdaftar dengan pemberi perkhidmatan rangkaian sebagai pelanggan perkhidmatan rangkaian yang mana-mana penyiaran bermula adalah dianggap sebagai orang yang telah menyiarkan atau menyiarkan semula penyiaran itu melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

(3)

Mana-mana orang yang mempunyai dalam jagaan atau kawalannya apa-apa komputer yang mana-mana penyiaran bermula dianggap telah menyiarkan atau menyiarkan semula kandungan penyiaran itu melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

Keterangan 91

(4)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

“perkhidmatan rangkaian” dan “pemberi perkhidmatan rangkaian” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 6 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

[Akta 588]; dan

(b)

“penyiaran” ertinya pernyataan atau representasi, sama ada bertulis, bercetak, bergambar, filem, grafik, akustik atau bentuk lain yang dipaparkan pada skrin komputer.