Malaysia legislation
Section 133
Seksyen 133
Seseorang rakan sejenayah ialah saksi yang berwibawa terhadap orang tertuduh; dan sesuatu sabitan tidaklah menyalahi undang-undang semata-mata oleh sebab sabitan itu berpunca daripada testimoni tidak disokong yang diberikan oleh seorang rakan sejenayah.
Keterangan kanak-kanak yang masih mentah 133a. Jika, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang kerana apa-apa kesalahan, mana-mana kanak-kanak yang masih mentah yang dipanggil sebagai saksi tidak, pada pendapat mahkamah memahami apa sebenarnya sesuatu sumpah itu, keterangannya bolehlah diterima, walaupun diberikan dengan tidak mengangkat sumpah, jika, pada pendapat mahkamah, dia mempunyai akal yang cukup bagi mewajarkan penerimaan keterangannya itu, dan dia faham tentang kewajipan bercakap benar; dan keterangannya, walaupun diberikan dengan tidak mengangkat sumpah, tetapi selainnya diambil dan diubah ke dalam bentuk bertulis menurut seksyen 269 Kanun Tatacara Jenayah hendaklah disifatkan sebagai suatu deposisi mengikut pengertian seksyen itu:
Dengan syarat bahawa, jika keterangan yang diterima menurut kuasa seksyen ini diberikan bagi pihak pendakwaan, tertuduh itu tidak boleh disabitkan atas kesalahan itu melainkan jika keterangan itu disokong dengan keterangan matan lain yang menyokong keterangan tersebut dan melibatkannya.