Malaysia legislation
Section 115
Seksyen 115
Apabila seorang telah, dengan akuan, perbuatan atau peninggalannya, dengan sengaja menyebabkan atau membiarkan seorang lain mempercayai sesuatu perkara sebagai benar dan bertindak atas kepercayaan itu, yang jika tidak kerana kepercayaan itu, orang tersebut tidak akan bertindak sedemikian, orang itu atau wakilnya dari segi kepentingan tidaklah dibenarkan dalam apa-apa guaman atau prosiding antaranya diri dengan orang itu atau wakilnya dari segi kepentingan menafikan kebenaran perkara itu.
A dengan sengaja dan secara palsu menyebabkan B percaya bahawa suatu tanah tertentu dipunyai oleh A dan dengan demikian itu mendorong
B supaya membeli dan membayar harga tanah itu.
Tanah itu kemudiannya menjadi harta A dan A meminta supaya jualan itu diketepikan atas alasan bahawa pada masa jualan itu dilakukan dia tidak mempunyai hakmilik.
Dia tidak dibenarkan untuk membuktikan yang dia tidak mempunyai hakmilik.