Malaysia legislation

Section 124

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 124

Komunikasi rasmi

Tiada pegawai awam boleh dipaksa untuk mendedahkan komunikasi yang dibuat kepadanya secara rasmi dan sulit apabila difikirkannya kepentingan awam akan terjejas dengan pendedahan itu:

Dengan syarat bahawa mahkamah boleh menghendaki ketua jabatan pegawai itu memperakui secara bertulis sama ada atau tidak pendedahan itu akan memudaratkan kepentingan awam dan, jika ketua jabatan itu memperakui bahawa pendedahan itu tidak akan menjejaskan kepentingan awam, pegawai itu hendaklah mendedahkan komunikasi itu.