Malaysia legislation

Section 138

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 138

(2)

Pemeriksaan dan pemeriksaan balas mestilah berhubung dengan fakta berkaitan, tetapi pemeriksaan balas tidak perlu dihadkan kepada fakta yang telah diberikan sebagai keterangan oleh saksi itu dalam pemeriksaan utamanya.

Undang-Undang Malaysia 102

Akta 56

(3)

Pemeriksaan semula hendaklah tertumpu kepada penghuraian perkara yang disebut dalam pemeriksaan balas; dan jika, dengan kebenaran mahkamah, perkara baru dikemukakan dalam pemeriksaan semula, pihak menentang boleh selanjutnya memeriksa balas atas perkara itu.

(4)

Mahkamah boleh dalam segala hal membenarkan seseorang saksi dipanggil semula sama ada untuk pemeriksaan utama selanjutnya atau untuk pemeriksaan balas selanjutnya, dan jika mahkamah membenarkan sedemikian, pihak-pihak mempunyai hak masing-masing untuk membuat pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula selanjutnya.

Pemeriksaan balas orang yang dipanggil untuk mengemukakan dokumen