Malaysia legislation

Section 13

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 13

Fakta yang berkaitan apabila hak atau adat dipersoalkan

Jika soalnya adalah tentang kewujudan apa-apa hak atau adat, fakta yang berikut adalah berkaitan:

(a)

apa-apa transaksi yang dengannya hak atau adat yang dipersoalkan itu telah diwujudkan, dituntut, diubahsuaikan, diiktiraf, ditegaskan atau dinafikan, atau yang tidak selaras dengan kewujudan hak atau adat itu;

(b)

hal-hal tertentu yang dalamnya hak atau adat itu telah dituntut, diiktiraf atau digunakan atau yang dalamnya penggunaan hak atau adat itu telah dipertikaikan, ditegaskan atau tidak diikuti.

Soalnya adalah sama ada A mempunyai hak menangkap ikan. Suatu dokumen yang memberikan hak menangkap ikan itu kepada nenek moyang A, suatu ikrar ke atas hak menangkap ikan itu yang dibuat oleh bapa A, pemberian kemudiannya akan hak menangkap ikan itu oleh bapa A yang tidak selaras dengan ikrar itu, hal tertentu yang dalamnya bapa A telah menggunakan hak itu, atau yang dalamnya penggunaan hak itu telah dihentikan oleh jiran

A, ialah fakta berkaitan.

Fakta yang menunjukkan kewujudan keadaan akal fikiran atau keadaan tubuh atau perasaan tubuh

Section 13 — AKTA KETERANGAN 1950 | mylaw.my