Malaysia legislation

Section 11

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 11

Bila fakta yang selainnya tidak berkaitan menjadi berkaitan

(a)

jika ia tidak selaras dengan mana-mana fakta persoalan atau dengan mana-mana fakta berkaitan;

(b)

jika dengan sendirinya atau berkaitan dengan fakta lain, ia menjadikan kewujudan atau ketidakwujudan mana-mana fakta persoalan atau fakta berkaitan amat barang kali atau amat tidak barang kali.

(a)

Soalnya adalah sama ada A melakukan suatu jenayah di Kuala Lumpur pada suatu hari tertentu.

Fakta bahawa pada hari itu A berada di Taiping adalah berkaitan.

Fakta bahawa hampir dengan masa berlakunya jenayah itu A berada jauh dari tempat jenayah itu dilakukan, yang menjadikannya amat tidak barang kali, walaupun tidak mustahil, bahawa dia telah melakukan jenayah itu, adalah berkaitan.

Keterangan 25

(b)

Soalnya adalah sama ada A telah melakukan suatu jenayah.

Hal keadaannya sebegitu rupa sehingga menunjukkan bahawa jenayah itu pasti telah dilakukan sama ada oleh A, B, C atau D. Tiap-tiap fakta yang menunjukkan bahawa jenayah itu tidak mungkin telah dilakukan oleh orang lain dan bahawa jenayah itu tidak dilakukan sama ada oleh B, C atau D adalah berkaitan.

Dalam guaman bagi mendapatkan ganti rugi, fakta yang cenderung membolehkan mahkamah menentukan amaunnya adalah berkaitan