Malaysia legislation

Section 123

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 123

Keterangan tentang hal ehwal Negara

Tiada siapa pun boleh dibenarkan untuk mengemukakan apa-apa rekod rasmi yang tidak disiarkan yang berhubungan dengan hal ehwal Negara, atau memberikan apa-apa keterangan yang didapati daripadanya, kecuali dengan kebenaran pegawai yang menjadi ketua jabatan yang berkenaan, yang akan memberikan atau tidak akan memberikan kebenaran itu sebagaimana yang difikirkannya patut, tertakluk, walau bagaimanapun, kepada kawalan Menteri dalam hal jabatan Kerajaan Malaysia, dan kawalan Menteri Besar atau Ketua Menteri dalam hal Kerajaan Negeri.

Keterangan 95