Malaysia legislation
Section 121
Seksyen 121
Tiada Hakim dan, kecuali atas perintah khas Mahkamah
Tinggi, tiada Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret boleh dipaksa menjawab apa-apa soalan tentang kelakuannya sendiri di dalam mahkamah sebagai Hakim, Hakim Mahkamah Sesyen atau
Majistret atau tentang apa-apa jua yang sampai pada pengetahuannya
Undang-Undang Malaysia 94
Akta 56
di dalam mahkamah sebagai Hakim, Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret; tetapi dia boleh diperiksa tentang perkara lain yang telah berlaku di hadapannya semasa dia menjalankan tugas sedemikian.
(a)
A, apabila dibicarakan di hadapan Mahkamah Tinggi, berkata bahawa suatu deposisi telah diambil secara tidak wajar oleh B, Majistret yang menghukum supaya dia dibicarakan di Mahkamah Tinggi. B tidak boleh dipaksa menjawab soalan tentang ini kecuali atas perintah khas Mahkamah
Tinggi.
(b)
A dituduh di hadapan Mahkamah Sesyen kerana memberikan keterangan palsu di hadapan B, seorang Hakim Mahkamah Sesyen. B tidak boleh dipaksa untuk mengatakan apa yang telah dikatakan oleh A kecuali atas perintah khas Mahkamah Tinggi.
(c)
A dituduh atas percubaan membunuh seorang pegawai polis semasa perbicaraannya di hadapan B, seorang Hakim Mahkamah Tinggi. B boleh diperiksa tentang apa yang telah berlaku.
Komunikasi dalam masa perkahwinan