Malaysia legislation
Section 126
Seksyen 126
Komunikasi profesional
(a)
apa-apa komunikasi sedemikian yang dibuat bagi mencapai apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang;
Undang-Undang Malaysia 96
Akta 56
(b)
apa-apa fakta yang diketahui oleh mana-mana peguam bela dalam perjalanan pekerjaannya sedemikian yang menunjukkan bahawa apa-apa jenayah atau fraud telah dilakukan sejak dia mula diambil kerja.
(2)
Tidaklah menjadi matan sama ada perhatian peguam bela itu telah diarahkan atau tidak diarahkan kepada fakta itu oleh atau bagi pihak kliennya.
Huraian—Kewajipan yang dinyatakan dalam seksyen ini berterusan walaupun perkhidmatan tersebut telah terhenti.
(a)
A, seorang klien, berkata kepada B, seorang peguam bela: “Saya telah melakukan pemalsuan dan saya minta anda membela saya.”
Oleh sebab membela seseorang yang diketahui bersalah bukanlah suatu maksud jenayah, komunikasi ini terlindung daripada pendedahan.
(b)
A, seorang klien, berkata kepada B, seorang peguam bela: “Saya hendak mengambil milik harta dengan menggunakan suatu surat ikatan yang dipalsukan dan berasaskannya saya minta anda membawa guaman.”
Komunikasi ini yang dibuat bagi mencapai suatu maksud jenayah tidak terlindung daripada pendedahan.
(c)
A, yang dituduh atas kesalahan penggelapan, mengambil kerja B, seorang peguam bela, untuk membelanya. Dalam perjalanan prosiding itu B perhatikan bahawa suatu catatan telah dibuat dalam buku akaun A, mempertanggungkan A dengan jumlah wang yang dikatakan telah digelapkan itu, dan catatan itu tidak ada dalam buku tersebut pada masa perkhidmatannya bermula.
Oleh sebab ini ialah suatu fakta yang telah diperhatikan oleh B dalam perjalanan pekerjaannya, dan fakta itu menunjukkan bahawa suatu fraud telah dilakukan semenjak prosiding itu bermula, fakta itu tidak terlindung daripada pendedahan.
Seksyen 126 terpakai bagi jurubahasa, dll.