Malaysia legislation
Section 128
Seksyen 128
Keistimewaan tidak dilepaskan jika keterangan diberikan secara sukarela
Jika mana-mana pihak dalam guaman memberikan keterangan dalam guaman itu, atas kehendaknya sendiri atau selainnya, dia tidak boleh dengan demikian itu disifatkan telah bersetuju terhadap pendedahan seperti yang disebut dalam seksyen 126; dan jika mana-mana pihak dalam guaman atau prosiding memanggil mana-mana peguam bela itu sebagai saksi, dia hendaklah disifatkan telah bersetuju terhadap pendedahan itu hanya jika dia menyoal peguam bela itu mengenai perkara yang, jika tidak kerana soalan itu, peguam bela itu tidak bebas mendedahkannya.