Malaysia legislation

Section 116

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 116

Estopel penyewa dan estopel penerima izin orang yang memiliki harta tak alih

Tiada penyewa harta tak alih, atau orang yang menuntut melalui penyewa itu boleh dibenarkan untuk menafikan semasa penyewaan itu masih berterusan, bahawa tuan tanah penyewa itu

Undang-Undang Malaysia 92

Akta 56

mempunyai hakmilik terhadap harta tak alih itu pada permulaan penyewaannya; dan tiada seorang pun yang menduduki mana-mana harta tak alih dengan izin orang yang memilikinya dibenarkan untuk menafikan bahawa orang itu mempunyai hak terhadap pemilikan itu pada masa izin itu diberikan.