Malaysia legislation
Section 125
Seksyen 125
Maklumat tentang pelakuan kesalahan
Tiada Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret atau pegawai polis boleh dipaksa untuk mengatakan daripada mana dia mendapat apa-apa maklumat tentang pelakuan apa-apa kesalahan, dan tiada pegawai hasil boleh dipaksa untuk mengatakan daripada mana dia mendapat apa-apa maklumat tentang pelakuan apa-apa kesalahan terhadap hasil awam atau undang-undang eksais.
Huraian—“pegawai hasil” dalam seksyen ini ertinya mana-mana pegawai yang diambil kerja dalam atau berkenaan dengan urusan mana-mana cawangan hasil awam.