Malaysia legislation

Section 129

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 129

Komunikasi sulit dengan penasihat undang-undang

Tiada siapa pun boleh dipaksa untuk mendedahkan kepada mahkamah apa-apa komunikasi sulit yang telah berlaku antaranya dengan penasihat profesional undang-undangnya melainkan jika dia menawarkan dirinya sebagai saksi, dan dalam hal yang demikian dia boleh dipaksa mendedahkan apa-apa komunikasi sedemikian yang didapati oleh mahkamah perlu diketahui bagi menghuraikan apa-apa keterangan yang telah diberikan olehnya, tetapi tidak mengenai komunikasi lain.